1MDB,

BANK ROTHSCHILD DAN OPIC BUKAN 1MDB

2:03:00 PTG headbomb 0 Comments

DENDA KE ATAS BANK ROTHSCHILD LEBIH TEPAT DIKAITKAN DENGAN IPIC, BUKAN 1MDB
Tun Faisal Ismail Aziz

1. Sumber paling awal melaporkan mengenai Bank Edmond de Rothschild Luxembourg didenda oleh pihak berkuasa negara itu adalah Reuters. Sumber-sumber lain hanyalah versi 'copy and paste' secara penuh ataupun dengan sedikit olahan.

2. Menggunakan tajuk "Private bank Rothschild fined", Reuters melaporkan "Luxembourg watchdogs have fined the local arm of Swiss private bank Edmond de Rothschild for its handling of funds linked to scandal-hit Malaysian investment fund 1MDB, a source familiar with the matter said on Thursday."

3. Reuters juga menyebut, "the authorities and the bank confirmed Edmond de Rothschild had been fined nearly 9 million euros ($10.1 million) for failing to take proper safeguards against money laundering. They did not comment on news reports that the case concerned 1MDB."

4. Walaupun kenyataan ini hanya mengaitkan denda tersebut kepada kegagalan menghalang kegiatan penggubahan wang haram dan tidak mengaitkan denda ini dengan 1MDB, namun agensi berita tetap mahu mengaitkannya dengan 1MDB dengan merujuk sumber yang tidak dinamakan.

5. Satu lagi sumber yang melaporkan mengenai ini adalah Finews Asia. Dalam laporan bertajuk "Rothschild bleeds for 1MDB", Finews Asia menamakan Marc Ambroisien bekas pengarah bank Rothschild di Luxembourg sebagai individu yang bertanggungjawab menyebabkan bank Swiss ini terbabit dalam apa yang didakwanya sebagai 'skandal 1MDB'.

6. Dalam laporan yang sama Finews menyebut "he allegedly accepted Khadem Al Qubaisi, former boss of Abu Dhabi state fund IPIC, as a client and carried out transfers of funds from 1MDB, originally set up as a Malaysian development fund, for him. Al Qubaisi is alleged to have even gifted Ambroisien with an Aston Martin for his services."

7. Jika kita benar-benar menganalisis berita ini, kita akan dapati, pertama, cubaan untuk mengaitkan denda ke atas Bank Edmond de Rothschild dengan 1MDB dibuat oleh Reuters tanpa sebarang sumber rasmi yang dinamakan. Malangnya ia telah dipetik oleh semua agensi berita lain secara tidak bertanggungjawab.

8. Kedua, jika kita membaca laporan Finews Asia, individu yang dikatakan mengakibatkan Rothschild terbabit dalam 'skandal' ini adalah Ambroisien dan Ambroisien TIDAK dikaitkan dengan Arul Kanda, Shahrul Azral Ibrahim Halmi atau 1MDB sebaliknya dengan Al Qubaisi, dan seharusnya kaitan itu berterusan, iaitu kepada International Petroleum Investment Company (IPIC), Aabar Investment PJS, Falcon Private Bank dan Abu Dhabi.

9. Adalah lebih tepat jika Reuters dan Finews Asia mengaitkan denda ini kepada IPIC kerana 1MDB tidak mempunyai akaun dengan Rothschild. Pelanggan kepada Rothschild adalah Qubaisi dan dia, ketika itu merupakan Pengarah Urusan IPIC, iaitu dana kekayaan  yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Abu Dhabi, Pengerusi Aabar Investment PJS, iaitu anak syarikat IPIC dan bekas Pengerusi Falcon Private Bank, iaitu bank Swiss yang dimiliki oleh Abu Dhabi melalui Aabar Investment PJS.

10. Menurut laporan Finews Asia, Qubaisi adalah antara individu yang bertanggung jawab menguruskan pelaburan keluarga pemerintah Abu Dhabi bernilai berbilion dollar termasuk saham-saham di dalam Barclays, Daimler and Glencore.

11. Menurut laporan Finews Asia juga, Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, iaitu bekas CEO Aabar Investment PJS dan bekas pengarah Falcon Private Bank sedang dipenjarakan di Abu Dhabi, bagaimanapun pihak berkuasa UAE masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tindakan yang akan diambil ke atas mereka selain dari melucutkan jawatan mereka dari syarikat IPIC dan Aabar tanpa sebarang penjelasan.

12. Seperti yang dinyatakan berulang kali, pihak yang kehilangan wang atau dana adalah IPIC dan bukan 1MDB. Seharusnya agensi berita melaporkan skandal ini sebagai skandal IPIC dan menyebut dana dan akaun yang terlibat sebagai "IPIC linked fund" atau "IPIC linked account" dan bukannya sebagai "skandal 1MDB" atau "1MDB linked fund" dan "1MDB linked account".

13. Pemberitaan menggunakan label ini lebih tepat dan bertanggungjawab.

0 ulasan: