Sabtu, 22 Oktober 2016

PKR DIBAWAH AZMIN ALI HANYA PENTINGKAN KANTUNG SENDIRI


Itulah parti yang diangkat oleh penyokong mereka, adil, mengikut firasat kita semua adil membawa maksud kesaksamaan untuk semua.
Namun PKR sejak Anwar Ibrahim didalam penjara, berpecah dengan teruk dan semakin terhakis kepercayaan umum terhadap PKR itu sendiri.
Skandal Azmin di Selangor tidak mampu menutup masalah besar yang dihadapi mereka.
Sudahnya Azmin mendapat jawapan, menggunakan Mahathir untuk menyelamatkan dirinya sahaja. PKR hanyut dengan cita-cita karut mereka.
Rafizi sudah jangkakan hal kronik ini bakal berlaku kerana Azmin. Setelah pemimpin utama di Sabah keluar parti beramai-ramai, jawapan Azmin untuk meredakan situasi kronik itu hanyalah mengatakan, keluar parti dan masuk parti yang lawan BN/UMNO tidak mengapa, dibolehkan.
Jadi bagaimana PKR nak yakinkan pengundi mereka yang mereka masih relevan?
Situasi paling meruncing apabila Azmin sudah merancang untuk menaikkan dirinya menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam impian selepas PRU14 nanti. Dibantu Mahathir adakah perancangan itu bakal benar-benar terjadi.?
Kita lihat nanti Team Azmin/Mahathir vs Team Rafizi/Wan Azizah/Nurul Izzah.
Jangan anggap perihal ini tidak berlaku. Kita tunggu.

sumber
https://www.facebook.com/814111782053300/photos/a.814156635382148.1073741828.814111782053300/877749875689490/?type=3&theater

Khamis, 20 Oktober 2016

MAHATHIR SERU RAKYAT MALAYSIA TURUN BERSIH 5.0

Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat untuk bersama dengannya di Perhimpunan BERSIH 5.0 yang akan diadakan pada 19 November akan datang nanti.
Berucap di Ceramah Mega sempena Sambutan Setahun AMANAH Selangor yang di adakan di perkarangan Alamanda Shah Alam, Tun Mahathir menyatakan perhimpunan BERSIH adalah sebuah perhimpunan yang aman, justeru itu tiada sebab kerajaan Najib menghalangnya.
"BERSIH cukup bersih. Dia buat demonstrasi senyap aje. Kalau kita tengok demonstrasi di negara lain, berlaku rusuhan, tembak sana tembak sini, bunuh sana bunuh sini. Tapi bila BERSIH buat demonstrasi tak ada apa gaduh pun, dia pakai baju kuning saja," ujar Mahathir.
MAHATHIR ANGGAP LGBT ITU MULIA BERSAMA BERSIH?
Itulah Mahathir, bagaimana anda ingin tahu permainannya, mungkin ini masanya dia bertemu dengan ruas siapakah lawan sebenar politiknya.
Disebalik permainan ini, ramai menjangkakan Mahathir sudah lenyapkan aura Anwar Ibrahim yang sebelum ini menjadi ikon Pakatan Rakyat.
Setelah Pakatan Rakyat berpecah, Anwar dipenjara, tiada siapa yang mampu menjadi general untuk pakatan pembangkang.
Azmin sudah nampak, masa dan waktu sesuai untuk memerangkap dan menggunakan Mahathir, akhirnya dia berjaya.
Tetapi harus diingat Anwar Ibrahim sudah nampak strategi Mahathir yang licik, Rafizi sudah jangka perihal ini akan menjadi lebih serius.
Pru akan datang anda yakin mereka tidak akan bertanding sama sendiri?


Selasa, 18 Oktober 2016

AKHIRNYA MAHATHIR TERPAKSA GUNA TAKTIK PENIPUAN UNTUK SURVIVAL PARTI BUNGA

KERAJAAN Kelantan hanya akan menikmati royalti minyak selepas Pembangkang mampu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN)?
Suatu kenyataan 'jijik' daripada Tun Dr Mahathir Mohamed yang secara tiba-tiba menyentuh soal isu yang telah bermain sejak sekian lama itu.
Terbukti Dr Mahathir selaku Pengerusi PPBM telah mula terdesak untuk mengaut sokongan daripada masyarakat majoriti Melayu di negeri 'Che Siti Wan Kembang'.
Sedarkah Dr Mahathir bahawa di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan jelas menyebut :
"Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.
Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?
Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969)."
Dr Mahathir sebenarnya telah lama akui bahawa negeri Kelantan tidak layak terima royalti minyak berikutan kesemua pelantar minyak dan gas berkenaan berada di luar persisir pantai negeri iaitu pada 5.56 kilometer (3 batu nautika).
Malah, Dr Mahathir sendiri tidak menyokong usaha berkenaan semasa dia bersama UMNO suatu ketika dahulu kerana dia sedar hal sebenar.
Dia sendiri juga turut didakwa terlibat dalam pengstrukturan royalti dan pendaratan minyak semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, sebaliknya beliau hanya buat-buat lupa kerana menyangka orang lain sudah nyanyok dan mudah alpa.
Juga Dr Mahathir cerdik bermain emosi rakyat negeri berkenaan. Dia tahu, dengan memainkan persepsi royalti ini, ia mampu dengan mudah untuk mengemis simpati rakyat negeri Kelantan.
Adakah rakyat Kelantan sudah lupa atau saja buat-buat lupa pekara yang pernah dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Parlimen tetapi tidak sempat dibincangkan berikutan kesuntukan masa?
Anwar Ibrahim pernah membawa usul bagi meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Dewan Rakyat dengan tujuan agar royalti diberi kepada negeri Kelantan.
Ini bermakna pembangkang sendiri tahu jika Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak dipinda, sampai bila-bila negeri Kelantan tidak berhak mendapat royalti tersebut.
Pekara utama perlu diketahui oleh rakyat Kelantan adalah, jika layak menerima royalti, Dr Mahathir tidak akan menanam harapan royalti akan diperolehi setelah pembangkang menguasi persekutuan, dia pastinya akan berucap dengan nada lain.
Tujuan usul itu ke Dewan Rakyat adalah semata-mata mahukan Akta Petronas 1974 dipinda supaya membolehkan royalti dibayar bagi mana-mana penggalian minyak atau gas dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Siapa yang meminda dan bertanggungjawab mengubal dan meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 hingga menyebabkan negeri Kelantan tidak layak menerima royalti minyak? Siapa lagi jika tidak lain tidak bukan Perdana Menteri yang memegang kuasa selama 22 tahun.
Dalam isu ini juga rakyat harus baca kembali kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang yang menjelaskan bahawa sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Takkan sudah lupa, suatu ketika dahulu Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang berkenaan disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.
Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (rujuk Bernama - 1November, 2000).
Walaupun rentak dan senario para ahli politik yang memperjuangkan atau terlibat dalam isu royalti minyak ini telah berubah, tetapi kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.
Hakikatnya, Dr Mahathir cuba menggaburi mata rakyat negeri Kelantan dengan isu royalti minyak ini kerana dia amat trauma dan takut untuk berbicara soal hukum Hudud di hadapan rakyat negeri berkenaan.
Walhal, isu yang lebih aula bagi Kelantan sekarang adalah Hudud dan pemerkasaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 yang kini dalam proses pindaan.
Tulisan:
Beruang Biru


Ahad, 16 Oktober 2016

MENGAPA KERAP MENIPU MANUSIA INI?

ZAHRIN YASSIN PEMBOHONG BESAR

Kami Badan Perhubungan Kelab UMNO Indonesia menafikan sekeras kerasnya fitnah besar Sdr Zaharin Yassin yang mendakwa dialog pelajar Indonesia bersama Arul Kanda CEO 1MDB adalah anjuran JASA Malaysia. Ia sebenarnya adalah anjuran bersama Biro Pelajar Luar Negara UMNO Malaysia dengan Badan Perhubungan KULN Indonesia. DS Reezal Merican hadir kerana beliau adalah Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara UMNO manakala Tun Faisal hadir sebagai Setiausaha 2 Biro berkenaan.

Kami pelajar Malaysia di luar negara amat dahagakan penjelasan isu isu semasa dan kehadiran Arul Kanda banyak mendatangkan manafaat kepada kami daripada mendengar fitnah fitnah tidak berasas termasuk daripada orang seperti Zaharin Yassin sendiri.

Apa yang kami kesalkan ialah ialah Zahrin Yassin memadamkan dan membuat blocking penjelasan kami. Ternyata beliau tidak rasional, suka membuat tuduhan palsu dan memfitnah apatah lagi kepada pelajar di luar negara. Apa pun kami tidak perlu orang seperti Zahrin yang hanya memandai mandai untuk membuat komen kebudak budakan tersebut. Jangan pergunakan kami dan jangan mengaitkan kami dengan fitnah saudara. Sebagai orang tua, sepatutnya didiklah kami dengan adab dan kesopanan bukannya fitnah.

BADAN PERHUBUNGAN KELAB UMNO LUAR NEGARA INDONESIA.