Sabtu, 14 Januari 2017

Mengapa Kita Bodoh?

Perkara perlu pengundi Melayu tahu.

Mengapa politik dominan itu penting dan harus diperkuatkan. Malah paling utama kekuatan orang Melayu Islam hanyalah kerana kuasa yang kita ada.

Mengapa kita lihat, Dap begitu bergembira bilamana perpecahan parti besar orang Melayu berjaya direalisasikan.

Umno berpecah tertubuhnya PPBM. Pas berpecah tertubuhnya Amanah.

Masing-masing ligan antara satu sama lain. Maka musuh sebenar sudah nampak keuntungan. Tidak payah jauh, lihat Pulau Pinang dan Selangor, siapa belakangnya yang paling berkuasa? Sudah pasti Dap yang kita tahu ada matlamat, Malaysia akan jadi Singapura ke-2 selepas PRU 16.

Ramai diantara kita hanyut, ketawanya amat kuat bila bangsanya dijatuhkan, malah dalam diam bersekongkol pula dengan musuh untuk memuaskan hati yang kelam.

Kalau Datuk nenek kita sanggup hilang nyawa kerana satu matlamat, iaitu merdekakan tanah bertuah ini dari penjajah, tetapi cucu-cicitnya pula lemparkan najis di kubur-kubur tok moyangnya kerana kepuasan kebodohan.

Kesimpulannya, parti besar seperti Umno dan Pas perlu tahu apa impaknya sekiranya perpecahan ini sentiasa diteruskan.

Tepuk muka, tanya lah hatimu Melayu durjana.

Headbomb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan