Sabtu, 21 Oktober 2017

HINAAN "LANUN BUGIS" MENGURIS HATI NAIB PRESIDEN INDONESIA

Jusuf Kalla Tersinggung Dengan Hinaan Tun Mahathir

ISTANBUL 21 Okt. - Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengakui secara peribadi kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau merasa amat tersinggung dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melabel keturunan Bugis sebagai lanun.

Perasaan itu dinyatakan Jusuf yang berketurunan Bugis kepada Ahmad Zahid ketika kedua-dua pemimpin yang mengetuai delegasi negara masing-masing dalam Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di sini semalam.

“Walaupun (menyatakan) bukan secara rasmi tetapi Jusuf memberitahu saya bahawa beliau amat-amat tersinggung dengan ungkapan yang menghina orang Bugis sama ada di Malaysia atau di Indonesia khususnya Sulawesi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ahmad Zahid menjelaskan, dari sudut sejarah, panggilan lanun terhadap orang Bugis sebenarnya diletakkan oleh penjajah sedangkan sebenarnya mereka adalah pahlawan yang menentang penjajah. - UTUSAN ONLINE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan