Sabtu, 29 Oktober 2016

LIM GUAN ENG TIDAK HORMATI PERAYAAN DEEPAVALI KATA DATUK HUAN CHENG GUAN

TEKS UCAPAN LIM GUAN ENG TIDAK MENGHORMATI PERAYAAN DEEPAVALI*

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi telah melampaui batas di dalam ucapan Deepavali mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Peluang yang ada untuk mengucapkan kesejahteraan kaum India dalam menyambut perayaan cahaya telah dicemari dengan kata-kata fitnah dan dipenuhi dengan propaganda kebencian.

Ucapan Lim yang mengandungi sejumlah 929 patah perkataan hanya menyebut tentang perayaan Deepavali pada 10 perkataan pertama sahaja yang kemudiannya diikuti dengan 919 patah perkataan lain yang membawa maksud politik semata-mata.

Lim langsung tidak menghormati perayaan Deepavali yang berkisarkan tentang sambutan kedatangan permulaan yang baharu, kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan.

Lim sebagai seorang Ketua Menteri perlu faham sentimen masyarakat India di negara kita yang mahu menyambut perayaan Deepavali dengan gembira, hati tenang dan ceria bersama keluarga dan sahabat.

Ucapan Lim membawa maksud ketakutan bermula dari perenggan pertama lagi apabila menyentuh tentang penghapusan subsidi minyak masakl yang kemudiannya dikaitkan dengan kenaikan kadar tol.

Ini langsung tidak mencerminkan usaha sebenar kerajaan persekutuan yang mahukan ketirisan subsidi minyak masak ini dikurangkan seterusnya dapat memberikan lebih perkhidmatan kepada rakyat.

Lim juga gagal menyebut harga minyak masak bagi paket 1 kg dikekalkan subsidinya sebagai langkah rasionalisasi subsidi bagi memastikan subsidi kerajaan akan terus dinikmati oleh golongan yang disasarkan.

Ucapan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ketua Menterinya adalah satu penghinaan kepada perayaan Deepavali dan masyarakat India di Malaysia.

Ucapan Lim tidak lebih daripada satu ucapan politik tidak matang yang digunakan untuk menyampaikan fitnah jahat dan juga propaganda politik parti DAP.

Kerajaan Negeri dan Ketua Menterinya perlu belajar bagaimana untuk membezakan antara keperluan untuk berpolitik dan keperluan untuk benar-benar menyampaikan ucapan ikhlas kepada rakyatnya sendiri.

Teks ucapan Lim secara jelas langsung tidak ikhlas untuk mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada masyarakat India dan langsung tidak menghormati perayaan Deepavali.

Ini juga bukan kali pertama Lim menyampaikan ucapan sambutan yang berbaur politik.

Ucapan Krismas, ucapan hari Wesak, malahan ucapan sambutan hari kemerdekaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ketua Menterinya juga mengandungi propaganda jahat bersifat politik semata-mata.

Lim barangkali terlupa bahawa dia sedang didakwa di didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lim bukanlah seorang yang layak untuk menyebut tentang sambutan Deepavali yang membawa pengertian kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan.

Ini kerana, Lim sendiri merupakan kejahatan yang perlu diatasi dengan segera oleh kebaikan.

Datuk Huan Cheng Guan
Naib President
Parti Cinta Malaysia.

Khamis, 27 Oktober 2016

AZMIN YAKIN ISU AIR SELESAI BILA PUTRAJAYA DAPAT DITAWAN


Azmin sudah semakin tertekan dengan isu air yang meruncing di Selangor ketika ini, ketiadaan air yang berlaku di lokasi-lokasi tertentu membuatkan kerajaan negeri pimpinan Azmin perlu memikirkan kaedah "demage control" atau pengawalan kerosakan amarah oleh rakyat Selangor ketika ini.

Pemikir-pemikir propaganda PKR atau laskar Azmin sedaya upaya mengalih tumpuan umum masalah air ini dengan mewujudkan isu baru yang mampu menyelamatkan Azmin.

Tuduhan Azmin yang terlalu keras terhadap sesiapa yang mengkritik berkenaan isu air ini juga dibuktikan dengan tohmahan mengatakan pencemaran air ini dilakukan oleh BN.

Pencemaran yang berlaku di sungai Semenyih terus menerus memberi masalah kepada rawatan air di Selangor. Jadi target tepat ke arah mangsa cepat dilaksanakan.

Tuduhan mengatakan kilang-kilang dari Nilai, Negeri Sembilan sebagai punca pencemaran teruk di sungai Semenyih menjadi tanda tanya.

Bagaimana Nilai dan lokasi sungai Semenyih menjadi persoalan. Malah Azmin tidak pula melaporkan aduan ini kepada pihak polis atau laporan serta bukti kukuh.

Kalau benar dari kilang mana pula yang membuat pencemaran itu, terperincikan tuduhan itu supaya ia tidak dianggap persepsi.

Mungkin Azmin terfikir, dengan menakluk putrajaya sahaja isu air ini akan diselesaikan, hanya rakyat Selangor sahaja mampu mengubahnya.

Rabu, 26 Oktober 2016

ADAKAH PAN SUDAH MENGAKU KALAH UNTUK MENJADI LEBIH KUAT DARI PAS?


Berpaksikan siapa untung siapa rugi, adakah PAS pilih untuk berdamai?

Ketika krisis dalaman pada tahun lepas dialami oleh PAS, golongan kecewa ketika pemilihan parti telah bertindak keluar parti dan mewujudkan parti baru diberi nama PAN atau Amanah.
Namun hakikatnya golongan kecewa yang nampak tidak boleh pergi jauh dalam PAS dan wujudnya PAN adalah kerana amarah dan dendam serta mendapat malu akibat kalah teruk dalam permilihan parti.

Ketika PRU bakal melabuhkan dijangkakan pada tahun 2018 nanti, adakah PAS terpaksa akur untuk bekerjasama dengan PAN, DAP, PKR dan bunga semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan BN?

Isunya mudah, Pakatan Harapan mengharap sangat PAS kembali, ini kerana parti seperti PKR, PAN dan bunga tiada semampu PAS yang boleh mengumpulkan seramai mungkin manusia bila ada sesuatu perhimpunan.

Bila pilihanraya nanti, PAS sahaja yang mampu membantu parti-parti ini dibarisan hadapan untuk memasang bendera dan sebagainya.

Cuma diharapkan PAS tidak tersilap langkah untuk memijak lubang dipenuhi ular berbisa buat kali ke-2 dengan perakus-perakus kuasa itu.

Biarkan PAS bersendirian, PAS mampu kuat selepas UMNO dan parti yang inginkan kerjasama, perlu mengikut telunjuk dari PAS sendiri.

Parti seperti bunga sedang memasang jerat, jerat ini kalau kena pasti PAS akan menyesal seumur hidup. Bukan soal UMNO, bukan soal sesiapa, cuma nasib Umat Islam, parti besar seperti UMNO dan PAS adalah sangat perlu diperkuatkan lagi.

Perlu diingat, bunga dan PAN hanyalah parti orang kecewa dan sangat menanti perangkap untuk sesiapa yang terpengaruh.