Wan Azizah

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Sengaja Sabotaj Umat Islam?

11:05:00 PTG headbomb 1 Comments

PENDUDUK KRITIK TINDAKAN MPKJ JADIKAN SURAU, MASJID TEMPAT KUMPUL SAMPAH PUKAL

Tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menjadikan kawasan surau dan masjid sebagai tempat pengumpulan sampah pukal sempena Hari Raya Aidilfitri ini menerima kritikan beberapa pihak yang beranggapan keputusan itu jelas tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Seorang penduduk, Mohd Faisal Hj Mohd Mazlan, 35, berkata tindakan pihak MPKj menjadikan surau dan masjid sebagai tempat pengumpulan sampah pukal jelas mencemarkan imej rumah Allah itu, walaupun alasan yang diberikan MPKj bahawa sampah pukal tersebut hanya terdiri daripada perabot yang ingin dibuang.

Kata Mohd Faisal lagi, terdapat banyak lokasi lain boleh digunakan seperti kawasan padang terbuka untuk mengumpul sampah pukal tersebut berbanding kawasan surau dan masjid yang dilihat tidak bersesuaian terutama dalam bulan Ramadhan.

“Mereka (MPKj) seharusnya faham bahawa bulan Ramadhan ini kawasan masjid adalah kawasan tumpuan untuk umat Islam beribadah terutama di malam hari.

“Seharusnya MPKj sensitif sedikit dengan keadaan ini dan tidak menjadikan masjid sebagai tempat kumpul sampah. Ini rumah Allah, bukan tempat buang sampah.

“Walaupun sampah itu perabot, tetapi banyak lagi lokasi lain boleh dibuat tempat untuk kumpul sampah ini, bukan masjid. MPKj ini memang tidak sensitif,” katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Seri Putra, Kajang tengah hari ini.

Seorang lagi penduduk, Amirul Hamidy Mohd Ali, 40, berkata keputusan MPKj itu seharusnya dikaji semula memandangkan pelbagai isu melibatkan sensitiviti umat Islam hangat sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya tindakan menjadikan surau dan masjid sebagai tempat membuang sampah pastinya didengar tidak molek dan bakal mencemarkan imej masjid, walaupun sampah yang dibuang tidak menghasilkan bau.

“MPKj kena cari tempat lain agar tidak timbul isu kalangan rakyat nanti. Bukan apa, sekarang banyak isu yang dijadikan modal politik.

“Kita harap mereka peka dengan keadaan ini dan boleh cari tempat lain lebih baik,” katanya.

1 ulasan:

  1. Kajang ni buat benda yg pelik2. Dulu langkah Kajang. Sekarang kumpul sampah kat mesjid dan surau pulak. Tak pernah dibuat oleh orang yg waras fikirannya. MPKj sengaja nak bagi umat Islam naik darah kot.

    BalasPadam