Isnin, 25 September 2017

PESTA ARAK DIBENARKAN DI SELANGOR, ADAKAH AZMIN ALI TIDAK ENDAHKAN SENSITIVITI UMAT ISLAM?


Heboh apabila Azmin benarkan Better Beer Festival 2017 di Selangor, mungkin kerana DBKL tidak benarkan ia diadakan di PUBLIKA Kuala Lumpur, berbondong pula pemimpin DAP kerasukan supaya DBKL menarik balik notis pembatalan itu.

Setelah habis peluru untuk memberikan DBKL tekanan, malah pemimpin DAP seperti Taresa Kok teruk juga dikritik dalam Facebook miliknya kerana isu Pesta Arak ini. Maka plan B tetap ada, sudah pasti penganjuran di negeri asal, Selangor sejak 2014 akan diteruskan.

Azmin mengatakan ini sejajar dengan prinsip kerajaan Negeri yang sentiasa ingin menjaga sensitiviti kaum dan agama. Tetapi agak menghairankan di negeri yang ramai umat Islam, adakah ia dipersetujui oleh Sultan?

Pemimpin Islam dari PAN juga membisu perihal isu ini, terutama Mat Sabu, kalau nak diharapkan PPBM, sudah pasti Mahathir juga kata ok, sebabnya anak Mahathir juga mempunyai kilang arak yang menjadi bisnes utamanya.

EXCO Pas Selangor perlulah lebih tegas, tunjukkan satu keadaan dimana PAS ini relevan dalam Selangor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan