Kapcai Tidak Boleh Masuk Kuala Lumpur?

1:57:00 PTG headbomb 1 Comments


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang menjalankan kajian untuk mengenal pasti pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah pencemaran di Kuala Lumpur.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, antaranya cadangannya adalah untuk mengehadkan kemasukan motorsikal kecil dan kenderaan persendirian ke kawasan bandar.
Beliau berkata, cadangan tersebut merupakan salah satu pendekatan yang sedang dikaji sekiranya kenderaan awam yang lebih murah dapat disediakan bagi memudahkan pergerakan warga kota dan pada masa yang sama menjaga alam sekitar.
“Apabila pengangkutan awam yang murah dan berpatutan dapat disediakan kita mungkin akan mengkaji keperluan untuk mengehadkan penggunaan motosikal kecil dan kenderaan persendirian seperti bandar besar lain” Kata beliau ketika dihubungi media.
"Ketika waktu bekerja, populasi penduduk di dalam bandar Kuala Lumpur menyaksikan sebanyak lima hingga tujuh juta penduduk berulang-alik ke tempat kerja."
Namun Tengku Andnan menegaskan langkah tersebut masih diperingkat kajian menyeluruh untuk mengehadkan kemasukan motosikal kecil dan kenderaan persendirian ke dalam Kuala Lumpur memandangkan ia adalah keperluan warga kota.

http://www.malaysiannews.my/semasa/item/4158-ku-nan

1 ulasan: