Sarawak Report Selalu Kantoi Fakta Untuk Menyerang Perdana Menteri

11:42:00 PG headbomb 0 Comments

Menjadi persoalan, pada mulanya ingin mengaitkan Shafee Abdullah berkaitan isu pembunuhan Hussein Najadi, sudahnya aliran wang bernilai RM9.5 juta kononnya adalah untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat.

Paling kelakar, Rafizi juga jadi tepu bagaimana ingin mengaitkan Perdana Menteri dengan isu ini, segala jawapan dah ada sejak 2015. Permainan pembangkang adakalanya nampak sangat bodoh, sengal dan terlalu bernafsu, tidak fikir kebenaran hanyalah persepsi.

Namun, kalaulah nitizen cerdik, berfikir dahulu sebelum hadam, anggap sahaja Sarawak Report ini sebagai portal sampah.
Sarawak Report dakwa Shafee dibayar melalui akaun kosong yang telah ditutup
1. Sarawak Report (SR) mendakwa RM9.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Tan Sri Shafee Abdullah dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan wang ini datangnya dari 1MDB. Datin Seri Wan Azizah pula mendakwa, RM9.5 juta ini adalah wang dari SRC.
2. SR mendakwa kononnya pembayaran kepada Tan Sri Shafee dari akaun Datuk Seri Najib ini dibuat dua kali, iaitu pada tarikh 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.
3. Pertama, SR dan Wan Azizah perlu memutuskan terlebih dahulu, sebenarnya wang RM9.5 juta ini adalah wang 1MDB atau wang SRC. Kedua-dua mereka nampaknya tidak pasti wang ini datang dari sumber mana dan disebabkan itu mereka membuat kenyataan yang bercanggah.
4. Jika wang tersebut dari 1MDB, apakah buktinya? Bukankah Wall Street Journal dan Sarawak Report pernah melaporkan Najib memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB. Adakah wang tersebut masih wujud?
5. Jika wang tersebut dari SRC, bukankah Rafizi Ramli telah membuktikan bahawa RM40 juta yang kononnya dari SRC ini tidak pernah sama sekali masuk ke dalam akaun Datuk Seri Najib, sebaliknya diberikan dalam bentuk cek kepada Mail Global Resources?
6. Kedua, benarkah akaun Datuk Seri Najib masih wujud ketika Tan Sri Shafee dikatakan menerima RM9.5 juta? Wall Street Journal dan Sarawak Report pernah melaporkan selepas DS Najib memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB dan akaun beliau ini telah ditutup pada 30 Ogos 2013. Rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/308646
7. Persoalannya, bagaimanakah suatu akaun yang wang didalamnya telah dipulangkan dan telah ditutup pada 30 Ogos 2013, boleh membuat pembayaran kepada Tan Sri Shafee pada September 2013 dan Februari 2014?
8. Hakikatnya SR dan Pakatan telah membuat terlalu banyak pembohongan sehinggakan mereka lupa apa yang pernah mereka bohongkan sebelum ini.
9. Hakikatnya juga, Anwar Ibrahim didapati bersalah atas kesalahan jenayah, bukan kerana wang dari akaun sesiapa pun, sebaliknya kerana Anwar telah gagal memanggil 12 saksi yang boleh membuktikan dia tidak bersalah dan gagal meyakinkan Mahkamah Rayuan pada 2014 dan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2015 bahawa dia tidak bersalah.

0 ulasan: