Mereka Taiko Besar, Masalah Besar kalau Laporkan Pada Polis - Faiz Zulfahmi

6:15:00 PTG headbomb 1 Comments

Tular dimedia sosial dimana pemandu lori, Faiz Zulfahmi dilanyak tanpa belas, hanya kerana terlangar mercedes benz seorang Datuk.

Keadilan sudah dapat ditegakkan kerana ramai sudah ditangkap kerana ada kaitan terlibat dengan kes paling celaka pernah dilihat didalam cctv.

Tidak kerana rakaman cctv, mungkin nasib pemuda itu dalam bahaya atau ugutan yang lebih teruk sekiranya dia melaporkan kepada pihak polis.

Negara ini ada undang-undang, ingat ni zaman koboi? Haramjadah...


PETALING JAYA, 22 Jan: Polis telah menahan lima individu termasuk seorang wanita susulan kes pukul seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohamad Fuad Abdul Latiff berkata, kelima-lima mereka, yang berusia antara 20-an dan 30-an itu ditahan awal pagi semalam di Selangor dan Negeri Sembilan.

"Kita telah mengenalpasti satu atau dua lagi individu yang terbabit dalam insiden itu", katanya sebagaimana lapor The Star.

"Polis akan mencari beberapa lagi rakan suspek untuk membantu siasatan, usaha mengesan individu lain sedang dijalankan bagi membantu polis mendapatkan gambaran sebenar kejadian," katanya selepas merasmikan Ops Selamat 10/2017 Sempena Tahun Baharu Cina di sini, Ahad

Beliau berkata wanita terbabit terlibat dalam kejadian itu biarpun dia tidak kelihatan di dalam video klip yang tersebar luas.

"Ya, kami tidak nampak dia dalam video klip itu. Tetapi kami mempunyai sebab-sebab untuk menahannya kerana dia terlibat", katanya.

Sebelum ini, video klip yang memaparkan bagaimana pemandu lori berusia 25 tahun dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki menjadi viral di media sosial.

Faiz Zulfahmi


Kuala Lumpur, 22 Jan - Pemandu lori yang menjadi mangsa pukul beberapa lori hari ini tampil menjelaskan secara terperinci apa yang terjadi ke atasnya baru-baru ini.

"Dia tanya, 'ni lori siapa?' Lepas tu saya cakap, 'ni lori saya'. Lepas tu dia angkat tangan dia terus pukul", kata lelaki berkenaan ketika ditemuramah secara langsung oleh Harian Metro.

Ketika ditanya adakah dia sedar dia telah dibelasah oleh beberapa orang individu, mangsa berkata dia kurang jelas dengan kejadian.

"Saya rasa dalam sorang pukul saya, dua orang tendang saya. Tu je saya ingat", katanya.

Ditanya sama ada dia ada menerima sebarang ugutan secara langsung.

"Tiada. Bos beritahu saya yang diorang ni kumpulan gangster besar..", kata mangsa sebelum diikuti dengan sorakan 'gangster besar' dari orang ramai.


22 January 2017
Dah kena kutip "Along Taman"

Ampang Jaya : Lelaki berusia 42 tahun ditahan di Sungai Long, Kajang pada 11. 10 malam tadi berhubung kes pemandu lori diserang di khalayak ramai oleh sekumpulan lelaki di pekarangan kondominium di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pada 14 Januari lalu.

Sumber polis berkata, dalam satu operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dengan dibantu Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D8 Selangor dan JSJ D9 Bukit Aman berjaya mengesan suspek di bersembunyi di rumahnya.

Susulan dari itu, katanya, pasukan serbuan menuju ke rumah suspek.

"Bagaimanapun,sebaik menyedari kehadiran polis suspek enggan memberi kerjasama dengan mengunci pintu rumahnya.

"Selepas memberi amaran dan arahan beberapa kali,anggota terpaksa memecahkan pintu rumah suspek namun sebaik pintu berjaya dibuka,suspek bertindak agresif dengan menyerang anggota yang membuat serbuan, " katanya.

Menurutnya, selepas berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis,lelaki itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk siasatan lanjut.

Lelaki yang terkenal dengan panggilan  'Along Taman' itu adalah antara empat lelaki dipercayai terbabit memukul pemandu lori Sabtu lalu.

Dalam satu video berdurasi selama 2 minit 49 saat yang tular di media sosial, pemandu lori yang dipercayai memakai baju merah dipukul dan ditendang oleh beberapa lelaki tanpa sebarang belas kasihan.

Sumber : Harian Metro

1 ulasan: