DBKL

Kapcai Tiada Halangan Masuk Bandar kata DBKL

10:20:00 PG headbomb 0 Comments

DBKL TIDAK CADANG LAKSANA LARANGAN KAPCAI DALAM MASA TERDEKAT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan melaksanakan larangan motosikal berenjin kecil atau dikenali sebagai ‘kapcai’ memasuki pusat bandar dalam masa terdekat, sebaliknya akan akan menjalankan kajian secara menyeluruh mengenai hal tersebut selepas projek pengangkutan awam siap kelak.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata bahawa cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai kemungkinan akan melarang penggunaan kapcai di pusat bandar masih dalam perbincangan dan belum diputuskan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Justeru, cadangan larangan kapcai itu tidak berlaku dalam masa terdekat dan perlu dilihat sehingga projek pengangkutan awam siap kelak,” katanya dalam sidang media berhubung projek DBKL semalam.

Dalam masa sama, DBKL tidak bercadang mengehadkan kemasukan kenderaan berat ke pusat bandar raya itu seperti disarankan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Wan Junaidi Wan Jaafar.

Walau bagaimanapun Mhd Amin menegaskan bahawa pelaksanaan larangan kemasukan kenderaan berat seperti lori ke pusat bandar melibatkan waktu tertentu telah dilaksanakan.

“Kita sudah ada sistem melibatkan waktu-waktu tertentu yang membenarkan lori masuk ke pusat bandar. Jadi tidak boleh mengharamkan terus kerana lori membawa bahan,” katanya.

SUMBER http://www.selangorpress.net/nasional/2017/01/dbkl-tidak-cadang-laksana-larangan-kapcai-dalam-masa-terdekat/

0 ulasan: