Sah Negara Kita Bakal Bankrap, Baca Kenyataan Ini

2:33:00 PTG headbomb 0 Comments

IMF akui ekonomi Malaysia baik

Minggu lalu, Lim Guan Eng secara terbuka berkata ekonomi Malaysia berada dalam krisis.

Beberapa hari kemudian, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan 2017 terhadap Malaysia  mengakui prestasi ekonomi negara ini berkembang dengan baik walaupun persekitaran global yang mencabar.

KDNK Malaysia berkembang perlahan tetapi ekonomi paling pesat berkembang di rantau ini. IMF memuji Malaysia yang mempunyai pelan dan dasar-dasar ekonomi yang mampan bagi menghadapi cabaran dan risiko.

Analisis IMF terhadap ekonomi Malaysia bercanggah dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat pemimpin pakatan.

Mahathir, Muhyiddin dan Lim Kit Siang sering kali mendakwa ekonomi negara dalam krisis dan mengumpan rakyat dengan slogan 'Malaysia perlu 'diselamatkan'.

Hakikatnya Malaysia perlu diselamatkan daripada mereka yang gila kuasa dan hanya perjuangkan kepentingan peribadi selain sering memburukkan negara.

#PakatanProDAP #SabotajEkonomi
http://www.imf.org/en/News/Articles/2017/04/28/pr17143-malaysia-imf-executive-board-concludes-2017-article-iv-consultation

0 ulasan: