MPK Persoal Polis Tidak Halang Acara Bunga Api Tanpa Permit

11:30:00 PTG headbomb 1 Comments



Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempersoalkan tindakan polis yang didakwa membiarkan acara pertunjukan bunga api sempena Sambutan Tahun Baru 2017 Fiesta Gegar Klang diteruskan walaupun tidak mempunyai permit.

Yang Di-Pertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata polis seharusnya memaklumkan lebih awal berhubung permohonan permit tersebut, selain melarang penganjur meneruskan acara itu yang berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran, semalam.

“Kita tidak memohon permit kerana dalam jawatankuasa penganjuran Fiesta Gegar Klang ini, pihak polis terlibat sekali, sepatutnya perkara seperti ini (soal permit) perlu dimaklumkan awal oleh pihak mereka.

“Sepatutnya pihak polis memaklumkan lebih awal (berhubung permohonan permit).” katanya dalam kenyataan kepada media.

Menurut Mohamad Yasid lagi, sepanjang acara tersebut berlangsung terdapat anggota polis yang berkawal dan mereka boleh bertindak melarang acara itu diteruskan jika tidak mempunyai permit seperti didakwa.

“Malah ketika berlangsung pertunjukan sambutan tahun baru itu, mereka (polis) meletakkan anggota untuk berkawal. Mereka boleh melarang pihak penganjur meneruskan acara tersebut jika tidak ada permit,” katanya lagi.

Semalam MPK mengumumkan akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian letupan tersebut yang mengakibatkan kecederaan kepada 14 pengunjung terdiri daripada 10 dewasa dan empat kanak-kanak.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad menegaskan bahawa MPK tidak memohon sebarang permit bagi pertunjukan itu sempena ambang tahun baru.

http://www.selangorpress.net/selangor/2017/01/mpk-persoal-polis-tidak-halang-acara-bunga-api-tanpa-permit/

1 ulasan:

  1. Biasalah kerajaan negeri Selangor.. Mereka semuanya bersih cekap dan amanah...yang salah orang lain..polis salah.. rakyat salah..kalau tak tahu nak tadbir negeri mengaku jerlah.. Jangan macm bangau asyik nak salah kan orang lain jer..bangau oh bangau kenapa engkau kurus

    BalasPadam