Rabu, 31 Mei 2017

Kerugian Yang ditutup Rapat oleh Mahathir Ketika Dahulu

Kalaulah ketika itu ada facebook, media sosial menguasai pada zaman pemerintahan bekas mantan 22 tahun, agak-agak apa akan jadi pada dirinya?

Tuhan uji dia dengan kuasa, tetapi dia jadi risau akan harta dunia yang tiada kesudahan, umurnya kalau dikutkan sudah sampai masa berehat sebaik mungkin dan dekatilah dengan akhirat.

Sampai bila nak menongkat langit?

SATU LAGI PROJEK MEGA MAHATHIR YG DIA RAHSIAKAN DARI PENGETAHUAN UMUM JUGA BANKRAP.

MALAYSIA ELECTRONIC CORPORATION BHD. (MEC)

Ramai anak2 muda jarang dengar cerita ni. Tak banyak info mengenai MEC ni di internet. Pada tahun 90an dulu Tun Mahathir pernah merancang secara besar besaran untuk mengadakan MEC City di kawasan seluas 3000 ekar di Gambang, Pahang. Berjuta2 duit telah dihabiskan utk projek Bandar MEC ni.

MEC dirasmikan Mahathir ada 17Mac 1997.

Asalnya idea Tun nak bina MEC ni adalah kerana masa tu banyak syarikat asing bina kilang elektronik dan pemasangan mereka di Malaysia. Panasonic, Toshiba, SOny, Aiwa dulu kebanyakkannya ada kilang di Malaysia. Yelah masa tu kos buruh kita murah.

Bahasa mudahnya idea Mahathir ni sebenarnya nak "sailang" brand2 luar ni di pasaran Malaysia. So keluarlah brand MEC di pasaran.

Masa tu mula lah dia gunakan sentimen untuk rakyat beli produk dari MEC ni. Dia complain orang kita suka sangat beli brand luar sedangkan local brand pun sama bagus kerana brand2 luarpun dibuat di sini.

Tapi tak lama lepas tu MEC dah bungkus. Bankrupt. Fasiliti yg besar2 dibina ditinggalkan. Jadi hutan simpan. Penagih2 dadah buat port.

Kenapa bungkus? Sebabnya orang tak suka dengan design produk elektrik MEC yg buruk. HARGA PULA lebih mahal dari Panasonic dan brand2 luar yg lain. Simple saja, macam Proton la. Design simple tapi jual mahal. Tu semua idea Mahathir la.

Paling tak boleh hadam, boleh kata kebanyakkan part2 elektronik utk semua produk brand MEC diimport dari luar negara. Maksudnya Kilang MEC hanya jadi "tukang pasang" saja di sini.

Konsep dia macam PROTON juga la. Proton Saga first model tu dulu ramai tak tahu ia adalah klon Mitsubishi Lancer 1985 (refer gambar ke 3). Duit habis kat RND beratus ratus juta. Padahal kerja kita tukar logo saja pun. Yang untung anak menakan dia, jadi kaya dengan hanya supply anti-rust dekat Proton.

Tu pun idea Mahathir juga. Hancurrrr...

Masa tu internet takde, bayangkan masa tu Tok Nenek dan Mak Ayah kita dah guna FB n Google, aku rasa tak sampai 22 tahun dia jadi PM.

FASILITI MEC DISELAMATKAN.

Akhirnya setelah sekian lama bandar MEC Gambang ni jadi hutan simpan, pada tahun 2003, KUKTEM (Universiti Teknikal Awam) telah buat kampus mereka di situ. Penubuhan KUKTEM ini adalah hasil dari cetusan idea Menteri Pendidikan di masa itu.

Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang pada 2007.

Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP. Sekarang ramai anak2 bumiputera dari UMP yg berjaya dah bekerja di syarikat2 gergasi seperti Volvo, BMW, IBM, Technip, Petronas dan sebagainya. Nak tahu siapa Menteri Pendidikan yg cetuskan idea untuk wujudkan UMP dan selamatkan fasiliti MEC dari terus terbengkalai ni?

Beliau adalah Najib Razak.

Nampak tak, banyak tahi2 yg ditinggalkan Mahathir terpaksa dicuci Perdana Menteri2 selepasnya. Tetiba sekarang dia nak jatuhkan semua Perdana Menteri selepas dia.

Makin tua makin tak betul dah Mahathir ni. Sebab apa? Sebab dia dah berkawan dengan DAP.

Share 💪

-Tun Carlos

#RespectMyPM
#KamiGengNajibRazak
#ECORRT

1 ulasan:

  1. Dulu Jackie Chan pernah demo masa perasmian projek ala Hollywood ... pun dah senyap
    Rasanya ada lagi projek lain yg dah senyap tapi belanja mungkin dah berbillion ringgit

    BalasPadam