Datuk Huan Cheng Guan

Lucutkan Segera Taraf Kewarganegaraan ADUN Pujut - PCM

7:46:00 PG headbomb 0 Comments

Parti Cinta Malaysia (PCM) mendesak kerajaan melucutkan taraf kewarganegaraan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr. Ting Tiong Choon berikutan tindakannya yang melanggar undang-undang dan Perlembagaan negara.

Timbalan Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuching hari ini yang memutuskan Tiong Choon kekal sebagai ADUN Pujut, namun berpandangan ia tidak mengubah sebarang fakta bahawa pemimpin politik itu pernah menjadi warganegara Australia sehingga tahun lalu.

“Apabila Tiong Choon memohon dan menjadi warganegara Australia, secara automatik kewarganegaraan asal beliau akan gugur. Ini jelas terkandung dalam Perlembagaan negara ini yang menyatakan mana-mana rakyat Malaysia akan terbatal kewarganegaraannya jika pernah memohon dan menjadi warganegara negara lain.

“Oleh itu, PCM mendesak kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri bertindak melucutkan taraf kewarganegaraan Tiong Choon,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

0 ulasan: