Jumaat, 22 September 2017

SPRM MENAHAN TIGA KAKITANGAN AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG?

PKR dan sekutunya, apabila menyerang UMNO kononnya menuduh tanpa segan silu kononnya UMNO adalah bapa segala rasuah, makan rasuah, suka rasuah, rupanya mereka lagi bapak super rasuah. Siapa nak sanggah?

Patutlah Azmin masih tidak menandatangani IBR SPRM, sedangkan semua negeri sudah lakukan.

Membusuk sampai ke usus. Itulah PKR, DAP dan sekutu Pakatan Harapan yang lain.

SIAPA YANG DITAHAN SPRM JAM 8 MALAM TADI?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga kakitangan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa (foto) dari PKR bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen.

Mereka yang ditahan berkhidmat sebagai setiausaha politik, pembantu peribadi dan kerani kepada Ahli Parlimen itu.

Setiausaha politik berusia 45 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi.

Penahanan dibuat beberapa jam selepas pasukan penyiasat menahan kerani dan pembantu peribadi Ahli Parlimen terbabit, dipercayai membabitkan suapan berjumlah RM20,000.

Menurut sumber, kerani dan pembantu peribadi berkenaan ditahan di sebuah restoran di Taman Maluri kira-kira jam 1.45 tengah hari ini.

Menerusi maklumat awal yang diperoleh, syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek.

Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen.

Difahamkan, SPRM akan mendapatkan perintah reman pagi esok.


1 ulasan:

  1. Tahniah SPRM atas kerja anda, teruskan usaha membeteras rasuah...

    BalasPadam