Rabu, 17 Mei 2017

Sudah Lama dibongkarkan Matlamat Dap ini, Tetapi Ramai Tidak Percaya, Sekarang Selamba Beritahu Lagi Matlamat Mereka


KRISTIANISASI DAP TIDAK MAMPU DISOROK LAGI MALAH DITUNJUKKAN TERANG-TERANG DALAM BUKU TERBARU HANNAH YEOH
Kisah "Negara Kristian Dap" yang terbongkar dan dinafikan Dap dulu sememangnya berasas -> Buku 'Becoming Hannah' Ceritakan Hasrat DAP Mahu Malaysia Jadi Negara Kristian
1. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dari parti DAP menerusi bukunya 'Becoming Hannah’ mendedahkan agenda Kristianisasi Dap di negara ini menurut penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff.
2. Di dalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui bagaimana penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.
3. Lebih dari itu, Hannah Yeoh juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.
4. Dr Kamarul Zaman dalam pada itu turut melampirkan beberapa petikan di dalam buku pemimpin DAP itu bahawa parti teraju Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu adalah penentang agama Islam.
Muka Surat 89
I do not measure my self-worth as a politician by votes or by how popular i am with constituents. I measure my self-worth by the fact that i am a child of God.
Terjemahan : Saya tidak mengukur harga diri saya sebagai seorang ahli politik dengan undi atau dengan populariti saya di kalangan pengundi. Saya mengukur harga diri saya dengan fakta bahawa saya adalah seorang anak Tuhan.
Muka Surat 108
I also felt that politics took me away from my true longing, which was to be a preacher. But had I not obeyed God's call, i would not have had the opportunity to preach at churches, to world leaders and to young people, like i am able to do now. God knew the desire of my heart to preach and serve Him. And He made it happen through my political office.
Terjemahan : Saya juga merasakan bahawa politik membawa jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya.
Muka Surat 110
It is here that i want to specially address the OCFers (Overseas Christian Fellowship), wherever you are now, to never forget the mission of being trained and equipped and returning home to serve... We want to encourage fellow OCFers to come home. There is much work to be done to rebuild this beautiful nation. Just like Nehemiah overseeing the reconstruction of Jerusalem's walls, everyone has to be at it, working. God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness' sake. He is looking for God-fearing men and women are who willing to roll up sleeves and labour in this very demanding field. No experience in politics? Remember, i had none. Not a good time yet? I just got married when i ran my first campaign. He uses very ordinary vessels to do extraordinary things. He does this so His Name is glorified.
Terjemahan : Di sini saya ingin bercakap secara khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada sekarang, untuk tidak lupa misi dilatih dan dilengkap dan pulang untuk berkhidmat... Kami ingin menggalakkan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang. Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok Jerusalem, setiap orang perlu terlibat, berkerja. Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya. Dia sedang mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menggulung lengan baju mereka dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini. Tiada pengalaman dalam politik? Ingat, saya tidak ada pengalaman. Tiada wang? Ingat, saya tidak ada wang. Masa sesuai belum tiba? Saya baru berkahwin bila saya pertama kali berkempen. Dia menggunakan saluran-saluran sangat biasa untuk membuat perkara-perkara luar biasa. Dia membuatnya supaya Nama-Nya diagungkan.
5. Menurut Kamarul Zaman lagi, buku berkenaan bukan sahaja disokong oleh felo paderi Kristian dalam dan luar negara, tetapi juga ahli parlimen pembangkang dari parti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

1 ulasan:

  1. ni pun ada yg pcaya kat dap ni

    BalasPadam