Jumaat, 26 Mei 2017

Jual Tanah Rakyat Sesuka Hati, Apa Cerita Dap? Sembang Apa Jaga Rakyat!!

*Kenyataan Media*
*Datuk Huan Cheng Guan*
*Naib Presiden*
*Parti Cinta Malaysia*

*_Jual tanah rakyat secara "Direct Nego", mana Tender Terbuka & ketelusan Lim Guan Eng?_*

1. Baru - baru ini, sebagai seorang anak kelahiran Pulau Pinang saya dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan dimana tanah milik rakyat Pulau Pinang di Peel Avenue telah dijual oleh Lim Guan Eng kepada sebuah syarikat pelaburan asing dengan harga hanya RM 156 juta dimana ianya adalah dibawah paras harga pasaran

(Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/17/peel-avenue-land-sold-to-hospital-for-rm156-million-guan-eng-reveals/)

2.  Lebih mengejutkan lagi adalah proses penjualan tanah milik rakyat ini dijual tanpa tender terbuka dimana ianya dijual melalui perbincangan sulit (direct negotiation) hanya antara kerajaan negeri dan juga syarikat pelabur asing. Akibat direct negotiation ini, kerajaan negeri telah kehilangan peluang untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi jika proses penjualan ini diadakan melalui satu tender terbuka. Persoalanya sekarang:

*a* : Mengapa proses ini dilakukan secara direct negotiation dan buka secara tender terbuka?

3.  Selain itu, proses direct negotiation ini dengan jelas dan nyata menunjukkan bahawa pihak DAP terutamanya Lim Guan Eng dan ayah beliau adalah pemimpin yang mengamalkan sikap hipokrit didalam karier politik mereka. Ini kerana, pada Tahun 2012 semasa berkempen di Sarawak, Lim Guan Eng dengan jelas telah menyatakan bahawa:

_"Proses tender terbuka merupakan satu langkah untuk membasmi korupsi didalam kerajaan dan memastikan kerajaan mempunyai integriti yang tinggi"_

Rujukan : http://www.theborneopost.com/2012/10/15/dap-sec-gen-advocates-six-measures-to-curb-corruption/

Namun kali ini, Lim Guan Eng sendiri yang membuktikan bahawa diri beliau tidak serius dalam membasmi rasuah serta menunjukkan beliau merupakan seorang pemimpin yang tidak mempunyai integriti yang tinggi kerana tidak mengamalkan konsep tender terbuka.

4. Selain itu, Penasihat DAP Dr. Chen Man Hin juga pernah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Tahun 2009 oleh beliau dengan jelas mengatakan bahawa:

_"Proses tender terbuka adalah cara yang paling efektif untuk membanteras korupsi dan memastikan efisiensi kerajaan_"

Rujukan : https://blog.limkitsiang.com/2009/11/27/open-tender-for-all-government-procurements-%E2%80%93-most-effective-way-to-prevent-corruption-and-ensure-efficiency/

Ini dengan jelas membuktikan bahawa Lim Guan Eng kini semakin terdesak sehingga beliau sanggup mengadakan direct negotiation dengan syarikat pelabur luar untuk menjual tanah milik rakyat walaupun dahulunya beliau mengkritik kerajaan BN kerana mengamalkan proses yang sama.

5. Lebih mengejutkan juga adalah sikap tidak kompeten Lim Guan Eng yang menggunakan harga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Tahun 2015 sebagai rujukan untuk menjual tanah milik rakyat ini kepada orang asing. Kita masih ingat dengan penjualan tanah di Taman Manggis untuk pembinaan Hospital dan kini apa sudah jadi ?.  Sehingga hari ini yang tinggal cuma lalang dan rumput sahaja.

Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/23/peel-avenue-land-valued-by-valuation-department/

6. Mana - mana rakyat pun tahu bahawa harga tanah serta aset akan naik setiap tahun dan harga 2015 sudah tidak boleh dipakai lagi pada tahun 2017 kerana harga sudah pastinya akan lebih tinggi. Namun nampaknya perkara mudah seperti ini pun Lim Guan Eng tidak boleh berfikir sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang.
Kami semua pun sedia maklum bahawa Charges dari Hospital Swasta  Singapura adalah di antara paling mahal di Asia Tenggara dan ia tidak langsung memberi manafaat kepada Rakyat Negeri Pulau Pinang.

7. Melihat kepada terlalu banyak persoalan serta kontroversi dalam isu penjualan tanah milik rakyat negeri Pulau Pinang ini, saya mencabar Lim Guan Eng supaya menunjukkan *Sales and Purchase Agreement* penjualan tanah ini kepada pelabur asing sehingga hari 2hb Jun 2017. Jika tidak saya akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka dapat menyiasat skandal RM 156 juta ini.

8. Lim Guan Eng harus sedar tanah di Pulau Pinang bukan milik beliau atau keluarga beliau tetapi merupakan milik rakyat Pulau Pinang. Oleh yang demikian beliau harus memastikan yang terbaik untuk rakyat bukan hanya menjaga kepentingan parti DAP dan rakan - rakan beliau sahaja.

*Terima Kasih*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan