Sabtu, 9 Disember 2017

RINDU ZAMAN TUN, REALITI KEHIDUPAN ORANG MELAYU YANG HANYA MEMENDAM RASA

BENARKAH HIDUP DI ZAMAN MAHATHIR LEBIH SENANG?

BENARKAH seperti yang digembar gemburkan oleh hampir semua penyokong dan pentaksub Dr Mahathir Mohamad bahawa kehidupan di zaman Perdana Menteri keempat itu jauh lebih senang berbanding sekarang?

KEPADA GOLONGAN PENDIDIK SIAPA KATA ZAMAN MAHATHIR MEWAH ??

Jika sudi baca, baca lah, kalau tak sudi abaikan lah.

Penyata Gaji saya dari tahun 1992-1995.

Beginilah nasib kami para guru ketika sambung belajar pada tahun 1992-1995, UTM Skudai. Dulu tidak ada tawaran sambung belajar kepada kakitangan kerajaan dengan bergaji penuh seperti sekarang, hanya dibenarkan separuh gaji atau letak jawatan.

Gaji pokok ketika itu RM1115.00 adalah gaji setelah berkhidmat selama 15 tahun tanpa ada kenaikkan gred atau kenaikkan tangga gaji. Gaji separuh ketika sambung belajar adalah sebanyak RM557.50 tambah Alaun Khidmat Awam sebanyak RM57.50 = RM615.00.

*Dalam keadaan terdesak begini pun cukai pendapatan dipotong lagi sebanyak RM36.00, kemudian bayaran balik pinjaman perumahan sebanyak RM473.47 dipotong (permohonan untuk menangguhkan bayaran perumahan untuk selama pengajian ditolak). Potongan Tabung Haji dan Angkasa sebanyak RM59.00.

Dan jumlah potongan adalah sebanyak RM568.47 dan baki yang tercatat pada slip gaji hanya tinggal RM46.53

INILAH GAJI AKU SELAMA TEMPOH PENGAJIAN

*Memang tidak lojik dik akal dengan gaji sebanyak ini boleh menyara kehidupan di kampus (kos hidup di Johor Baru memang sedia maklum sudah tinggi ketika itu) dan menyara keluarga.

Sudah pastilah hutang keliling pinggang, antaranya buat pinjaman daripada Yayasan Negeri Kedah dan lain-lain. Kos pengajian bukannya murah semua perkara memerlukan duit. Ketika itu belum ada PTPTN, kalau masa itu dah ada pasti aku akan pohon dan pasti akan ku bayar balik.

Kalau budak-budak hari ini merasa mereka terbeban sangat di Universiti maka sedarlah kami yang dahulu merasakan hal ini.
Alhamdulillah berkat kesabaran Isteri dan anak-anak yang sanggup berkorban maka semuanya berjalan dengan baik.*

Bayangkan bawah RM1k pun kena cukai !!!
 
Sumber : Onwi Hj Harun


1 ulasan:

  1. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    BalasPadam