Bagaimana Lim Guan Eng Mampu Menipu dengan Pintar

12:13:00 PG headbomb 0 Comments


Ketua Menteri Pulau Pinang cuba untuk membersihkan dirinya dengan isu skandal banglo murah yang dia sendiri tak mampu nak berkata tidak benar.

Dikaitkan dengan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kononnya membeli rumah lebih mahal berharga RM5 Juta, banglo miliknya yang dia beli pula hanya RM2.8 Juta. Guan Eng tidak sedar, walaupun Khir Toyo disahkan bersalah, namun dia masih membayar insuran bulanan dengan bank berikutan membeli rumah tersebut.

Berbeza pula dengan dirinya, menggunakan kuasa Ketua Menteri, untuk mendapatkan harga banglo itu dari harga pasaran, malah penglibatan Phang Li Koon iaitu pemilik asal banglo murah itu juga masih dalam pertikaian, ini kerana Phang Li Koon mempunyai kepentingan projek yang dikatakan sudah dipersetujui Lim Guan Eng.


Masih tergiang-giang ingatan ini ketika Dap memainkan sentimen keterlaluan memalit Bekas Menteri Besar Selangor itu. Sampai berdemo yang sangat kerap di kawasan rumah Khir Toyo, mendesaknya meletak jawatan. 

Sekarang bila isunya lebih kurang sama, Dap ibarat malaikat yang beriya-iya untuk membersihkan skandal paling memalukan keluarga Lim itu.

Legasi Lim Kit Siang terpalit malu, sampai satu tahap terpaksa merayu, kata mereka janganlah menyerang peribadi keluarganya, bila peluru sudah tepat kena kepada mereka, ohh itu tidak ada etika, tetapi bila menyerang UMNO kononnya rasuah, salah guna kuasa, lupa terus maksud etika kepada mereka.

Sekarang, Lim Guan Eng memang tidak mampu nak menyorok bangkai gajah dalam bilik tidurnya, kes mahkamah sudah menjadi bualan terhadap dirinya, terpalit sudah dengan skandal banglo murah.


PERSOALANNYA, ADAKAH DAP DIJADIKAN UNTUK SENTIASA SUCI DAN BERSIH, SEOLAH-OLAH TIADA DOSA, TETAPI REALITINYA MEREKALAH PALING BUSUK SAMPAI KE USUS.

Saksikan Video Penipuan Hebat Lim Guan Eng ini.. PANAS!! PANAS!!

video

0 ulasan: