Khamis, 25 Mei 2017

Populariti Rafizi Sebagai Calon PM Ke-7 Sangat Mengejutkan


Hebat Rafizi mengalahkan populariti Wan Azizah dan Azmin
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berjaya mengungguli kedudukan teratas dalam senarai pemimpin PKR 'sebagai calon perdana menteri pilihan dalam kalangan pemimpin pembangkang'.
Menerusi kaji selidik yang dijalankan Invoke Malaysia, Rafizi jauh meninggalkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
"Rafizi Ramli memperoleh 10.7 peratus; Wan Azizah 4.5 peratus; Mohamed Azmin ; 3.5 peratus dan Nurul Izzah 2.6 peratus " kata Pengasas serta Penyelaras Invoke, Rafizi Ramli, pada sidang medianya semalam.
Rafizi berkata, kaji selidik ini berdasarkan daripada jumlah keseluruhan responden iaitu sebanyak 17, 962 pengundi berdaftar yang ditemuramah Invoke menerusi talian telefon.
Dalam pada itu, bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengungguli carta sebagai calon perdana menteri pilihan rakyat Malaysia dalam kalangan pemimpin pembangkang.
Ujar Rafizi, Anwar mendapat sokongan sebanyak 23.5 peratus diikuti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditempat kedua sebanyak 17.6 peratus.
"Sementara itu, Penasihat Bersatu Mahathir Mohamad mendapat 16.5 peratus; Pengerusi Bersatu Tan Muhyidin Yasin 12.6 peratus," katanya.
Kaji selidik melibatkan temuramah melalui telefon di antara analis kaji selidik (penemuramah) dan pengundi (ditemuramah) menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Kaji selidik dijalankan selama lebih tiga bulan dari 6 Februari 2017 ke 23 Mei 2017.
Pengundi dipilih dan dihubungi secara rawak oleh sistem berkomputer Invoke.
Seramai 2.8 juta orang pengundi berdaftar dihubungi secara rawak.
Daripada jumlah itu, 168,796 orang pengundi mengangkat telefon dan 17,962 orang pengundi menjawab kesemua soalan yang ditanya.
Keputusan hasil dari kaji selidik melibatkan 17,962 orang pengundi berdaftar ini kemudiannya diterjemahkan kepada keputusan nasional mengikut agregat.
Keputusan 17,962 orang pengundi diagregatkan mengikut umur jantina dan kaum supaya melambangkan taburan demografi pengundi di seluruh negara.
Ia juga diagregatkan mengikut taburan pengundi di setiap negeri supaya melambangkan kedudukan kerusi Parlimen di seluruh negara.
SINARONLINE

1 ulasan: