Jumaat, 22 September 2017

BAGAIMANA MALAYSIAKINI MELAKUKAN 'CERITA TIDAK BENAR' TERHADAP MAS AIRLINES

Berkali-kali portal paling pembelit proksi DAP yahudi ini bermain strategi 'Spin News' supaya dikalangan pembaca menjadi marah tanpa sebab.

Menjerumus mencipta dosa kering kepada pembaca yang hanya membaca tajuknya sahaja.

Tetapi itulah Malaysiakini dan portal pembangkang lain. Serangan ini sudah biasa digunakan. Bila terkantoi, editor mereka menganggap hanyalah salah tulis, tersalah info.

Licik dan jahat media ala zionis ni. Tetapi tidak mengapa. Melihat keadaan semasa untuk merosakkan krealibiliti Malaysiakini. Anggaplah ia sebagai portal yang busuk ibarat bangkai anjing mati kena langgar dengan lori.

Jadi apa pilihan kita?

Baca yang sebenarnya Hal Mas Airlines dibawah ini.

URUSNIAGA PEMBELIAN PESAWAT OLEH MAS – SALE LEASEBACK – untuk mereka yang kurang faham

Masih ada yang menjadikan pembelian pesawat oleh MAS sebai topik perbincangan untuk mengambil kesempatan mengutuk dan mengkritik kerajaan dan MAS.

Kebanyakan dari mereka tidak faham cara urusniaga jual beli pesawat dan memberikan informasi tentang perkara yang mereka tidak tahu daninformasi yang tidak atau kurang tepat.

CARA PEMBELIAN PESAWAT

Ada beberapa cara untuk syarikat penerbangan mengadakan pesawat untuk operasi mereka.  Ini termasuk pembelian tunai, pinjaman dengan mengadai dan cara Sale- Leaseback. 

Tiap syarikat memilih cara pengadaan pesawat dengan mengambilkira prioriti, kemampuan dan cara model bisnis mereka.

APA ITU SALE-LEASEBACK?

Di bawah Sale-Leaseback, Pelgeluar (Boeing) menjual pesawat kepada pelanggang (MAS) yang menjadi pemilik asal pesawat.  Pmilik asal pesawat (MAS)  menjual pesawat itu kepada pemberi pinjaman atau pemberi sewa yang kemudian segera memajak pesawat kembali kepada pemilik asal (MAS).

Jadi urusniaga secara ini melibatkan (i) penjualan (Sale) pesawat oleh MAS kepada pemberi dana dan (ii) penyewaan kembali (Leaseback) pesawat itu oleh MAS.

Ini berbedza dengan urusniaga secara pengadaian dimana pemilik pesawat asal tetap jadi pemilik dan pemberi dana adalah peminjam secara pengadaian. Cara pengadaian tidak memindahkan pemilikan pesawat kepada peminjam.  Urusniaga membeli kereta dan motor kebanyakannya mengunakan cara pengadaian ini.

Urusnuaga secara Sale Leaseback memberi syarikat penerbangan satu cara untuk mengadakan pesawat baru dengan tidak mengunakan dana yang banyak.

MENGAPA SYARIKAT PENERBANGAN MEMILIH URUSNIAGA SECARA SALE-LEASEBACK?

Terdapat beberapa sebab Leaseback menarik kepada sebuah syarikat penerbangan:

1. Sale-leaseback adalah kaedah pembiayaan.

Pesawat boleh dianggap menjadi cagaran untuk pinjaman melalui Sale Leaseback.  Ini bererti syarikat tidak perlu mengunakan aset lain sebagai cagaran kepada pemberi dana untuk pengadaan pesawat.

2. Bisnis penerbangan bukan bisnis pemilikan dan pengendalian aset (It is not an asset management business)

Bisnis penerbangan adalah satu bisnis yang nemawarkan perkhidmatan transportasi.  Fokus bisnis adalah perkhidmatan transportasi. 

Dari aspek ini, pesawat adalah satu alat untuk menjalankan dan mencapai matlamat bisnis – penawaran perkhidmatan transportasi.

Pemilikan pesawat bukan matlamat bisnis syarikat penerbangan.

Selain dari itu, ada risiko pemilikan pesawat yang boleh dielakkan dengan cara ini termasuk risiko kejatuhan harga pesawat apabila dijual kembali (resale).

3. Sale-Leaseback boleh membebaskan ekuiti (dana syarikat) yang terikat di dalam pesawat.

Bisnis penerbangan memerlukan dana tunai yang tinggi.  Dari pembayaran gaji, minyak, parking, catering, perawatan pesawat dan sebagainya – semuanya memerlukan dana tunai dalam erti kata tiada hutang dibenarkan.

Jikalau pembayaran dapat ditangguhkan, ini juga kerana syarikat telah memberikan jaminan bank atau bank guarantee untuk membuat pembayaran secara ditangguh.

Jadi, Sale-Leaseback membolehkan syarikat penerbangan menggunakan dana yang mungkin terikat di dalam pengadaan dengan cara yang lebih produktif. 

Dana yang terikat dalam pembelian pesawat jikalau pesawat dibeli tidak dapat dimanfaatkan untuk bisnis sebenar perushaan syarikat penerbangan.
   

4. Sale-Leaseback boleh mengubah risiko jualan semula (resale).

Apabila syarikat penerbangan memutuskan untuk upgrade armada pesawat kepada yang lebih baru, pesawat yang ada akan dijual.

Kejatuhan nilai dan harga pesawat pasti berlaku dan pemilik pesawat yang memikil beban risiko ini.

Oleh kerana syarikat adalah peminjam bukan pemilik, maka syarikat tidak memikul risiko kejatuhan harga dan nilai pesawat apabila menjual apa yang mungkin menjadi aset usang.

5. Sale Leaseback boleh meningkatkan lembaran imbangan (balance sheet) syarikat penerbangan.

Jikalau pesawat dibeli, hutang untuk membeli pesawat adalah satu liabiliti dalam balance sheet syarikat dibandingkan dengan penyewaan pesawat dibawah Sale-Leaseback tidak diambil kira sebagai hutang didalam balance sheet.

Dalam syarikat syarikat besar, perbedzaan ini sangat penting,lebih lebih lagi apabila nilai keseluruhan hutang yang dibebani syarikat sangat besar.  Bayangkan jikalau didalam balance sheet MAS jumlah hutang ditambah dengan 42 Billion dan ditingkatkan lagi dengan interest yang perlu dibayar – perubahan ini akan menjejas nilai dan harga saham syarikat.  Bukan hanya ini, pengurangan nilai dalam pesawat perkiraan (depreciation) mengecilkan nilai aset syarikat.

6. Sale Leaseback memberikan syarikat lebih fleksibiliti untuk mengawal cukai operasi pesawat.

Sebagai pemilik, syarikat boleh mengurangkan pembayaran cukai dengan mengambilkira susut nilai (depreciation) dan faedah yang dibayar.

Sebagai penyewa di bawah Sale-Leaseback syarikat dapat mengurangkan keseluruhan pembayaran sewa sebagai perbelanjaan semasa.

Perbedzaan ini dapat mengurangkan beban cukai syarikat dengan jumlah yang bannyak.

Banyak syarikat penerbangan memilih untuk mengunakan cara Sale-Leaseback ini untuk mengadakan pesawat untuk operasi mereka.  Ini bukan carqa baru dan telah menjadi satu industri besar dengan nilai berbillion Dolar.

Perkara pengadaan pesawat dan cara pengadaan pesawat adalah satu perkara yang memerlukan kefahaman industri dan bukan satu yang boleh dikomen oleh mereka yang tidak atau kurang faham tentang industri ini.

Informasi dan gambaran yang salah yang diberikan oleh pakar pakar kedai kopi dalam gossipan hanya bertujuan untuk menjadikan ini sebagai satu modal politik.

INI TIADA KENA MENGENA DENGAN POLITIK.

AYAHANDA MD


Tiada ulasan:

Catat Ulasan