Rabu, 6 September 2017

KERBAU MATADOR ITU RAFIZI

Rafizi dan kerbau matador

Oleh: Ahlis At Tontowi

Beberapa minggu ini, Rafizi sudah bertukar dari sotong yang sering melepaskan dakwat hitam untuk mengelirukan lawan apabila diserang, kepada kerbau matador kemarahan yang menyondol sesiapa sahaja.

Selepas menyondol Azmin dan geng kartelnya dalam PKR, beliau menyerang pula ketuanya sendiri Anwar Ibrahim. Surat Anwar dari penjara yang menyokong perbincangan dengan PAS, yang menggembirakan Azmin, menurut Rafizi adalah kerana Anwar tidak diberikan gambaran sebenar situasi politik terkini negara. Rafizi turut menambah, peguam yang memberi info kepada anwar adalah pro kartel.

Pergaduhan sesama sendiri ini mengundang kritikan pedas oleh Ambiga, bekas pimpinan Bersih yang berkicau di twitter.
"PKR membenarkan pergaduhan dalaman menjatuhkan mereka. KITA TIDAK BERMINAT dengan masalah dalaman mereka" 

Kritikan ini menyebabkan Rafizi bertukar sekali lagi menjadi kerbau matador lalu beliau menyondol Ambiga, mendakwa Ambiga "tidak adil, bias, dan disalah-maklum"

"Saya tak terkejut dengan pandangan beliau (Ambiga), kerana beliau memang menentang PH dari hari pertama lagi."

Cybertrooper BN, Lim Sian See juga tidak terlepas dari sondolan Rafizi lalu beliau mencabar LSS untuk berdebat dalam "isu apa sahaja" setelah LSS mengkritik hujah Rafizi mengenai isu cukai.

Sondolan Rafizi tidak berakhir setakat itu sahaja. Terkini Rafizi menyondol PSM kerana pengumuman YB Dr Jeyakumar yang akan mempertahankan kerusi Sungai Siput pada PRU 14 menggunakan logo PSM. Beliau mengancam kerusi tersebut akan ditandingi PH jika PSM terus berkeras.

"Kerusi itu (sungai siput) sebenarnya kerusi PH, boleh sahaja ditandingi parti (lain) dalam PH" kata Rafizi.

Arul, AJK pusat PSm menempelak Rafizi lalu mendakwa kerusi Sungai Siput telah dijanjikan kepada PSM oleh Anwar sendiri.

Keghairahan Rafizi menyondol sana sini kebetulan pula adalah selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuan beliau untuk mengenepikan kesalahan di atas Akta Rahsia Rasmi, yang akan menyebabkan beliau merengkok di penjara 18 bulan.

Anehnya, di sebalik sondolan demi sondolan itu, ada satu sosok lawan tidak disondol. Sosok tersebut nampaknya berjaya menjinakkan kerbau matador yang kemarahan itu. Sosok itu berasal dari Ponorogo. Apakah yang menyebabkan kerbau matador itu tunduk dan jinak? Hanya Rafizi sahaja dapat menjawab persoalan ini.


1 ulasan:

  1. Modal nak fitnah dah kehabisan, jadi mula kerja baru bergaduh lah

    BalasPadam