Adam Rosly,

Rafizi Kena Belasah Kiri dan Kanan, Azmin Tersenyum Riang Nampaknya

6:03:00 PTG headbomb 0 Comments


Perang saudara sedang berlangsung tanpa tapisan, Pkr sedang diambang perpecahan teruk sehingga memungkinkan parti itu akan menjadi parti tergadai kerana pertelagahan antara Rafizi dan Latheefa Koya, terbaru Adam Rosly ajak Rafizi bergaduh kerana sudah lama menahan sabar dengan kerenah Rafizi yang sentiasa memandai-mandai.

Adam Rosly beri tempoh 48 jam kepada Rafizi untuk memberitahu kepada umum berapa jumlah kutipan daripada orang ramai untuk ngo miliknya, iaitu INVOKE DAN NOW.

Manakala Latheefa Koya mengatakan Rafizi memalukan Pakatan Harapan dengan memandai-mandai mengeluarkan idea logo baru untuk Pakatan Harapan.

Jadi apa yang terjadi ini bukanlah satu perkara luar biasa, kerana Pkr memang suka cari gaduh dengan siapa sahaja, terutama Rafizi, dengan Pas dia gaduh, dengan pemimpin dalam Pkr pun dia bergaduh.

Ada yang mengatakan strategi Rafizi ini umpama Donold Trump yang sengaja mencari pasal dan menjentik perkara sensitif dan keterlaluan.

Bila sudah ramai melihat ini satu perkara yang mampu menaikkan ratingnya, Rafizi mampu mengkhayalkan follower Facebooknya untuk sentiasa bersama dengannya, walaupun tindakannya begitu bahlol.

Operasi canvas banyak cara, banyak taktik, ingat jentikan emosi itu satu perkara paling mudah untuk digunakan, jadi kita juga perlu berhati-hati kerana bila musuh sedang terdesak, mereka akan gunakan kod dalam strategi canvas bagi mengelirukan kita.

Anwar Ibrahim sangat pro dalam hal ini, jadi anak buahnya takkanlah tidak tahu apa perlu dilakukan untuk mengalih tumpuan.

PKR ketahitan

0 ulasan: