Malaysiakini dikecam Teruk Oleh Nitizen Akibat Laporan Jahat ala Zionis Terhadap PM

8:11:00 PTG headbomb 0 Comments


Sepatutnya kita rakyat Malaysia amat malu bila mempunyai portal paling busuk perut berpangkalan di tanah bertuah ini, lidah rasmi pembangkang ini sudah dianggap keterlaluan, syaitan pun respek, tetapi pentaksub pembangkang anggap cara laporan itu sangat bagus untuk memberi lebih ramai rakyat bersama pembangkang dengan cara memfitnah dan laporan palsu.

Hebat bukan Malaysiakini?

AGAK-AGAK ANDA SUKA CARA MALAYSIAKINI INI?

Netizen Kecam Laporan Malaysiakini

William Cheah merupakan salah satu tetamu undangan yang bertuah diberi peluang menaiki MRT bersama Perdana Menteri, Najib Razak. 

Berkongsi pengalaman melalui 'posting' beliau di laman media sosial, antara kenangan terindah sepanjang acara tersebut merupakan detik apabila Najib memainkan lagu Ed Sheeran melalui Spotify untuk menghiburkan tetamu bersama-sama beliau di hari tersebut.

Namun begitu, pengalaman beliau telah dicemari dengan kontroversi yang dicetuskan oleh Malaysiakini, apabila ia melaporkan bahawa “pengguna MRT komuter lain dipaksa untuk memberi ruang kepada Perdana Menteri dan rombongan beliau.”

Terkilan dengan laporan yang tidak bertanggungjawab oleh Malaysiakini, William membidas laporan tersebut dengan memberi penerangan sebenar beliau sepanjang perjalanan acara tersebut.

“Pastikan anda melaporkan maklumat yang tepat.

“Laluan MRT tersebut masih lagi di peringkat ujian dan belum lagi dibuka kepada orang awam!

“Hanya tetamu undangan sahaja yang ada pada waktu itu.”

Mempersoal Malaysiakini akan keberadaan penumpang ‘hantu’ itu, beliau turut memuji layanan Perdana Menteri yang memberi peluang kepada beberapa individu terpilih untuk menikmati kejayaan terbaru yang dikecapi Malaysia.

William turut menulis, “kami bergantung harap kepada pihak media supaya memberi maklumat yang membolehkan rakyat membuat keputusan berdasarkan maklumat.

“Tetapi, jika media menyebarkan maklumat yang salah, ianya akan menyusahkan rakyat.

“Anda mempunyai tanggungjawab untuk memperkatakan yang benar, paling tidak janganlah sehingga auta.”

0 ulasan: