Rabu, 9 Ogos 2017

MENGAPA BELI AMBULANS YANG MAHAL UJAR PAKATAN HARAPAN


Pakatan Harapan mampu untuk mentadbir Kementerian Kesihatan dengan lebih baik dengan cadangan membeli Ambulans yang menjimatkan wang negara ujar Jurucakap Pakatan Harapan
Menurut sumber yang belum rasmi, Pakatan Harapan cukup terkejut dengan jumlah wang yang dikeluarkan oleh KKM untuk membeli sejumlah ambulans yang kita ketahui ia membazir duit rakyat.
Bayangkan separuh atau suku dari jumlah RM400 juta itu digunakan untuk pembelian yang lain.
Ini menunjukkan penglibatan dikalangan Kerajaan persekutuan tidak prihatin dengan keadaan ekonomi semasa di dunia ini.
Pakatan Harapan mampu lakukan lebih baik dari BN dalam mentadbir negara, jadi kepada pengundi anda menilai, anda mentafsir, bagaimana cara dan impian Pakatan Harapan yang sudah mengkaji serta tidak menyusahkan rakyat.
Pilihan ditangan anda untuk menilai.
Ikhlas
Jurucakap Pakatan Harapan
Dibawah ini penjelasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kenyataan akhbar yang mendakwa perolehan ambulans KKM bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat sama sekali.
Perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja dimana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulan spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini,
Antaranya seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor.
KKM juga ingin memaklumkan bahawa sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulans telah diperoleh dengan nilai hampir RM389 juta.
Dengan kenyataan ini diharap pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat.
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan