Selasa, 24 Januari 2017

Kisah Laskar BN 6.6 Persen

Laskar BN Hanya 6.6%

Ketika Majlis Pelancaran Skuad Komunikasi Media Wanita UMNO, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang menggegar dunia media troopers, dimana terdapat hanya 6.6% yang mendokong kerajaan dan jika mengikut nisbah, tiap satu yang mendokong usaha kerajaan akan aa 15 yang menentang.

Statistik tersebut yang kini tersebar di kalangan media trooper membangkitkan kemarahan dan tidak kurang membangkitkan sokongan bahawa perlunya penambahbaikan khususnya di dalam sebaran maklumat yang bukan sahaja berguna untuk rakyat malahan mengubah persepsi masyarakat terhadap kerajaan.

Persoalannya apakah kewajaran Zahid untuk mengumumkan bahawa hanya terdapat 6.6% media trooper pro-BN?

Jika mengambil iktibar di dalam situasi ‘Operations Security’ atau OPSEC, antara kata-kata pujangga yang sering dipegang oleh tentera Amerika Syarikat adalah ‘loose lips, sinks ships’.  Di dalam sebuah OPSEC beberapa peraturan mudah diharuskan buat setiap anggota yang terlibat, antaranya:

1. Tidak mendedahkan nama pihak/anggota yang terlibat.
2. Tidak mendedahkan lokasi serta maklumat sulit berkaitan dengan lokasi anggota.
3. Tidak mendedahkan unit/kemampuan ketenteraan.
4. Tidak mendedahkan pergerakan tentera

...dan pelbagai lagi saranan-saranan penting untuk memastikan maklumat yang tidak sepatutnya bocor sampai kepada pihak musuh.

Mudah bukan, kerana dengan tiadanya maklumat sebenar akan kekuatan sesebuah organisasi, pergerakan atau wujudnya satu mekanisme untuk menyembunyikan maklumat sulit yang hanya perlu diketahui oleh pihak-pihak tertentu khususnya di alam media sosial sedikit sebanyak merupakan kelebihan buat jentera kerajaan.

Maka tidak kisahlah samada pejuang siber tersebut digelar sukarela, tentera fisabilillah, cyber trooper, keyboard warrior, macai, berbayar, bergaji, berpencen, dipayung menteri, dipayung organisasi, yang pasti bilangan kita hanya 6.6%

Fb @Fahzly Hanaffi Muzayin

2 ulasan:

  1. bukan penyokong mana2 pihak, namun pihak kerajaan memang seolah2 tidak ada cybertroopr. Bukan itu sahaja, kebnyakan cybertrooper mereka seperti ditelan zaman. Langsung tiada cara bagi menarik golongan muda. Cybertrooper pembangkang pula rami kerana dua sahaja. Voluntarily dan Un voluntarily. Voluntarily tuh pihak yg secara terang-terangan diupah bagi pihak pembangkang. Tetapi pihak involuntarily tuh paling ramai kerana contohnya page2 di fb, twitter dan mcm2 lagi mereka menyebarkan matlumat atas rasa ingin menarik pengguna2 di page mereka(sprti page pencuri movie yg anti gov kerana asyik block site mereka).Bukan itu sahaja , sebilangan mereka mungkin ada yg telah ditimpa kejadian tidak baik,, cnthnya, novel terima kasih babi yg rata2 tahu babi itu dituju ke siapa. Bukan itu sahaja ,ada antara mereka ini sebahagian daripada kaki krajaan sendiri. Mungkin sepertimana kes Forest CIty, kalao bukan org dalam yg bongkar siapa lagi. Tambah buruk apabila baru2 ini dari page company china tersebut menyatakan bahawa ia memang Freehold dan bukan apa seperti PM katakan lagi ramai lah yg memberi persepsi negatif kpd PM. Kes 1MDB pun belum selesai, datang pulak kes baru. Saya bukan penyokong mana2 pihak, ini kerana kedua2 phak ada baik dan buruknya. Semoga pihak kerajaan daptlah membaiki masalah ini. Ikhlas memberitahu keadaan semasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ingin menyampaikan kepada
      seluruh Tki yang bekerja di negeri orang ,,
      saya PAK HERMAWANG KAMI TKI DI MALAYSIA
      pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asa, apalagi dengan keadaan istri hamil mengandalkan
      gaji itupun buat makan, sedangkan hutang banyak
      kebetulan kami buka-buka internet mendapatkan
      nomor AKI katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL ,,dengan keadaan susah jadi saya coba
      hubungi aki karna saya pikir tidak ada salah,nya kita coba dan minta
      angka bocoran angka 4D yang di berikan aki ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudarah di indonesia maupun di
      luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas atau mau bukah usaha dan perlu uang untuk sehari harinya
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda
      hubungi DARMO di nomor 082-310-142-255 silahkan anda buktikan sendiri
      demi allah saya sudah membuktikan angka dari aki sekrang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!
      >>>> KELIK DISINI KELUARAN NOMOR TOGEL 4D 5D 6D 7D SAMPAI 12 ANGKA <<<<

      Padam