Penahanan Maria Chin dan sebabnya

*KENYATAAN MEDIA*

*JABATAN PEGUAM NEGARA, MALAYSIA (ATTORNEY-GENERAL’S CHAMBERS, MALAYSIA)*
*PENAHANAN PUAN MARIA CHIN ABDULLAH DI BAWAH AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 [AKTA 747]*

Jabatan Peguam Negara amat prihatin terhadap pandangan dan persepsi masyarakat berhubung penahanan Puan Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747]. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk memastikan undang-undang negara sentiasa dihormati dan dikuatkuasakan sewajarnya.

Berhubung isu penahanan Puan Maria Chin Abdullah, perlulah difahami bahawa Akta 747 adalah merupakan suatu undang-undang prosedur yang mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas berhubung penangkapan, penahanan dan penyiasatan berkaitan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Jabatan Peguam Negara ingin menjelaskan bahawa seksyen 3 yang dibaca bersama Jadual Pertama Akta 747 mentakrifkan “kesalahan keselamatan” sebagai bukan sahaja terhad kepada kesalahan berhubung dengan keganasan tetapi turut meliputi antara lain, kesalahan berkaitan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Justeru, penahanan Puan Maria Chin Abdullah di bawah seksyen 4 Akta 747 yang bertujuan untuk membantu siasatan pihak Polis Diraja Malaysia kerana dia disyaki terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen, adalah teratur dari segi undang-undang.

Oleh yang demikian, Jabatan ini akan memberi pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan yang akan dikemukakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia kelak.

*TAN SRI DATO’ SRI HAJI* *MOHAMED APANDI BIN ALI*
_PEGUAM NEGARA MALAYSIA_
_25 November 2016_
NO.45, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4​, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 *PUTRAJAYA*
Tel.   : 03 - 8872 2000
Faks : 03 - 8890 5609
Web  : www.agc.gov.my

0 ulasan:

DAP SUDAH KEPANASAN ISU VIRAL KIASU CABUL PENGUATKUASA WANITA MBSA

KALAU MBSA TARIK BALIK REPORT POLIS LEPAS INI TIADA KOMPROMI LAGI. SELEPAS INI PBT SELANGOR AKAN DIKUTUK.

Video viral kononnya penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dihalang dari menjalankan tugas oleh pasangan Cina semalam, dipercayai akan diselesaikan dengan baik.

Hal ini menurut sumber, adalah salah faham berikutan pasangan berkenaan keliru dengan pakaian seragam yang digunakan anggota MBSA berkenaan, yang menurut pasangan berkenaan sama seperti pakaian seragam badan beruniform sekolah.

Oleh yang demikian, menyangkakan pelajar sekolah cuba bergurau dengan memberikan saman, pasangan berkenaan juga bergurau semula tanpa menyedari mereka adalah penguatkuasa MBSA yang sebenarnya.

Justeru, MBSA juga, atas arahan kerajaan negeri, telah mengarahkan kakitangan penguatkuasaan yang berkenaan untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat dan sebagai kakitangan kerajaan negeri, mereka wajib mematuhi arahan tersebut atau tindakan tatatertib dikenakan.

Hal ini akan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu campur tangan pihak polis. MBSA juga akan menukar pakaian seragam anggota penguatkuasanya untuk mengelakkan salah faham


akili pasangan tersebut YB Ean Yong Hian Wah yang mewakili pasangan tersebut, dikhabarkan telah menawarkan sejumlah ganti rugi sebagai pampasan kepada penguatkuasan wanita MBSA yang berkenaan.

0 ulasan:

RUMAH MAMPU MILIK DIJADIKAN RUMAH ENAP DESA, KERAJAAN GUAN ENG MAKIN BUSUK PERANGAI

GEORGE TOWN: Seorang pemilik rumah mampu milik di Gelugor yang berang dengan tindakan jirannya menyewa unit bersebelahan kepada orang asing, menghantar nota bantahan kepada kerajaan Pulau Pinang di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

K L Soh, 50, yang bosan selepas kehabisan semua saluran mengadu, memutuskan untuk berjumpa exco negeri yang menjaga hal ehwal perumahan, Jagdeep Singh Deo.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menemui Jagdeep dan bertindak menyerahkan satu dokumen berhubung kebimbangannya kepada wakilnya, Fakhurrazi Ibnu Omar.

“Saya sudah mengadu kepada hampir setiap orang – Biro Aduan Awam, majlis perbandaran, Jagdeep, semua orang. Tetapi sehingga hari ini, tiada tindakan diambil.

“Saya sedih untuk mereka yang memohon rumah mampu milik apabila kita ada orang yang menyewa rumah mereka RM200 sehari. Ada yang tinggal lebih 2 bulan.

“Saya juga bimbang dengan keselamatan saya kerana orang asing berulang-alik di sepanjang koridor setiap hari, dengan ada yang mengotorkannya juga.

“Ada yang biadap kerana mereka menghempas pintu dan membuat bising,” kata wanita kelainan upaya itu kepada wartawan di luar bangunan DUN hari ini.

Di Pulau Pinang, pemilik rumah mampu milik tidak dibenarkan menjual atau menyewa rumah mereka selama 10 tahun. Pemilik juga perlu mendiami rumah terbabit.

Pangsapuri Soh masih baharu dengan penduduk berpindah ke sana kira-kira setahun lalu.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan yang menemani Soh berkata, penguat kuasa perlu mengadakan rondaan bagi memastikan pemilik tinggal dalam rumah mampu milik mereka.

“Kita ada hampir 20,000 pemohon rumah mampu milik dalam senarai menunggu. Ini amat tidak adil kepada mereka,” kata Huan.

Soh berkata, beliau sudah mengadu kepada Pesuruhjaya Bangunan dan badan pengurusan bersama pangsapuri terbabit.

“Mereka tahu mengenai masalah itu. Tetapi mereka belum menyelesaikan masalah itu. Saya sudah tinggal di sini 19 bulan. Saya sudah e-mel kepada Jagdeep, tetapi beliau tidak balas.

“Pada Februari tahun ini, selepas saya mendapat bantuan MCA, pejabat Jagdeep membalas e-mel saya. Menurut e-mel itu, mereka akan ambil tindakan. Tetapi sehingga hari ini, tiada apa yang berlaku,” katanya.

Baru-baru ini, Parti Cinta Malaysia mendedahkan blok pangsapuri Soh itu turut didiami orang kaya,s selain banyak unit disewakan melalui laman web hartanah secara dalam talian.

FMT masih menunggu maklum balas Jagdeep berhubung masalah Soh.

Sumber FMT http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/21/wanita-berang-rumah-mampu-milik-jadi-rumah-inap-desa/

0 ulasan: