Meja 30K

Mufti 30k Buat Apa ni? Peguam Syariah Bukan Islam diharuskan kata Asri

11:52:00 PTG headbomb 2 Comments

MOHD ASRI KEMUKA RAYUAN BENAR BUKAN ISLAM JADI PEGUAM SYARIAH

Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menjadi mufti pertama menyatakan sokongan secara terbuka terhadap permohonan pengamal undang-undang bukan Islam untuk diterima sebagai peguam syariah di negara ini.

Malah Mohd Asri telah mengemukan surat rayuan kepada pejabat Ketua Hakim Syariah pada 4 Mei lalu agar permohonan peguam Victoria Jayaseele Martin untuk menjadi peguam syariah diluluskan.

Jabatan Mufti Perlis juga telah menerima permohonan peguam itu untuk menjadi peguam syariah di negeri tersebut.

“Selepas melihat semua sijil dan kelayakan dalam Syariah, saya, sebagai Mufti Perlis dan ahli Jawatankuasa Peguam Syarie negeri, serta panel temu bual menyokong permohonannya,” tulis mufti Perlis itu dalam surat rayuan berkenaan.

Menurut Mohd Asri, beliau percaya tindakan Martin untuk menjadi peguam syariah tidak bercanggah dan menimbulkan konflik terhadap agama Islam memandangkan peguam tersebut masih dibatasi dengan undang-undang Islam sedia ada.

Tambah Mohd Asri, jikapun Martin menjadi peguam dalam kes berkaitan umat Islam namun keputusan dalam sesebuah kes masih ditentukan oleh hakim Mahkamah Syariah.

“Kita perlu faham bahawa segala keputusan dibuat oleh hakim, dan bukan peguam.

“Dengan bukti kukuh dan sebab, InsyAllah, saya akan mengemukakan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Jawatankuasa Peguam Syarie yang akan datang,” kata Mohd Asri.

Mufti Perlis itu juga menggesa agar Ketua Hakim Syariah mempertimbangkan menemuduga Martin sama seperti calon-calon peguam Islam yang lain.

Martin, 52, yang memperolehi Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2004 telah mengemukan permohonan untuk menjadi peguam Syariah di Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2009.

Namun permohonan tersebut telah ditolak pada 9 September 2009 berdasarkan pengisytiharan Perkara 10 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1983 mewajibkan mereka yang beragama Islam sahaja layak memohon sebagai peguam syarie mengikut Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

2 ulasan:

  1. Apa pun mengenai Islam perlu dijaga oleh orang Islam sendiri, sepertimana pemilihan pemimpin oleh orang Islam hanya kepada pemimpin Islam sahaja. Inilah jarum puak kafirun yg mahu menyusup ke dalam Islam di negara kita. Cegah sebelum parah.

    BalasPadam
  2. Kenapa kita sebagai org islam memerlukan seorang peguam yg bkn islam untuk membela nasib org islam didalam mahkamah syriah? Hal hal mengenai org islam biar lah di be
    A oleh org islam..memang betul hakim yg membuat keputusan bkn peguam,tapi semua itu bkn alasan utk seorag peguam bkn islam untuk menapak dalam bidang mahkamah syariah...harap pihak berwajib ambik berat jgn biar perkara ini berlaku ...sekian wallhuaklam.

    BalasPadam