Jumaat, 13 Januari 2017

PLASTIK OH PLASTIK 20 SEN

CARA-CARA KARTEL AZMIN BERBICARA UNTUK MEMBERI SATU PARADIGMA KEUNTUNGAN KEPADA MEREKA-MEREKA YANG MENYONTOTI KERAJAAN AZMIN YANG KITA SEMUA TAHU, SEMBANG KENCANG JE LEBIH, TAPI HABUK PUN TAKDA.

TETAPI KEHEBATAN MEREKA BERPOLITIK TIDAK BOLEH DISANGKAL LAGI, MAKA HADAMLAH WAHAI RAKYAT SELANGOR KERANA, KARTEL AZMIN TETAP KETAWA KECIL KERANA TIADA SIAPA MAMPU MELAWANNYA.

KAH KAH.. NAK HARAP PEMBANGKANG SELANGOR, HURM... TUNGGU BULAN JATUH KE RIBA, IBARAT PUNGGUK RINDUKAN BULAN. 

SEMUA PLAY SAFE. SEMUA TIDAK TAHU NAK BALUN APA DENGAN AZMIN.

dari porta Selangor Press



Caj Beg Plastik Masuk Kantung Peniaga, Bukan Kerajaan Negeri


Kerajaan Selangor mendakwa bahawa caj RM0.20 yang dikenakan kepada pengguna untuk setiap beg plastik sempena polisi “Hari Tanpa Beg Plastik” diambil oleh peniaga dan tidak diserahkan kepada kerajaan negeri seperti pandangan banyak pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Tek­nologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong berkata bayaran untuk beg plastik tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun peniaga sama seperti produk lain dan bukanlah dikutip untuk disalurkan ke ‘kantung’ kerajaan negeri.

Kata Elizabeth lagi, keputusan untuk menggunakan hasil kutipan caj tersebut ditentukan oleh peniaga, namun pihaknya telah mengesyorkan kepada peniaga agar kutipan itu dapat disalurkan untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.

“Caj minimum 20 sen adalah syarat penetapan kadar harga terendah yang perlu dikenakan untuk setiap penggunaan beg plastik, tetapi bergantung kepada pe­niaga untuk menetapkan harganya dan ia di­jual seperti barangan runcit yang lain.

Peniaga bagaimanapun disyor­kan me­nyalurkan ku­tipan itu untuk CSR atau kepada badan-badan amal yang melakukan usaha pemuliharaan alam sekitar khasnya ataupun pertubuhan kebajikan amal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah Elizabeth lagi, objektif pelaksa­naan polisi itu bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik demi kelestarian alam sekitar.

“Pada awal pelaksanaan kempen ini sudah tentu ramai orang tidak biasa tetapi sebelum ini telah pun dilaksanakan di Melaka dan Pulau Pinang,” katanya lagi.

Keputusan kerajaan Selangor untuk memperluaskan polisi “Hari Tanpa Beg Plastik” kepada setiap hari berbanding hanya pada hari Sabtu bermula 1 Januari tahun ini mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengesa kerajaan negeri untuk memberitahu rakyat mengenai cara wang hasil caj beg plastik disalurkan.

Headbomb - Kah kah, cubalah perkara ini kerajaan UMNO buat, ramai jadi sawan babi.. kah kah.. gila zaman era pakatan ni, pelacur, judi, gay, cukai semua mereka dok sedap buat duit tanpa ada tentangan.. kah kah.. babi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan