Selasa, 26 September 2017

KERAJAAN BELANJA RM2.58 BILLION BAGI TEBATAN BANJIR DI PULAU PINANG, LIM GUAN ENG KATA TIDAK TAHU?

Bagaimana seorang Ketua Menteri boleh kata tidak tahu, sedangkan Kerajaan Persekutuan sudah turunkan nilai yang besar untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang.

Adakah kerana ingin menutup kelemahan yang DAP telah buat di Pulau Pinang yang dilihat pembangunan yang tidak teratur serta melampaui batas, akibatnya banjir buruk yang berlaku bukan banjir biasa, tetapi banjir disertakan dengan tanah runtuh.

Banyak kawasan yang banjir kilat berlaku tidak sampai 15 minit hujan turun, apatah lagi kalau hujan turun sampai 12 jam. Makin teruklah kawasan itu.

Namun mata rakyat Malaysia memang melihat perbezaan banjir di Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak mampu untuk menutupnya, malah dikalangan rakyat Pulau Pinang juga ada yang teramat marah kerana bantuan dari kerajaan negeri ibarat melepaskan batuk ditepian tangga.

Kasihan rakyat Pulau Pinang, apakan daya, anda yang pilih kerajaan DAP, katanya mampu untuk selesaikan banjir hanya dalam jangka masa 9 bulan sahaja.

Sekarang alam mengajar, semua kena.

Siapa nak jawab?


K’jaan belanja RM2.6b bagi tebatan banjir Pulau Pinang


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan dakwaan bahawa Putrajaya tidak memberi dana yang sewajarnya untuk membantu masalah banjir di Pulau Pinang.
Beliau berkata kerajaan persekutuan telah membelanjakan RM2.58 bilion untuk projek tebatan banjir di negeri itu sejak 2006.
Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Wan Junaidi berkata beliau memiliki senarai projek berkenaan, tetapi tidak mengedarkannya kepada media.
Beliau berkata satu-satunya projek yang belum dimulakan ialah di Sungai Pinang. Kelewatan itu, katanya, berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu-isu pengambilan tanah dalam masa yang ditetapkan.
"Kerajaan negeri hanya menyelesaikan isu pengambilan tanah pada tahun 2016... Mereka mengambil masa yang lama dan prosesnya panjang, ini tidak dapat dielakkan," kata menteri itu.
Disebabkan kelewatan itu, beliau menjangkakan projek itu akan hanya siap pada tahun 2020.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396225#ZY77iKBCYZbLu6fM.99

Tiada ulasan:

Catat Ulasan