Ahad, 18 Jun 2017

Kumpulan Mahathir Bayar RM5 Juta USD Untuk Pengaruhi DOJ?

Mungkin ini senjata terakhir atau terdesak oleh Mahathir untuk mengembalikan wave fitnah yang dia lakukan sejak gerakan Undur Najib dimulai pada awal 2015 yang lepas.

Manusia bernama Mahathir ini adalah makhluk tidak akan berhenti dalam menganiaya musuhnya walaupun sedar tindakannya itu adalah fitnah semata-mata.

Dia memang hebat dalam propaganda kotor. Tetapi kali ini dia terpaksa melabur lebih banyak wang untuk menjayakan misinya. Pru 14 bakal menjelma.

Tetapi Mahathir lupa. Persepsi dia mainkan ibarat meletak bom jangka yang dipasang dipartinya sendiri.

Terpulang kepada kita, Orang tua hina ini sudah semakin gila babi.

BAYAR 5 JUTA USD KEPADA YAYASAN CLINTON UNTUK PENGARUHI DOJ?

Jika dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup membayar USD 5 juta kepada Yayasan Clinton semata-mata untuk tujuan dan agenda politiknya; iaitu supaya DoJ membuat pengumuman berkenaan 1MDB adalah benar, ia merupakan satu pengkhianatan dan jenayah berat kepada negara.

Mungkin jika dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang diperolehi semasa zaman pentadbirannya, USD 5 juta itu adalah jumlah yang kecil, tetapi saya masih sangsi daripada sumber manakah beliau mendapatkan duit tersebut, adakah dengan duit anak-anaknya atau pun duit beliau sendiri hasil yang dikumpul sendiri semasa beliau mentadbir yang dikatakan sangat ‘bersih’ ataupun duit parti baharu beliau.

Adakah ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasakan tindakannya memberikan USD 5 juta kepada Yayasan Clinton, satu yayasan luar yang tiada kepentingan adalah tindakan yang adil buat mereka?

Jika benar semua tindakan Tun M kini adalah untuk membela nasib rakyat, mengapa tidak menggunakan USD 5 juta ; jumlah yang sangat besar itu untuk membantu rakyat yang miskin dan memerlukan kerana saya percaya USD 5 juta itu dapat membantu ramai orang.

Jika perbuatan Tun M ini tidak dipersoalkan saya tidak tahu dimana lagi rasional pemikiran penyokong PPBM dan pembangkang dalam menegakkan kebenaran.

Kini saya dan rakyat Malaysia mula sedar, mengapa hari demi hari semakin banyak akar umbi parti baru itu kecundang dan keluar parti dengan alasan kepincangan pucuk pimpinan, kerana mereka mula sedar perjuangan pengerusinya bukanlah satu perjuangan untuk rakyat, sebaliknya hanya untuk melindungi diri, dendam dan hanya satu lakonan yang semakin menampakkan kebenarannya.

SHAHAR ABDULLAH
18 Jun 2017

http://www.mykmu.net/2017/06/kumpulan-tun-mahathir-bayar-5-juta-usd-kepada-yayasan-clinton-untuk-pengaruhi-doj/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan