Ahad, 5 Februari 2017

Kisah Air Mata Proton Yang Cukup Sadis!! Sediakan Tisu

Hari ini ramai sungguh yang menghantar mesej kepada saya bertanyakan benarkan apa yang mesej diterima oleh mereka itu?

Mesej yang dimaksudkan ialah tulisan pendek bertajuk Nasib Perjalanan Terakhir Proton (Keringat dan AirMata).

Ini semua akibat desas desus syarikat otomotif China, Geely akan mengawal 51 peratus pegangan kilang Proton di Tanjung Malim.

Saya ambil reaksi mereka ini sebagai positif – sekurang-kurangnya mereka bertanyakan kepada saya apa benarkah “cerpen” tersebut.

Malah, ibu saya sendiri menelefon saya dengan suara panik bertanya “Betulkan kerajaan nak jual Proton ke China?”

Ibu saya berusia 70 tahun, dan beliau sangat risaukan Proton.

I take that as a good thing. Ia bermakna rakyat Malaysia sangat sayangkan Proton, tetapi sayangnya, perasaan itu dimainkan oleh pakar-pakar politikus.

Biar saya kongsikan pendapat saya, berdasarkan tulisan pendek yang tersebar itu.

1. Proton membina kilang di Tanjung Malim dengan wang sendiri, tanpa hutang.

Benar. Ini adalah antara fakta yang sangat dibanggakan. Jika anda bertanya kepada pakar ekonomi, mereka akan berkata pelaburan sebesar itu memang bagus jika kita yakin perniagaan kita akan kukuh dalam masa akan datang dan sudah ada baki duit untuk dilaburkan kepada penyelidikan (R&D).

2. Di zaman Tun Mahathir, Proton sentiasa mencatat keuntungan.

Proton menguntungkan kerana Tun Mahathir melaksankan sekatan ekonomi terhadap kenderaan jenama lain.

Jangan salah sangka, saya sangat menghormati Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin terbaik, malah saya bawa anak saya bertemu dengan Tun agar Tun dapat memberi sedikit pandangan kepada generasi anak saya.

tun mahathir 2 web

Namun dalam bab Proton, sekiranya cara Tun diguna-pakai sekarang, saya kira penulis “cerpen” itu pun akan meroyan kerana harga kereta jenama lain akan meningkat.

Saya silap – beliau akan karang satu lagi artikel bertajuk “Harga Kereta Naik Angkara Kerajaan – Keringat Dan Air Mata Part II”.

Dalam zaman sekarang di mana Malaysia sudah menandatangni perjanjian perdagangan bebas dengan pelbagai negara lain, sangat sukar untuk mengenakan sekatan dagangan seperti dahulu – iaitu naikkan cukai untuk kenderaan bukan nasional.

Kenderaan dari negara AFTA dan Jepun datang dengan cukai yang minimum kerana negara-negara berkenaan menerima produk kita dengan cukai yang rendah atau tiada cukai langsung.

Malaysia sebenarnya ada mengamalkan sekatan teknikal ke atas produk kenderaan.

Kesemua kenderaan yang mahu dijual di Malaysia perlu lulus ujian homologasi Malaysia (Type Approval) yang sebenarnya lebih rumit dari Eropah.

Standard homologasi Malaysia diasaskan dari standard Eropah, Jepun dan Australia dan bila disatukan, ia memang sangat ketat. Ini anda boleh bertanyakan kepada mana-mana syarikat kenderaan di dalam negara.

Semua kenderaan yang hendak dijual di Malaysia akan diuji sepenuhnya dan dipastikan mengikut homologasi negara.

Biarpun kenderaan itu diimport dari China ke, Afrika ke, Rusia ke, planet Zargus sekalipun, jika ia tidak menepati piawaian homologasi negara, ia tidak akan dibenarkan masuk.

Jika dipasang di Malaysia pun, ia perlu mematuhi homologasi tersebut.

3. Hari ini kita dikejutkan dengan berita syarikat otomotif Geely dari China akan membeli 51 peratus pegangan kilang di Tanjung Malim, dan diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

Saya lagi terkejut – siapa pula kata Geely akan beli?

Geely ialah antara dua syarikat yang sedang dalam proses menawarkan pakej rakan kongsi kepada Proton.

Satu lagi syarikat ialah PSA – Peugeot/Citroen dari Perancis.

Dan memang kerajaan menawarkan saham 51 peratus kepada KILANG di Tanjung Malim agar kilang itu beroperasi sepenuhnya dan membawa hasil kepada Proton juga.

4. Nasib anak-anak bangsa hanya akan menjadi kuli pada bangsa negara luar bila kepentingan PROTON hilang dari tangan Malaysia. Kilang yang kita bina dari hasil titik peluh kita selama ini dan menjadi jenama kebanggan kita semua dan kebanggaan negara bakal bertukar tangan.

Minta penulis baca balik apa yang dia tulis kerana menjual saham kilang tidak bermaksud seluruh syarikat tergadai.

Beliau sendiri menulis kilang di Tanjung Malim yang akan dijual, kenapa tiba-tiba bertukar menjadi satu syarikat yang tergdai pula?

Proton menghasilkan banyak kenderaan mereka di Shah Alam. Dalam era ekonomi seperti sekarang, semua syarikat kenderaan berusaha untuk mengurangkan kos operasi.

Proton, walau berada dalam kemelut pun, tidak pernah membuang pekerjanya.

Maka jika Proton mempertingkatkan teknologi di kilang Shah Alam agar mampu menghasilkan lebih banyak kenderaan di sana, bukankah itu akan mengurangkan kos operasi mereka dan memberikan lebih keuntungan?

Atau mungkin penulis pokok tersebut rasa sangat gah jika kita ada kilang besar yang tak digunakan.

Jumlah jualan Proton sekarang tidak memungkinkan ia menjalankan operasi di dua kilang di dua lokasi berlainan.

Proton ialah sebuah syarikat, dan ia perlu beroperasi sebagai sebuah syarikat – bukan hanya untuk memuaskan ego sesuatu pihak sahaja.

5. Kilang tersebut bakal bertukar polisi dari mereka cipta dan mengeluarkan model sendiri ke cuma menjadi TUKANG PASANG PINTU, TUKANG PASANG BONET, TUKANG PASANG RIM TAYAR dan TESTER pada kereta keluaran jenama Geely dari China.

Saya rasa beliau ini (penulis tersebut) bertaraf Pengarah Urusan Proton mungkin kerana dengan mudah berkata polisi syarikat bertukar.

Kilang Proton di Tanjung Malim pernah digunakan untuk memasang model Inspira.

Antara sebab utamanya ialah Proton mahu buktikan ia mampu menjalankan operasi “contract assembly”, iaitu mengambil upah untuk memasang kenderaan dri jenama lain di kilang itu.

Proses contract assembly ini bukan suatu perkara yang baharu.

Kilang Perodua memasang model Myvi untuk dijual oleh Daihatsu sebagai Sirion di Indonesia.

Perodua Myvi dieksport ke Indonesia sebagai Daihatsu Sirion.
Perodua Myvi dieksport ke Indonesia sebagai Daihatsu Sirion.

Dalam tahun 2004, Perodua mengambil kontrek untuk memasang Toyota Avanza di kilang mereka.

Dan Perodua dibayar untuk kos-kos pemasangan tersebut serta vendor-vendor tempatan pula mendapat perniagaan.

Itu di dalam Malaysia.

Di luar sana, Mitsubishi pernah memasang kenderaan elektrik dan SUV untuk Peugeot/Citroen.

Kilang Renault pernah memasang trak pikap Nissan.

Fiat-124_Spider_2017_1280x960_wallpaper_07
Fiat 124 ini sebenarnya ialah Mazda MX-5 baharu.

Dan kereta sport Fiat 124 yang dilancarkan tahun lalu dipasang oleh Mazda di kilang mereka di Hiroshima.

Ada sesiapa yang tergadai?

2015-FiatFullback-01
Fiat meminta Mitubishi binakan satu trak pikap.

6. Sedih betul. Kita akan sama nasib seperti di Indonesia. Ada plant, ada kilang kereta tapi cuma jadi tukang pasang parts pada Volvo, Mercedes, Toyota dan lain lain.

Saya kira saya lebih bersedih dengan penulisan beliau.

Adakah beliau mengatakan Indonesia lebih teruk dari kita?

Tahukah beliau jualan kenderaan di Indonesia jauh lebih tinggi dari Malaysia dan ia akan terus berkembang kerana Indonesia mempunyai lebih dari 10 kali ganda penduduk dari kita?

Di utara kita, Thailand sudah menjadi pengeksport nombor satu dunia untuk trak pikap saiz sederhana.

Thailand juga menjadi pembekal kenderaan nombor satu ke Australia. Malah hampir kesemua syarikat Jepun mempunyai pusat penyelidikan lengkap di Thailand.

Adakah Thailand mempunyai kenderaan jenama sendiri?  Tidak, dan adakah duit mereka lebih kukuh dari kita sekarang?

Saya sokong, mempunyai dua, bukan satu, syarikat kenderaan sendiri memang membanggakan tetapi ia juga bermakna kita harus sama-sama membangunkan syarikat tersebut.

Jadi apabila Proton perlu berbuat sesuatu untuk berkembang maju, kita jangan cuba menghasut orang lain untuk menentang mereka.

Proton perlukan rakan teknikal kerana tidak ada cara lain lagi untuk mendapat teknologi terkini.

Enjin-enjin memerlukan kos pembangunan yang terlalu tinggi dan jumlah jualan yang sedikit tidak memungkinkan kita mampu melabur begitu banyak dalam teknologi enjin.

Enjin yang modern penting kerana ia membolehkan kenderaan melepasi kadar pengeluaran asap (emission standard) yang rendah untuk masuk ke negara-negara maju.

Dan kerana itu, Proton perlu rakan teknikal.

Volvo sekarang semakin berkembang maju selepas Geely membeli syarikat itu dan menyuntik dana untuk penyelidikan.

jaguarcx17studi01gallery-devicedesktop-1366x769_tcm92-30536_desktop_1366x769

Jaguar dan Land Rover turut dijual dan dimiliki oleh Tata dari India. Suntikan modal dari Tata memungkinkan Jaguar dan Land Rover menghasilkan produk-produk yang digilai oleh golongan berada.

Kerajaan baru berkata mahu membenarkan satu kilang Proton dijual sahamnya agar kita mendapat sedikit suntikan modal, sudah ada yang bangkit dengan keris dan parang.

Bagaimana Proton hendak maju dalam perniagaan jika sentimen begini masih wujud?

Proton bukan baru 10 tahun – ia sudah berusia 34 tahun. Jika ia berkata ia mahukan rakan kongsi, siapakah anda untuk berkata tidak perlu?

Berapa buah kenderaan anda sudah bina?

7. Beza cuma plant plant tu Volvo, Merc dan Toyota yang keluar duit bina. Tapi untuk Geely PROTON YANG PENAT PENAT BINA DAN USAHA namun akhirnya kerajaan DS Najib senang-senang jual 51% kepentingannya pada syarikat kereta China.

Sebenarnya ini (menjual 51 peratus) lebih baik kerana kita masih ada suara di dalam kilang itu, dan kita boleh pastikan tenaga mahir tempatan digunakan. Dan rakan teknologi baharu itu perlu membayar harga saham tersebut – bukan diberikan percuma.

Malah saya berharap agar kilang tersebut akan lebih maju selepas Proton mempunyai rakan teknikal nanti kerana akhirnya kilang itu akan digunakan sepenuhnya.

Dan bila itu terjadi, kawasan tersebut akan membangun dengan pesat dan vendor-vendor tempatan boleh dibina untuk menambahkan lagi pendapatan negara.
8. Bahana 1mdb.
Apa lagi yang tinggal pada anak cucu kita?

Baik saya kata ini semua bahana Donald Trump.

Sekiranya kita masih suka melayan politik kedai kopi dan menyalahkan kesemua faktor luaran atas kemunduran ekonomi kita, sampai bila-bila pun kita tidak akan ke mana.

Kesimpulannya

Proton adalah sebuah syarikat milik DRB-Hicom, dan ia memang menjadi kebangaan negara.

Produk-produk terbaharu Proton memang sudah membutikan ada pembaikan dari kesemua segi.

Malah ramai mereka yang sedikit sangsi dengan Proton terpaksa bersetuju produk terbaharu jenama tersebut seperti Pesona dan Saga memberikan kepuasan yang terbaik untuk nilainya.

Dunia otomotif ialah dunia yang kompleks dan penuh dengan cabaran-cabaran  seperti cabaran rekebentuk, cabaran penjimatan bahan bakar, cabaran keselamatan penumpang dan cabaran homologasi sesebuah negara.

Kerajaan sudah bersetuju untuk membantu Proton apabila ia menawarkan pinjaman mudah (soft loan) sebanyak RM1.5 billion dan kerajaan mahukan beberapa agensi untuk turun dan membantu Proton agar menjadi lebih berdaya saing.

Jika kita sayangkan Proton, kita letak kepercayaan kepada tampuk pengurusan Proton dan agensi-agensi yang berkaliber untuk menentukan apa yang terbaik untuk jenama itu.

H.S
Careta.

3 ulasan:

  1. Negara lain pasang kereta negara lain utk pemindahan teknologi.

    Negera x der duit pasang kereta negara lain sebab terpaksa utk hidup...

    Boros le lagi...

    BalasPadam
  2. Saya ingin menyampaikan kepada
    seluruh Tki yang bekerja di negeri orang ,,
    saya PAK HERMAWANG KAMI TKI DI MALAYSIA
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa, apalagi dengan keadaan istri hamil mengandalkan
    gaji itupun buat makan, sedangkan hutang banyak
    kebetulan kami buka-buka internet mendapatkan
    nomor AKI katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL ,,dengan keadaan susah jadi saya coba
    hubungi aki karna saya pikir tidak ada salah,nya kita coba dan minta
    angka bocoran angka 4D yang di berikan aki ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudarah di indonesia maupun di
    luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas atau mau bukah usaha dan perlu uang untuk sehari harinya
    jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda
    hubungi DARMO di nomor 082-310-142-255 silahkan anda buktikan sendiri
    demi allah saya sudah membuktikan angka dari aki sekrang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!
    >>>> KELIK DISINI KELUARAN NOMOR TOGEL 4D 5D 6D 7D SAMPAI 12 ANGKA <<<<

    BalasPadam
  3. Bila kilang dijual, kilang itu bukan lagi milik proton, jika nak pasang kereta jenama kain, apasal prlu jual kilang❔

    BalasPadam