Azmin Ali,

Sultan Selangor Anggap R Sivarasa Sudah Melampaui Batas

10:11:00 PTG headbomb 0 Comments

Kalau Titah Sultan MP Pkr nak langgar, dirisaukan, rakyat terutama orang melayu pasti tidak akan sesekali memberi undi kepada Pkr pada PRU nanti.

Jangan anggap bila dah pegang kuasa semua kau nak langgar.

Azmin tidak boleh diharap untuk menjaga Agama Islam dari dicemari perkara begini.

Malah Azmin sanggup back up pula kata R Sivarasa gantikan dia untuk memberikan derma kepada Masjid tersebut.

Mana pergi MP orang Islam? Dah pupus ke?

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH MURKA TERHADAP R SIVARASA

Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kemurkaan terhadap insiden itu kerana tindakan Sivarasa masih berucap di dalam masjid, walaupun sudah berkali-kali baginda mengingatkan supaya masjid tidak dijadikan tempat berpolitik sama ada yang beragama Islam mahu pun bukan Islam.

"Beta tidak membenarkan ahli politik berceramah atau berucap di dalam masjid kerana beta tidak mahu ia menjadi punca kepada perpecahan umat Islam. Namun teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan beta ingin menegaskan...Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, 'You have crossed the line!'

"Jikalau Ahli Parlimen Subang itu hendak berucap lapan jam atau sepuluh jam di luar dari kawasan masjid, beta tidak menghalangnya, itu semua terserah kepada rakyat sama ada mahu mendengar ataupun tidak, tetapi jangan sama sekali berucap di dalam masjid dan di dalam kawasan masjid," titah baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, nazir masjid, imam dan ahli jawatankuasa masjid sepatutnya lebih peka dan mengambil berat terhadap titah baginda serta tidak membenarkan sama sekali masjid dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik.

Baginda turut mengingatkan masjid dan surau perlu digunakan sebagai tempat beribadat serta tempat untuk menuntut ilmu agama, selain tempat untuk mengeratkan silaturahim sesama umat Islam supaya tidak berpecah-belah dan berpuak-puak.

"Beta memberi kuasa kepada nazir, imam dan ahli jawatankuasa masjid untuk menjaga rumah Allah dan kemuliaan masjid. Maka gunakanlah kuasa ini dengan sebaik-baiknya.

"Jika ada antara nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid yang hendak aktif berpolitik di masjid, beta titahkan supaya berhenti daripada menjadi nazir, imam atau ahli jawatankuasa masjid dan serahkan tanggungjawab itu kepada orang lain," titah baginda.

Sultan Selangor juga memberi amaran tidak teragak-agak menitahkan JAIS supaya menamatkan perkhidmatan nazir, imam dan ahli jawatankuasa masjid yang melanggar serta tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Dalam kes masjid An-Nur Kampung Melayu Subang ini, beta mahu supaya JAIS menyiasat dengan terperinci dan sekiranya ada bukti yang ahli jawatankuasa masjid melanggar peraturan yang sedia ada, tindakan selanjutnya hendaklah diambil terhadap mereka selepas Ramadan," titah baginda.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/289073?m=1

0 ulasan: