Khamis, 19 Januari 2017

Muhyiddin Sudah Kesipuan?

Kalau ikut sangat perangai pemimpin dan pengikut parti Bunga memang boleh ada kerosakan sel-sel otak kalau dibiarkan.

Semuanya kerana nak Najib dijatuhkan, segala bentuk serangan yang kurang bijak dihalakan kepada Najib, tetapi selalunya akan memalukan mereka sendiri.

Sebelum ini Mahathir memberi tohmahan, katanya pemberian BR1M adalah salah, rasuah, haram dan jelek.

Setelah U-turn, dia memberitahu, sekiranya pakatan pembangkang menang PRU14, BR1M akan diteruskan. Cukai ala-ala GST akan diadakan, paling rare GST akan dihapuskan.

Sekarang kebodohan maksimum mereka buat lagi, menyerang Sultan Johor berkaitan projek Forest City, katanya Johor gadai tanah kepada China.

Agaknya mereka tahu, projek Forest City tu adalah projek tambakan tanah, dari mana gadainya?

Mungkin kali ini serangan bertali arus yang agak memalukan pasukan Bunga sehingga mengheret Sultan dalam serangan projek Forest City.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan