Khamis, 12 Oktober 2017

BENARLAH KATA PUJANGGA, ORANG KITA SUDAH TIDAK KISAH SIAPA JADI PERDANA MENTERI

Kalaulah orang kita sudah tidak kisah, kuasa politik diserahkan kepada kiasu, adakah pengorbanan datuk, nenek kita bergadai habis demi sebuah kemerdekaan, maka bolehlah kita berkata kepada diri sendiri, mengapalah orang Melayu begitu bodoh tidak sedar-sedar?

Kerana hasutan, kerana ingin menjadi khawarij, kerana terbuai mimpi sang kiasu, kerana tidak suka membaca, hanya suka perkara percuma, maka sahlah orang kita ini, sudah lalai dalam erti mengekalkan kuasa.

Dahulu ketika PAS bersama Pakatan Rakyat, PAS adalah salah satu barisan hadapan orang melayu Islam yang dipergunakan oleh kiasu-kiasu ini untuk kuasa, dalam demo, dalam membuat onar, dalam memakihamun pemimpin Islam, PAS juga antara yang dibarisan hadapan ketika itu.

Syukur PAS sudah sedar permainan golongan keparat yang hanya menggunakan orang Melayu Islam demi sucubit kuasa.

Namun sekarang dikhuatiri, golongan Melayu liberal berusaha sedaya mungkin untuk menarik golongan seperti mereka untuk menyertai pertukaran kerajaan dan kalau pemimpin atasan itu dari bukan Islam mereka lagi teruja kerana ini lagi menunjukkan kesaksamaan yang hakiki. Hakikatnya mereka gembira, apabila hal mungkar mungkin sukar dibanteras atau dikritik lebih-lebih kerana pemimpin atasan ketika itu dari kiasu yang liberal

Moga kita dilindungi Allah, Moga Allah menyedarkan ramai lagi umat Islam Melayu kembali ke landasan benar, TOLAK PAKATAN HARAPAN. TOLAK KIASU DAP.



LIM KIT SIANG LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI SEKIRANYA PH MENANG BESAR KATA RAMASAMY

Selepas Datuk Zaid Ibrahim bersuara mengenai kewajaran Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri, hari ini muncul seorang lagi pemimpin parti itu, Prof. Dr. P. Ramasamy yang se­nada menyokong Penasihat DAP tersebut menerajui kepemimpinan negara jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan kedua-dua pemim­pin itu mencerminkan hasrat DAP yang sebenarnya mahu Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

Ramasamy yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, pemimpin yang pa­ling layak untuk dipertimbangkan memegang jawatan Perdana Menteri ialah Kit Siang kerana berdasarkan sejarah dan pengalamannya dalam politik negara.

“Beliau (Kit Siang) menghabiskan bertahun-tahun berjuang un­tuk demokrasi dan keadilan de­ngan mengorbankan hidup sen­diri dan juga ahli keluarganya, malah dipenjarakan dua ka­li di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana politik.

“Daripada semua pemimpin parti politik, orang yang paling bersikap rendah diri ialah Kit Siang, beliau adalah calon utama perlu dipertimbangkan untuk jawatan nombor satu negara ini, sama ada beliau mahu atau tidak memegang jawatan tersebut, ia perkara yang berbeza,” katanya dalam kenya­taan seperti yang disiarkan portal Berita Daily hari ini.

Semalam, Zaid menyifatkan pelantikan Ahli Parlimen Gelang Patah itu sebagai Perdana Menteri adalah satu idea yang bernas.

Menurut beliau, jika Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mungkin cadangan untuk menjadikan Kit Siang sebagai Perdana Menteri bukan cadangan yang buruk.

Dalam sidang akhbar di Pulau Pinang pada 25 Ja­nuari lalu, Kit Siang mengakui bukan men­jadi kesalahan ke­pada sesiapa untuk mempunyai cita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri.
Mengulas lanjut­ kata Ramasamy, tan­pa kehadiran Kit Siang, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain tidak akan jatuh ke tangan pembangkang.

“Kit Siang mungkin dalam pertengahan usia 70-an tetapi beliau sentiasa bersemangat untuk bertugas di seluruh negara dengan menyampaikan ceramah dan mengadakan sidang akhbar.
“Sekiranya DAP dianggap parti terkuat di dalam Pakatan Harapan, maka kredit perlu diberikan kepada Kit Siang,” katanya.


Tambah Ramasamy, rakyat negara ini memerlukan pemimpin yang layak, bertanggungjawab, jujur serta berani untuk menjadi Perdana Menteri dan individu tersebut adalah Kit Siang.

4 ulasan:

  1. Kit Siang jd PM... Hahaha.. lawak!

    BalasPadam
  2. Jgn biarkan sekali kali dap berkuasa di negara ini.

    BalasPadam
  3. orang melayu islam mesti ingat kembali bagaimana lenyapnya majoriti melayu di singapura ketika ini.
    orang melayu singapura bertepuk tangan gembira di atas kemenangan leekuanyu.tetapi selepas itu dan kini orang melayu di sana baru sedar sokongan dan kegembiraan mereka itu bukan untuk bangsa mereka.
    mereka baru sedar ditipu. mereka tidak mampu lagi kembalikan singapura sebagai sebuah kekuasaan melayu di nusantara ini sejak zaman berzaman.semuanya telah tergadai. bangsa budaya dan tanah tumpah darah serta majoriti mereka dibawa arus kuasa bangsa dari luar nusantara. seolah2 orang asing yang kita jemput tinggal menumpang di rumah kita akhinya rumah tersebut dikuasai oleh mereka dan anak2 cucu kita pula dianggap sebagai penumpang dan bila2 masa saja boleh dilanyak seperti rohingya yang berlaku didepan mata kita sekarang ini. kalau orang benci kepada umno (bn ) sekalipun janganlah sekali menyokong golongan yang sewarna dengan LKY di singapura itu. kita masih ada pilihan lain yang lebih bersih dan boleh dipercayai dapat menjaga hak melayu dan islam dinegara ini. PAS lebih baik dari PH jika ingin menukar kerajaan yang ada sekarang. orang melayu umno selamat. orang melayu pkr selamat.orang melayu ppbm pun turut selamat. ertinya bangsa melayu dan islam sendiri akan menjadi satu gabungan yang tersangat kuat yang tidak mampu lagi digugat oleh mana2 golongan di negara ini. inilah laungan sebenar yang amat ditakui oleh lks dan yang sama waktu dengannya.

    BalasPadam
  4. ingatlah wahai bangsaku....
    orang melayu masih boleh meneruskan surviv di bumi ini selagi kuasa penuh masih dipegang oleh melayu islam. tetapi akan menjadi pengemis dalam rumah sendiri apabila kuasa diberikan kepada bangsa lain.
    perlu diingat ketika sudah ramai bangsa sendiri telah dibeli oleh bangsa lain untuk membantu kemenangan bukan bangsa kita.... fikirkanlah dengan mata hati bukan seperti PAK KADUK...

    BalasPadam