Syria,

Kita Bila Nak Sedar Wahai Melayu? Angkuh Kamu Bakal Deritakan Anak-Anak Kamu

9:56:00 PG headbomb 1 Comments

Tersentap hati penulis bila membaca satu keadaan realiti sebenar di Tanah Arab ketika mereka diberi nikmat tidak terhingga sehingga mereka diberi ujian Allah dengan hilang segala nikmat itu.

Kesimpulannya sahabat, apa-apa sahaja yang berlaku, yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita, ibu kita, Isteri kita, adik-adik kita, semua yang tidak kuat akan terseksa jasadnya.

Kerana apa sahabatku? Mereka lacurkan makna BERSYUKUR. Penulis risau, kerana benih-benih haprak dilahirkan pembangkang terutama golongan pentaksub Mahathir, mengajar marhein erti bangsatnya BERSYUKUR.

Jadi kita ada akal dan waras, Fikirlah demi kelangsungan Nasib anak kita, bukannya mengajar menghasut keburukan semata-mata demi nafsu syaitan yang ada dalam diri kita.

*Seorang wartawan Syria pernah menulis mengenai kemewahan hidup orang Arab. Kata beliau, "Dalam tahun 80an, orang Iraq terkenal dengan kemewahan makanan dan cara makan mereka. Jika mereka makan, akan dipastikan diatas meja dipenuhi makanan terlebih dahulu, bila mereka bangun dari meja makan, apa yang baki dianggap sampah kotor walaupun mereka belum menyentuhnya. Demikian juga di Syria. Aku melihat seorang wanita sedang membeli roti, dan dalam perjalanan pulang ke rumah, beberapa biji roti itu jatuh ke tanah. Beliau langsung tidak mengambilnya walaupun beliau mengetahuinya. Betapa mewahnya bangsa Arab dengan makanan mereka.*

*Aku belum lagi bercerita mengenai cara makan orang Teluk, mereka makan bagaikan raksaksa dan membuang sewenang-wenangnya.*

*Kini, orang Iraq dan orang Syria terpaksa makan roti kering yang mereka jumpa diatas tanah. Antara sebab mereka jadi begitu kerana mereka tidak mensyukuri nikmat Allah SWT".-
-Ibrahim al-khuki.*

*Kita juga khuatir, hari- hari gelap buat orang Melayu tidak lama lagi akan kunjung tiba dan pada masa itu, kita akan menanggungnya dan kita harus merasa berdosa kepada anak-anak kita lantaran khianat dan sombongnya kita dengan rezeki Allah SWT.*

*Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, "Pihak DBKL perlu mengurus sampah makanan 4 kali ganda lebih banyak dari hari biasa di bulan Ramadhan" bidaah apakah yang sedang kita lakukan ?*

*Jika nak salahkan syaitan, mereka sedang dirantai pada bulan Ramadhan, maka makhluk yang sebenarnya bersalah adalah kita.*

*Allah SWT pernah berfirman, "jika engkau mensyukuri nikmat itu, pasti Aku akan tambah, jika engkau kufuri, ingatlah azab Aku amat pedih."*

*Kita melihat lelaki atau wanita bila makan di kedai, sengaja meninggalkan sisa makanan yang masih elok dan banyak untuk dibuang. Apa salahnya makan makanan itu sampai habis. Cuba lihat kalau makan di kenduri khawin dan makan buffet di hotel, ambil banyak tapi tak habis makan pun.  Makan roti buang kulit, makan cuma cubit2 ajer.....      sombong nya kita! Cuba tengok balik bagaimana corak anda makan?*

*Hari-hari mendatang amat perit untuk kita semua lalui, bersedialah dari sekarang.*

#JLM (Jangan Lupa Masjid)
#MRA (Mohon Redho Allah)

1 ulasan:

  1. dah tak nampak dah siapa2 yang layak memerintah kerajaan malaysia baik dari kerajaan yg sedia ada atau dari pembangkang..kembalikan kuasa agung..lagi baik agung yang memerintah..bubarkan parlimen..

    BalasPadam