Selasa, 22 Ogos 2017

BEZA RUGI FOREX DAN 1MDB, FAMAHI DAHULU SEBELUM TERJAH!!



Hari pertama Inkues Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkaitan perdagangan forex oleh Bank Negara Malaysia (BNM) merumuskan sekurang-kurangnya RM31.5 billion kerugian telah dicatatkan di antara tahun 1991 hingga 1994. Ini dinyatakan sendiri oleh kakitangan BNM sebagai saksi pertama, Abdul Aziz Abdul Manaf. 

Dibandingkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM135 billion pada masa itu, jumlah berkenaan adalah sebanyak 23% daripada nilai KDNK. Jumlah RM31.5 billion adalah satu jumlah yang amat tinggi pada tahun 1990an. Berbanding dengan 1MDB, jumlah baki hutang 1MDB adalah RM27 billion dan hanyalah merupakan 2.0% daripada jumlah KDNK sebanyak RM1.32 trillion pada tahun 2016.

Mana logiknya dakwaan pembangkang yang mengatakan Malaysia akan bangkrap dengan hutang 1MDB. RM31.5 billion perdagangan forex adalah hangus dan hilang dan tidak dapat semula, sedangkan 1MDB masih lagi  dalam proses membangunkan aset-asetnya yang sedia ada. 

Mengambil contoh Request For Proposal (RFP) untuk Bandar Malaysia sahaja, 1MDB telah menerima bidaan sebanyak RM42 billion. Ini tidak termasuk dengan hartanah di kawasan Tun Razak Exchange (TRX) yang akan dan sedang dibangunkan kelak.

Perbezaan di antara kerugian perniagaan forex pada zaman Tun Dr Mahathir adalah wang sebanyak RM31.5 billion telah hangus dikerjakan oleh Tun Dr Mahathir dan kroninya. 1MDB pula walaupun mempunyai hutang sebanyak RM27 billion, perniagaan aset-aset miliknya sahaja cukup dan mampu untuk menjana keuntungan berpuluh bilion ringgit.

Subsidi haji yang dibiayai Kerajaan bagi seorang jemaah adalah sebanyak RM 9,570. Jika setiap tahun 30,000 jemaah haji Malaysia dihantar menunaikan haji, RM31.5 billion yang hangus ini akan hanya habis digunakan setelah 109 tahun. Bayangkan.

Kos bina Putrajaya adalah RM20.5 billion. Dengan RM31.5 billion yang lesap dan hangus kerana ada penyagak main forex, sepatutnya kita boleh bina sebuah lagi Putrajaya. Malah siap ada baki untuk bina dua buah lagi menara berkembar seperti KLCC. Bayangkan.

http://khairulryezal.blogspot.my/2017/08/apa-beza-kerugian-perniagaan-forex-di.html?m=1

3 ulasan:

  1. Everything Must Hide 2.0
    hehehehehe
    Itulah mahdey....

    BalasPadam
  2. dah banyak tanah dan harta negara dijual kau tak cakap. Apa projek 1MDB yang mendatangkan keuntungan tu, tolong jelaskan

    BalasPadam
  3. Bapak aku dulu duit sikit tapi harta banyak. Sekarang aku dah buat transformasi, aku sekarang banyak duit dan harta2 yg ada aku dah gandakan nilai dia. Cuma aku dah xboleh la nak jadikan harta tu jadi duit lagi lepas ni. Sebab aku dah janji kat apek tu, selagi apek tu xdpt balik modal dia, pakai lah harta bapak aku tu sampai kat anak cucu aku nanti pun xpa. Nanti anak cucu aku xda rumah, diorang akan beli juga dgn apek tu. Xda kerja pun diorg boleh minta kat apek tu. Nak pinjam duit pun boleh. Aku dah suruh dia bukak bank sekali kat situ. Bijak x aku? Bapak aku dulu bodoh. Dia tau bagi makan minum je kat aku. Belajar pun dia harap bantuan. Bila berniaga je rugi. Sekarang aku nak cerita kat semua org kampung yg bapak aku xpandai. Jgn ambil pengajaran dari bapak aku. Lepas ni kita suruh apek tu je yg meniaga. Confirm untung, kita pun boleh hidup senang. Sejarah memang dah kata cara kita ni akan menyebabkan negara jadi x aman. Tapi buku sejarah tu bapak aku yg tulis. Dah tentu dia tipu. Jgn percaya.

    BalasPadam