Selasa, 7 Mac 2017

Jangan Amuk Dahulu, Masih Boleh Buat Rayuan di LHDN Berkenaan Status BR1M Yang Tidak Lulus

Kepada rakyat Malaysia janganlah begitu emosi kalau BR1M belum dapat, walau status anda memiliki SSM, perlu dilihat pula dari segi penjualan syarikat anda itu, kalau ada akaun syarikat, sudah tentu LHDN dapat tahu setahun 'sales' anda berapa.

Bila dicampur pula dengan pendapatan kerja anda yang dapat tiap-tiap bulan bersama pasangan, mungkin juga sudah dicampur dengan 'sales' syarikat, itu yang membuatkan anda tidak layak.

BR1M untuk rakyat yang sepatutnya memerlukan, seperti orang kampung yang bekerja kampung, orang bekerja kilang yang gajinya hanyalah berapa kerat, orang yang bekerja sebagai buruh kasar, berapa kerat sahaja pendapatan mereka dapat.

LHDN mungkin tidak mahu golongan ini yang tidak dapat. Bukan golongan di instagam kepoh melancong sana sini, makan sana sini, selfie sana sini dengan makanan sedap-sedap, sudahnya BR1M tidak lulus mereka amuk macam miskin benar.

Ingatlah kalau kita terlalu amarah, bagaimana pula rezeki nak masuk? Lari jauh-jauh gamaknya. Orang kita mengalami sindrom angkuh tak kena tempat, manja, malas serta suka memaki hamun.


LHDN Saran Pemohon BR1M Tidak Lulus Buat Rayuan


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyarankan mana-mana pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang layak tetapi tidak diluluskan agar mengemukan rayuan mulai bulan hadapan dengan melampirkan bukti pendapatan bersama pengesahan dari agensi kerajaan terlibat.

Sumber dalaman kepada LHDN berkata punca utama sebilangan besar permohonan itu ditolak adalah disebabkan kegagalan pemohon terutamanya golongan peniaga mengemukan bukti pendapatan mereka.

Kata beliau lagi, keputusan tersebut dibuat untuk mengurangkan jumlah pemohon dengan maklumat gaji palsu, selain memastikan bantuan itu disalurkan hanya kepada golongan berkelayakan.

“Saya percaya, tindakan kita (tidak meluluskan permohonan BR1M) tidak disenangi banyak pihak, tetapi kita buat untuk pastikan pemohon yang betul-betul layak sahaja terima BR1M.

“Tahun lalu sahaja, banyak aduan yang diterima apabila peniaga dan mereka yang bekerja sendiri tak declare (isytihar) pendapatan mohon BR1M dan kemudian lulus.

“Tahun ini kita perketatkan. Jadi pemohon yang tak lampirkan bukti pendapatan memang kita tak luluskan,” kata sumber itu kepada Selangor Press.

Tambah beliau, golongan peniaga yang layak namun permohonan ditolak, tidak perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendapatkan pengesahan pendapatan, sebaliknya hadir ke pejabat LHDN berhampiran untuk membuat rayuan secara manual.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa peniaga yang dikesan mempunyai keuntungan bulanan melebihi RM4,000 semasa proses pengesahan pendapatan akan dipaksa membayar cukai kepada LHDN, seperti tular di media sosial.

“Ramai percaya kononnya pengesahan pendapatan itu sebagai kaedah LHDN buru peniaga yang buat untung lebih RM4,000 untuk kenakan cukai.

“Sesebuah perniagaan itu akan ditentukan sama ada dikenakan cukai atau tak selepas ditaksirkan dahulu, bukan setakat dapat untung lebih RM4,000 sebulan terus kena cukai.

“Saya harap sesiapa yang rasa dia patut dapat BR1M tetapi tidak lulus itu, jangan takut untuk buat rayuan bulan depan,” katanya lagi.

Isu mengenai permohonan BR1M tidak diluluskan menjadi topik hangat di media sosial semalam.
Sebilangan pemohon mendakwa alasan LHDN tidak meluluskan permohonan mereka adalah disebabkan tiada pengesahan pendapatan dari SSM.

http://www.selangorpress.net/nasional/2017/03/lhdn-saran-pemohon-br1m-tidak-lulus-buat-rayuan/

2 ulasan:

  1. Anak Bukit Jelutong8 Mac 2017 7:07 PTG

    Tak palah tak dapatpun. Rezeki masih dikurnia Allah. Berilah kepada mereka yang benar-benar layak dan amat memerlukan.

    Terima kasih kepada Kerajaan yang telah memberi BR1M kepada saya & keluarga sejak mula hingga tahun 2016.

    Berilah kepada penerima lain pula.

    BalasPadam
  2. Saya nak bertanya dgn mana2 pihak yg mengetahui perjanjian sebenar kementerian pndidikan era tsmuhdin yasin dgn YTL ttg perkhidmatan bestari.net.
    Dikhabarkan sekolah yg mggunakan perkhidmatan bestari.net membayar rm599 sebulan dgn pelan data cuma 2GB.Jika benar...mmg berat sblh perjanjian tersebut.
    Patut pon para guru mengadu perkhidmatan mrk sangat perlahan dan ada kalanya tiada langsung.
    Adakah ini satu lagi perjanjian bodoh dan bangang era tun mahathir yg menguntungkan waris..proksi dan kroni mrk spt perjanjian konsesi tol dan ipp.
    Harap ada yg berani mendedahkan pembaziran wang rakyat mll perjanjian berat sblh sebegini.

    BalasPadam