Rabu, 18 Oktober 2017

APA ITU PERPERANGAN LUAR AKAL?

SENI PERPERANGAN BUKAN HANYA MENDABIK DADA SENJATA SIAPA PALING HEBAT. TETAPI PERPERANGAN YANG SENGIT MAMPU DIMENANGI DENGAN HANYA SATU CARA YANG LICIK.

Jangan nampak seni politik itu sampah, hayati saja mengapa politik luar kotak itu mampu memberi satu jawapan.

Nak tahu jawapannya? BACA..

sila baca penulisan dibawah sampai habis.tulisan ini adalah isi hati seorang penulis novel...

jangan lupa share ramai-ramai ☺️

MEMAHAMI PEMIKIRAN JAMAL YUNOS

Dah lama rasanya sejak aku bekerja ni, aku tak mengomel tentang politik dengan serius. Tetapi tak bermakna aku tak pasang telinga, aku tak pandang, atau aku tak berfikir.

Tapi hari ni barulah aku berkesempatan untuk menulis tulisan ini. Satu tulisan tentang seorang lelaki yang sangat menarik perhatian aku. Ya, aku tertarik untuk memerhati gaya pemikiran Jamal Yunos.

Jamal Yunos adalah sebuah karektor yang ramai misunderstood, sebenarnya. Termasuklah aku pada peringkat awalnya. Tapi selepas hampir dua tahun Jamal buat hal, dengan bermacam drama, bermula dengan drama pakai tuala depan SUK, letak katil, pecah botol beer, dan macam-macam lagi benda viral yang dia buat.

Bagi pemerhati politik yang simpleton, orang akan kata dia ni orang gila. Tapi arwah Aristotle pernah berkata, dan aku paraphrase,  "sentuhan genius datang dari orang yang gila," - selepas beberapa tahun aku perhatikan Jamal - aku nampak apa yang dia cuba buat.

Untuk memahami karektor seseorang, eloklah kita mengkaji latar belakang sejarah hidup orang itu untuk memahami kenapa dia bertindak sebegitu rupa.

Apa yang aku tahu tentang Jamal, dia berniaga restoran ikan bakar satu ketika dulu. Perniagaannya lingkup, dan dia jatuh teruk. Aku fikir, it took a great fall to have a great vengeance - dan aku fikir, itulah Jamal Yunos.

Kepada siapa dia dendam tu, aku tak tahu. Tapi Jamal Yunos seorang yang motivated, dan komited dengan apa yang dia nak buat.

Umpama Gengkhis Khan - bila isterinya diculik dan dirogol musuh - egonya tercabar dan seterusnya menakluk satu perenam dunia, macam aku kata, hanya sampai level personal je yang akan mampu membuatkan orang bertindak sebegitu.

Dan aku rasa - aku rasa je lah, kejatuhan Restoran Ikan Bakar Sekinchan menyebabkan dia bertindak sebegini rupa.

Bermula dengan isu jamban, kemudian pakai tuala depan bangunan ADUN, seluruh negara mentertawakan dia. Tapi Jamal Yunos bukan suka-suka nak buat macam tu.

Seperti Donald Trump yang diburn habis-habisan oleh Barack Obama pada jamuan makan malam Rumah Putih 2011, dia bertekad akan memusnahkan gerakan "Yes We Can" Obama.

Aku nampak Jamal Yunos mempunyai kemarahan tahap jitu terhadap kerajaan Pakatan (tak kisah la Rakyat ke Harapan ke), dan sebab itu dia sangat determine.

Dengan menggunakan media sosial sebagai senjata, Jamal bertindak membuat sesuatu di luar kebiasaan ahli politik lakukan - perkara yang sama dilakukan oleh Donald Trump.

Sebagai alumni ijazah sarjana muda bidang teater, aku faham benar apa yang dinamakan sebagai "theaterical effect".

Contohnya, jika katakan si Colin Kaepernick tak melutut ketika lagu kebangsaan Amerika dimainkan, orang ramai tidak bercakap tentang keganasan polis terhadap orang kulit hitam. Kalaulah si Tank Man tidak berdiri depan kereta kebal depan Tiananmen Square, orang tidak bercakap tentang peristiwa itu.

Begitu juga Jamal Yunos. Dia tahu, orang Melayu Selangor memang memahami sentimen yang dimainkannya.

Buat pengetahuan semua, Melayu Selangor adalah Melayu yang paling skeptik dengan kaum lain, terutamanya Cina. Bukan suka-suka mereka nak menjadi racist. Ini kita cerita pensejarahan.

Politik Selangor sejak pengasasannya ialah pertembungan antara kuasa tempatan menentang kuasa besar. Ketika perang pengasasan negeri ini, Raja Lumu Daeng Chelak - pada 1743 mengasaskan negeri ini dan mendapat sokongan dari Empayar Johor (juga Bugis) untuk memerangi Belanda yang berpusat di Melaka.

Pada tahun 1867-1874, Perang Saudara Selangor (Perang Klang) berlaku. Raja Mahadi berperang dengan Raja Abdullah. Penglibatan orang luar terutamanya gangster Cina, Ghee Hin dan Hai San yang dibawa British memburukkan lagi keadaan.

Dan sejak itu, kebencian ini dibenam dalam ramai Melayu Selangor zaman berzaman. Mereka mungkin tidak secara terbuka mengaku diri mereka benci Cina, tetapi skeptik itu tetap ada.

Dan manifestasi kebencian itu diletuskan pada peristiwa 13 Mei, 1969. Kuala Lumpur berdarah kerana dendam yang terpahat sejak dari Perang Klang lagi. Benda bukan baru. Apa yang Menteri Besar Selangor ketika itu, Harun Idris katakan ketika itu adalah memang sentimen orang Melayu Selangor yang skeptik dengan kaum lain, terutamanya Cina.

Menjelang 70an, imigran dari luar mula membanjiri Selangor, kerana Selangor adalah pusat ekonomi negara. Pendek kata, sentimen Selangor akan sentiasa menjadi sentimen nasional kerana kedudukannya selaku pusat ekonomi negara.

Maka, Melayu seperti Jamal Yunos ini lahir dari generasi pasca 13 Mei. Generasi X (1965-1979), generasi yang menghadapi kesuraman ekonomi ketika membesar kerana peningkatan harga minyak, dari Perang Yom Kippur, boikot pengeluar minyak oleh negara Arab, dan Revolusi Iran, membentuk pemikiran orang-orang yang sebaya dengan Jamal Yunos.

Dan sebagai seorang peniaga, perniagaannya ialah hal peribadinya. Dan sejak Pakatan memerintah, dia mengalami kesukaran dalam perniagaan, menyebabkan dia mempunyai vendetta yang cukup kuat untuk memerangi Pakatan.

Dan ketika Pakatan kalut dengan Langkah Kajang, masa inilah Jamal mula mengorak langkah. Dia tahu, sentimen Melayu Selangor yang lahir Selangor majoritinya bersamanya, terutamanya di kampung-kampung seperti Sungai Besar dan Tanjung Karang.

Dan ketika Pakatan sibuk menggunakan perkataan elit intelektual seperti kleptokrat, reformasi dan entah jargon apa lagi entah, Jamal menggunakan bahasa yang lebih direct - "theaterical effect".

Pakai tuala depan SUK. Jual aiskrim depan SUK. Pecah botol beer depan SUK.

Agak-agaklah, kenapa?

Saya tertarik dengan ucapan Jamal masa dia jual ikan lima ringgit sekilo di Ampang, dia kata:

"Orang rumah saya komplen harga ikan mahal. Sampai RM18 sekilo, walhal sebenarnya harganya cuma RM5 sekilo sahaja. Saya percaya ini dikawal oleh pihak-pihak kartel yang tertentu."

Sekarang faham tak, kenapa dia asyik demonstrasi depan SUK?

-Nome Nowzir(Penulis Novel)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan