Isnin, 9 Januari 2017

KERAJAAN AZMIN ALI SEMAKIN TIDAK RASIONAL DALAM HAL-HAL SENSITIVITI


Bagaimana lokasi yang didiami lebih ramai orang Melayu, boleh dipersetujui pula oleh kepimpinan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam demi menjaga minoriti abang besarnya DAP.

Tidak dipastikan, apakah kewajaran membenarkan kawasan perkuburan orang bukan Islam di kawasan 100% orang melayu.

Ini bukan persoalan perkauman, perkara ini pasti akan menjadi buah mulut sekiranya kita berbuat begitu di lokasi yang 100% orang bukan Islam. Apakah kerana peranan boneka pemimpin Melayu di Selangor sudah nampak terang benderang.

Ladang babi mega di kawasan orang Melayu, kali ini kawasan perkuburan bukan Islam TERBESAR PULA DI KUALA SELANGOR.

Menurut blogger JAWA BERNAMMelalui berita yang diterima dari seorang sahabat di dalam Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor, Nirvana Memorial Park telah menghantar surat tersebut kepada Pegawai Daerah untuk mendapatkan kelulusan membuka sebuah lagi kawasan perkuburan.

Apakah sebenarnya yang ingin ditunjukkan oleh Azmin Ali sebagai pemimpin yang nampak hala tujunya cuma nak berkuasa, bukan untuk menjaga sensiviti.

Sekiranya isu ini makin panas, sudah pasti akan terdengar suara-suara mengatakan UMNO itu rasis, ini bukan perkara RASIS, tetapi perihal bagaimana maruah orang melayu boleh dikotak katikkan oleh manusia yang bertopengkan kuasa.

Baca seterusnya..

http://jawaber6.blogspot.my/2017/01/kerajaan-selangor-luluskan-pembinaan.html

1 ulasan:

  1. PKR ANJING SURUHAN PUKIMAK DAP!

    BalasPadam