Sabtu, 9 September 2017

TITIK REFORMASI YANG SUDAH MATI

REFORMASI 1998
APA PUNCANYA?

Adakah rakyat cuba membela Anwar Ibrahim? Timbalan Perdana Menteri yg di pecat oleh Tun Mahathir 8 hari sebelum sukan Komanwel Kuala Lumpur di atas tuduhan Meliwat.

Anwar Ibrahim dikatakan melakukan jenayah luar tabii liwat terhadap beberapa individu yang warak dan rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan dan lain-lain.

Kes ini mencetuskan kegemparan di seluruh Malaysia dan dunia terutama masyarakat Melayu kerana pemimpin harapan mereka dijatuh dan dimalukan oleh mentornya, Dr Mahathir Mohamad.

Atau.

Pada 1997/1998 Dunia mengalami kegawatan ekonomi yg amat besar,
Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Mahathir waktu itu telah menerima impak yg amat besar sekali.

Nilai Ringgit susut keparas paling rendah dalam sejarah.Rm 4.95 per USD.

Inflasi Negara menjadi terlalu tinggi.
Kdnk negara susut.

Para pelabur mula mengalih kan syarikat-syarikat mereka keluar dari Malaysia, terlalu banyak kilang-kilang tutup dan bangkrup.

Rakyat mulai mengangur lantas hilang punca pendapatan.

Di waktu itu juga kerajaan di bawah pimpinan Mahatir telah melaksanakan dasar berjimat cermat.

Gaji kakitangan awam di potong ,
Pengurangan pengambilan jawatan-jawatan baru sektor awam.

Kakitangan sokongan dan kontrak di berhentikan.

Harga barang keperluan harian rakyat melambung tinggi akibat susut nya nilai ringgit berbanding usd.
Rakyat yang ketika itu ramai yg kehilangan sumber mata pencarian majoritinya tidak mempunyai simpanan.

Kehidupan mereka amat tertekan.

Kesimpulan.

Adakah demi membela Anwar Ibrahim yang di tuduh melakukan sex luar tabii,rakyat sangup merusuh di jalanan demi melaungkan Reformasi?

atau

Akibat tekanan-tekanan kehidupan mereka di waktu itu.

Mereka rasakan gerakan Reformasi adalah salah 1 cara untuk mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada Tun Mahathir.?

fikir-fikir dan renungkan.
Tidak ada dalam lipatan sejarah kaum bani melayu yang sangup menentang ulul Amri demi  Maksiat yg terang-terang melangar hukum Allah,

Melainkan mereka rasa tertindas dan tersepit untuk meneruskan kehidupan harian mereka sehinga mereka kaum melayu merasakan mereka patut bangkit menentang kerajaan Tun Mahatir yang di rasakan telah gagal di waktu itu untuk membela nasib mereka.

GERAKAN REFORMASI hanya alat kaum melayu untuk menyatakan kepada Tun Mahatir bahawa beliau telah GAGAL.


3 ulasan:

  1. Reformasi? Kah3 puak2 reformasi dah kena main dengan madey, last2 madey boleh jadi ketua pula kan3, kik3

    BalasPadam
  2. Reformasi...reformasi...kini dah basi. Hanyut ditelan musuh yg ditentang dlm reformasi dulu. Simpanlah laungan reformasi di muzium melayu mudah lupa.

    BalasPadam
  3. Dulu pernah terjumpa CD Reformasi, terbitan Pas waktu tu. Bila tengok CD tu balik, diorang x sebut sangat pun orang sokong Nuar Berahim ni, yang diorang sebut Mahathir nyanyuk, Mahathir dah tua, patut ditumbangkan. Kebetulan Nuar ni jadi central figure dlm rebellion tu. Aku masih fikir yang semuanya ni sebenarnya dah dirancang dengan sangat teliti oleh keduanya (tak ada org lain) pastu gunakan nama rakyat, guna nama reformasi. Aku sedih pasal pak cik aku dulu otai reformasi yg mula2 bawa PKR ke sarawak. Sekarang dah sakit Nuar ni x tolong pun. Terpinggir camtu je. Baru Bian pun x tolong. Apa de hal?

    BalasPadam