Ahad, 22 Januari 2017

Lim Kit Siang Sedar Pas Sahaja Yang Mampu Merealisasikan Impian Dap Menjadi Dominan

Akhirnya setelah bertalu-talu serangan terhadap Pas sejak pemilihan Pas pada tahun 2015 dahulu, Dap antara yang lantang membelasah tanpa belas terhadap kepimpinan Ulama Pas.

Sudah terbukti juga, harapan Dap untuk menggunakan serpihan Pas, iaitu Amanah dengan pimpinan Mat Sabu sudah ternyata gagal yang teruk, memalukan serta merugikan Dap tanpa bicara.

Wujudnya PPBM atau parti bunga dengan bangga mengatakan Umno bakal hancur dengan wujudnya bunga, skripnya tetap sama dengan Amanah yang begitu yakin menggantikan Pas.

Serangan tanpa mengira siang dan malam terhadap kepimpinan Hj Hadi menampakkan betapa seriusnya Amanah dengan arahan Dap ingin sangat melenyapkan Pas.

Tetapi akhirnya jawapan pasti sudah dapat dibaca, tanpa Pas, Pakatan Harapan bakal hancur, pembangkang akan mati akal untuk mengalahkan BN.

Kepada Pas, jangan dibiarkan ular yang sama mematuk parti dan pemimpin Ulama anda sekali lagi, pesanan ikhllas dari admin

Headbomb


Tiada ulasan:

Catat Ulasan