Azmin Ali

JERUT RAKYAT DENGAN CUKAI, HEBAT KERAJAAN AZMIN

Sana sini mereka jerut rakyat dengan cukai. Almaklumlah pendapatan melalui cukai paling senang nak bermewah.

Selepas beritahu kepada semua yang kerajaan Selangor mempunyai rezab simpanan paling banyak.

Bertepuk girang macai melayu pakatan harapan.

Sembang kencang langit boleh tumbang.

Orang biasa juga terasa kesannya. Dap ketawa riang, bila Malaysia ditawan, padan muka dengan kesemua yang otak semakin kulup untuk bersyukur.

0 ulasan:

Dap,

DAP MAHU BAGI BABI KE ATAS MANGSA BANJIR? PANAS NI!!


Kenyataan Media Datuk Huan Cheng Guan

(Untuk Siaran Segera)
6hb Januari 2017

DAP MAHU BAGI BABI KEPADA MANGSA BANJIR KER?

Kenyataan berbaur perkauman oleh bekas pemimpin DAP Hew Kuan Yau memperlekehkan sumbangan kemanusiaan daripada kaum Cina, samada barangan sumbangan tersebut memerlukan sijil halal ataupun tidak, sudah memperlihatkan separas mana IQ otaknya.

Adakah persoalan  dibangkitkan Kuan Yau ini sengaja untuk menyakitkan hati mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur terutama di negeri Kelantan? Apa yang beliau cuba buktikan sehingga terlalu dangkal fikirannya?

Umum mengetahui, kebiasaannya barangan atau makanan yang hendak disumbangkan kepada mangsa banjir adalah dalam kategori umum iaitu boleh serta sesuai digunakan dan dimakan oleh sesiapa saja tanpa mengira fahaman agama atau lebih mudah difahami, ianya mesti halal.

Secara peribadi saya mengecam kenyataan tidak berilmu daripada Kuan Yau. Tak perlu keluarkan kenyataan yang boleh dianggap menghina sebegini. Sekurang-kurangnya hormat keadaan mangsa yang amat memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk meneruskan hari-hari mendatang. Seperkara yang perlu diingat bahawa mangsa-mangsa banjir bukan saja terdiri daripada bangsa Melayu tetapi pelbagai latar belakang kaum dan keturunan.

Kuan Yau perlu simpan sedikit sifat kebodohannya daripada terlihat seperti kenyataan hari ini. Apa yang perlu diketahui oleh beliau adalah, tanpa bantuan daripada DAP atau rakyat, kerajaan Persekutuan dan banyak pihak dan NGO masih boleh membantu mangsa-mangsa banjir di sana.

DATUK HUAN CHENG GUAN
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

0 ulasan:

Dap

Hew Kuan Yau Bermain Api

Tiada apa yang mampu diperkatakan yang manusia bernama Hew Kuan Yaw adalah sejenis manusia biadab yang kurang didikan moral.

Malah manusia yang sengaja bermain api. Kurang ajar.

0 ulasan:

KISAH SEDIH PAKAI KASUT SEKOLAH KOTOR, CERITA ADIK BERADIK INI MENJADI VIRAL DAN RUPA-RUPANYA...




Heboh pada Hari pertama persekolahan di satu Sekolah Kebangsaan Air Keroh, Melaka, viral gambar sedih pelajar yang daif memakai sekolah lusuh, kasut yang kotor, malah bila dilihat agak kesian dan ada nitizen mengambil gambar dan sebarkan.

Setelah menjadi viral, pelbagai andaian telah dibuat, malah tuduhan mengatakan pemimpin setempat tidak mengambil enteng perihal itu juga kedengaran. agak keterlaluan juga tuduhan sehingga terpalit nama Ketua Menteri Melaka yang tidak hiraukan rakyat.

Inilah kisahnya, tahukan anda...

Apa sebenarnya yang berlaku?

Pihak berwajib telah membuat siasatan, malah siasatan menyeluruh yang kebenaran tidak mampu menidakkan kepalsuan.

Jangan gunakan anak-anak untuk menarik simpati, jangan gunakan anak demi sesuatu keuntungan, malah jangan malukan anak dengan sikap diri kita sendiri.

Inilah yang terjadi..

Gambar di rumah ibu tunggal yang dikatakan daif. Adakah benar keluarga ini tidak mendapat bantuan langsung?

Adakah keluarga ini tidak dipedulikan oleh pihak berkaitan?

Jangan kita menghukum, malah biar kebenaran itu mengepalai ceritanya.






Ini antara msg dari whatsap yang admin dapat, nilaikan..




Jadi kadang-kadang manusia ni, ada peluang dia akan gunakan, antara peluang baik dan buruk.. cuma diri sendiri dapat mengubahnya, jangan jadikan anak mangsa keadaan.

Sekian.

Headbomb

2 ulasan:

Isham Jalil,

TUN M ANTI BR1M DAN ANGGAPAN RASUAH YANG KETERLALUAN

NAJIBNOMIK, BR1M DAN ERA EKONOMI TUN MAHATHIR

(Artikel ini diterjemah daripada bahasa Ingggeris daripasa artikel bertajuk "BR1M part of bigger picture" yang disiarkan di akhbar The New Straits Times pada 2 Januari 2017)

Pada Hari Natal, Tun Dr Mahathir Mohammad, Pengerusi PPBM dan de fakto ketua pembangkang mendakwa  Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M adalah satu bentuk rasuah. Beliau berkata ketika 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau tak perlu mengagihkan wang kepada rakyat.

Sehingga tahun lalu, 63 negara seluruh dunia, baik negara sedang membangun mahupun negara maju mempunyai suatu bentuk sistem bantuan kewangan yang mempunyai pelbagai nama. Di UK, ia dipanggil ‘Income Support’, di USA namanya ‘Temporary Assistance for Needy Families atau TANF’, di Peranchis pula, ‘Revenu de Solidarite Active (RSA), di Mexico ia dipanggil ‘Oportunidades’ dan di Brazil, ‘Bolsa Familia’.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan satu dari tujuh penduduk dunia menerima bantuan kewangan secara terus dari kerajaan masing-masing. Jika BR1M dianggap sebagai rasuah, maka negara-negara di atas dan rakyat mereka tentunya bersalah.

Sebenarnya, BR1M adalah salah satu komponen utama dalam usaha kerajaan dalam pembangunan jaringan keselamatan sosial negara. Dalam tahun 80an hingga 90an, ketika kita sibuk membina menara pencakar langit, pembangunan jaringan keselamatan sosial seolah dilupakan. Walaupun kadar kemiskinan ketika itu setinggi 30%, hanya segelintir yang menerima bantuan kewangan dari kerajaan dan tiada yang mendapat bantuan kewangan jika mereka dibuang kerja atau menghadapi krisis kewangan.

Tidak menghairankan ketika krisis ekonomi 1997-1999, apabila jumlah penganggur meningkat mendadak, ramai yang mengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim turun protes di jalanraya. Kebanyakan mereka hadir bukan untuk Anwar tapi kerana mereka marah dan kecewa akibat kehilangan kerja. Tiada sistem yang boleh membantu mereka dan Anwar Ibrahim nampak ini sebagai satu peluang untuk mengumpulkan pengikut dalam mengejar cita-cita politik beliau. Dalam masa yang sama, kadar jenayah dan keganasan turut meningkat.

Walaupun ramai yang memuji tindakan Dr Mahathir dalam mengatasi krisis kewangan pada 1999, ramai pakar yang berpendapat bahawa Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim lah yang sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan krisis tersebut. George Soros hanya mengambil peluang dalam kelemahan sistem pengurusan kewangan dan ekonomi ketika itu yang mula merekah berbulan-bulan sebelum krisis tersebut berlaku.

Ketika tahun 80an-90an jika anda memandu Porsche, anda akan mendapat bantuan subsidi lima kali ganda lebih banyak dari pemandu Kancil dan jauh berganda-ganda berbanding penunggang motorsikal kapcai. Lebih mewah gaya hidup anda, lebih banyak bantuan subsidi diterima. Ini sangat tidak adil.

Oleh itu, dalam program rasionalisasi subsidi di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak, jika anda kaya-raya anda tidak mendapat banyak subsidi. Tapi jika anda dari golongan kurang berkemampuan dan miskin, kerajaan akan membantu anda dengan menggantikan subsidi minyak dengan memberikan bantuan wang tunai melalui BR1M.  Dengan cara ini, bantuan subsidi dapat diberikan kepada golongan sasar dengan lebih berkesan.

Hasil dari pengurusan rasionalisasi subsidi, pada 2015 kerajaan dapat menjimatkan RM6 billion setiap tahun dan penjimatan ini dimanfaatkan dan dipulangkan semula kepada rakyat yang memerlukan dalam bentuk BR1M serta untuk mengurangkan defisit fiskal.

Alternatif kepada bantuan tunai adalah jika kerajaan memberikan bentuk jenis bantuan barangan yang difikirkan perlu kepada rakyat. Contohnya, jika kerajaan fikir rakyat perlukan bantuan baju baru maka kerajaan akan mengedarkan bantuan baju-baju baru ataupun kupon bantuan pembelian baju baru kepada rakyat yang memerlukan. Teknik yang sama juga akan dipakai untuk barangan lain yang difikirkan perlu oleh kerajaan seperti makanan, telefon, membaiki rumah dan sebagainya dengan mengedarkan barangan atau kupon berkaitan. Tiada bantuan berbentuk wang tunai di situ.

Mungkin ada sesetengah pihak yang lebih suka dengan cara sebegitu, dengan membiarkan kerajaan untuk memikirkan segala-galanya untuk rakyat termasuk jenis pakaian yang mesti dipakai, makanan yang mesti dimakan dan sebagainya. Ini adalah jenis kerajaan yang tak percayakan rakyatnya jika diberi wang tunai atau menganggap rakyatnya tak tahu berfikir. Nasib baik, kerajaan dan kepimpinan Malaysia tidak bersifat autokratik  sebegitu rupa.

Sebenarnya adalah mustahil untuk kerajaan mengetahui apa yang semua orang perlukan. Mengharapkan kerajaan untuk mengetahui dan membuat keputusan ke atas setiap keperluan rakyat adalah satu kerja gila. Rakyat lebih tahu apa yang mereka benar-benar perlukan. Ada yang lebih perlukan makanan, pakaian, alatulis sekolah atau peralatan membaiki pukat nelayan. Mana mungkin kerajaan boleh beri kupon atau bantuan produk untuk segala jenis perkara, jika kerajaan cuba juga, akan mengakibatkan ketirisan dan pembaziran yang berleluasa.

Definisi keperluan asasi menjadi semakin kabur dari hari ke hari menjadikan bantuan barang asasi secara terus sangat tidak efisien berbanding dengan bantuan kewangan secara terus kepada rakyat. Hari ini si nelayan mungkin ada ikan dan makanan di dapur tapi ia lebih memerlukan wang untuk membaiki peralatan menjala dan memukat. Itu sebab wang tunai adalah raja. Bukan dalam konteks sinikal seperti yang dicanangkan oleh sesetengah pihak, tapi hakikatnya wang tunai adalah satu medium yang dapat menyelesaikan masalah berkaitan pelbagai keperluan yang bermacam rupa berbanding dengan bentuk-bentuk bantuan yang lain.  

Malah jika kerajaan menggunakan bantuan barangan, ia adalah lebih sukar untuk diuruskan dan terdedah kepada penyelewengan orang tengah yang mungkin mengambil peluang untuk mengaut keuntungan, menjadikan teknik ini tidak efisien dan mudah mengalami ketirisan dan pembaziran.

Satu kajian yang dijalankan oleh US Naval Postgraduate School ke atas program-program bantuan rakyat di Mexico mendapati bahawa penerima bantuan wang tunai menerima kesan positif dari segi keseimbangan nutrisi dan kesihatan kanak-kanak yang sama tahap dengan penerima bantuan barang makanan. Akan tetapi, kos pengurusan bantuan barang makanan adalah 20% lebih tinggi dari kos pengurusan bantuan wang tunai. Kajian tersebut juga mendapati penerima bantuan wang tunai tidak menggunakan wang tersebut untuk membeli rokok atau arak. Malah, dengan lebihan wang tunai dari bantuan yang diterima, mereka dapat menggunakannya untuk sekolah, perubatan dan pengangkutan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Masalah kos sara hidup masakini adalah juga disebabkan oleh polisi yang dilaksanakan pada tahun-tahun 90an.  Ketika itu, kebanyakan infrastruktur disediakan dengan polisi penswastaan dan dibiayai oleh rakyat yang menggunakan infrastruktur tersebut dan membayar kepada syarikat pengendali swasta berdekad-dekad lamanya. Pada ketika itu, ekonomi sedang rancak menaik. Pengunjuran ekonomi yang terlalu optimistik oleh pentadbiran pada ketika itu telah mengakibatkan rakyat terpaksa membayar harga atau tarif yang tinggi kepada pemegang konsesi swasta dan juga kepada syarikat pengeluar tenaga bebas.

Idea penswastaan sebenarnya adalah baik jika dilakukan dengan berhemah dan betul. Tetapi jika ia diseleweng, maka harga servis atau tarif yang perlu dibayar oleh rakyat akan dinaikkan setinggi-tingginya dan rakyat yang terpaksa membayar. Kerajaan hari ini bertindak mewujudkan BR1M sebagai salah satu mekanisme menangani kenaikan kos sara hidup.

Pada era 80an-90an, ada pemimpin mempercayai bahawa jika kita membina beberapa syarikat besar, manfaat dan kekayaan dari syarikat tersebut akan turun secara tak langsung kepada rakyat. Ketika itu para pemimpin berpendapat, jika kita membantu beberapa orang untuk menjadi kaya-raya, orang-orang ini akan turut turun membantu rakyat yang papa kedana. Pentadbiran ketika itu menggunakan idea ini sebagai polisi dalam usaha menyalurkan sebahagian besar sumber-sumber negara kepada beberapa peniaga terpilih untuk menjadi taikun bidang perniagaan masing-masing. Ramai yang duduk di atas menjadi kaya. Akan tetapi tak banyak dari kekayaan ini turun kepada rakyat jelata.

Antara tahun 1989 ke 1997 jumlah perkongsian pendapatan negara untuk golongan B40 yang berpendapatan rendah menurun dari 15% ke 13% berbanding dengan golongan T20  yang berpendapatan tinggi yang meningkat jumlah perkongsiannya dari 50% ke 52% dalam masa yang sama. Peribahasa “Orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin” adalah menjadi sangat benar ketika itu. Mengambil pengajaran supaya tidak terjadi lagi seperti di atas, pemimpin dan pentadbiran hari ini melakukan yang lebih baik iaitu berusaha mengembangkan ekonomi melalui peningkatan perniagaan sektor swasta dan dalam masa yang sama tidak melupakan golongan miskin dan juga sederhana seperti era 80an-90an.

Sejak Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, kerajaan berjaya mengurangkan insiden kemiskinan tegar dari 3.8% pada tahun tersebut kepada kurang dari satu peratus ketika ini dengan mengeluarkan 100,000 keluarga dari kepompong kemiskinan.

Ketika era kebangkitan ekonomi dotcom pada awal tahun 90an, ekonomi Amerika Syarikat berkembang dengan pesat. Sungguh pesat hinggakan dari tahun 1992-1997, kepesatan ekonomi AS menyumbang kepada penyusutan defisit fiskal lima tahun berturut-turut. Ia turut menjadikan ekonomi global ketika itu berkembang dua kali ganda dan banyak negara ketika itu berkembang naik ekonominya.

Malaysia juga turut merasai nikmat dari peningkatan ini dan sepertimana kebanyakan negara lain ketika itu, ekonomi Malaysia berkembang sehingga lebih 7% setahun.

Mungkin lebih mudah untuk meguruskan dan mengembangkan ekonomi negara ketika seluruh dunia menikmati peningkatan yang sama. Tidak dinafikan, kita berjaya menaikkan ekonomi ketika itu tapi kita juga bernasib baik. Pada masa tersebut, kita bersama-sama negara lain menikmati limpahan kemewahan ekonomi sedunia. Melihat secara objektif, mungkin gelaran “Keajaiban Malaysia” tahun 90an bukanlah satu keajaiban sebenarnya.

Adalah lebih sukar untuk mengembangkan ekonomi semasa kelembapan ekonomi dunia seperti sekarang. Singapura misalnya turut merasai tempias dengan menghadapi masalah untuk berkembang. Ekonominya bergerak perlahan kepada tahap kurang dari 1%. Seramai 13,000 orang telah hilang pekerjaan di sana baru-baru ini, kadar paling tinggi sejak krisis kewangan 2009.

Meskipun ada pihak pembangkang yang mencaci dan berfikiran negatif terhadap ekonomi Malaysia, pada hakikatnya ekonomi negara berkembang pada kadar lebih 4%, iaitu lebih tinggi dari purata perkembangan ekonomi dunia. Kadar pengangguran negara berada serendah 3% dan kemiskinan tegar dikekang di bawah 1%. Bank Dunia turut menjangkakan pada tahun 2017 ekonomi Malaysia akan menjadi lebih baik.

Inilah apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Abd Razak yang berani menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan demi rakyat walaupun kecekalannya membuat perkara yang betul menggugat kedudukan politiknya. Inilah teras “Najibnomik”, pendekatan pengembangan ekonomi walaupun terpaksa membuat pilihan politik yang sukar, dan pada masa yang sama memastikan kehidupan golongan yang kurang bernasib baik mendapat pembelaan sewajarnya. Perdana Menteri Najib pernah berkata, ketika pentadbirannya, tiada siapa yang akan ditinggalkan di belakang.

Pada tahun-tahun 70an, Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Razak berjaya menaiktaraf kehidupan berjuta-juta keluarga miskin keluar dari kedhaifan. Ini adalah jasa dan legasi Tun Abdul Razak dan ianya terus diwarisi oleh anakandanya.

Pada pengakhirannya, sebagai sebuah masyarakat kita akan dinilai bukan dengan bagaimana kita melayan orang-orang yang kaya raya, tetapi dengan bagaimana kita melayan orang-orang miskin dan yang tidak bernasib baik. Dan penzahiran idea di atas, seperti pembangunan rangkaian keselamatan sosial kepada golongan rakyat di bawah dan pertengahan, akan menjadi salah satu legasi penting Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
...

Link artikel asal:
http://www.nst.com.my/news/2017/01/201196/br1m-part-bigger-picture?m=1

-Penulis, Isham Jalil, ialah presiden Sukarelawan Malaysia

0 ulasan:

Azmin Ali

KESIAN, MB DIA TIDUR RASANYA

Apa nak jadi Selangor oiii... Hal-hal agama dibuat pekak begini.

Tak tahulah nasib kita bila biarkan makhluk hipokrit ini memerintah negara kita.

1 ulasan:

MPK Persoal Polis Tidak Halang Acara Bunga Api Tanpa Permit



Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempersoalkan tindakan polis yang didakwa membiarkan acara pertunjukan bunga api sempena Sambutan Tahun Baru 2017 Fiesta Gegar Klang diteruskan walaupun tidak mempunyai permit.

Yang Di-Pertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata polis seharusnya memaklumkan lebih awal berhubung permohonan permit tersebut, selain melarang penganjur meneruskan acara itu yang berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran, semalam.

“Kita tidak memohon permit kerana dalam jawatankuasa penganjuran Fiesta Gegar Klang ini, pihak polis terlibat sekali, sepatutnya perkara seperti ini (soal permit) perlu dimaklumkan awal oleh pihak mereka.

“Sepatutnya pihak polis memaklumkan lebih awal (berhubung permohonan permit).” katanya dalam kenyataan kepada media.

Menurut Mohamad Yasid lagi, sepanjang acara tersebut berlangsung terdapat anggota polis yang berkawal dan mereka boleh bertindak melarang acara itu diteruskan jika tidak mempunyai permit seperti didakwa.

“Malah ketika berlangsung pertunjukan sambutan tahun baru itu, mereka (polis) meletakkan anggota untuk berkawal. Mereka boleh melarang pihak penganjur meneruskan acara tersebut jika tidak ada permit,” katanya lagi.

Semalam MPK mengumumkan akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian letupan tersebut yang mengakibatkan kecederaan kepada 14 pengunjung terdiri daripada 10 dewasa dan empat kanak-kanak.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad menegaskan bahawa MPK tidak memohon sebarang permit bagi pertunjukan itu sempena ambang tahun baru.

http://www.selangorpress.net/selangor/2017/01/mpk-persoal-polis-tidak-halang-acara-bunga-api-tanpa-permit/

1 ulasan:

Suara Rakyat

MENGAPA TIDAK PEKA WAHAI MENTERI

Malas nak ulas berkenaan foto menteri di pusat yang tidak sepatutnya.

Sudah berapa kali diberitahu, zaman sekarang zaman pantas. Musuh cepat dan sangat bagus memeras idea burukkan imej menteri sekiranya gambar-gambar seperti ini tersebar.

Mengapa tidak belajar dengan kesilapan-kesilapan itu? Harap yang berkenaan jawab sepantas kilat.

Dikatakan instagram milik menteri ini palsu. Tertanya juga bagaimana gambar ini mampu tersebar?

Baca seterusnya

http://www.selangorpress.net/nasional/2017/01/foto-menteri-umno-di-kasino-las-vegas-cetus-kontroversi/


3 ulasan:

Isham Jalil,

BR1M VS TUN M

Najibnomics, #BR1M & Tun M's Trickle Down Economics. (BR1M'S Bigger Picture) by Isham Jalil

(Excerpt of the article as below)

"In the 80s and 90s, we were so busy building skyscrapers and mega projects we forgot to develop our social security system adequately. Although the poverty rate then was as high as thirty percent, only a handful of people received direct income supports from the government and none received income support when they were involuntarily out of work or faced with personal financial crisis."

"No wonder during the 1997-1999 economic crisis, when unemployment rate suddenly sprung up, hundreds of thousands of people went to the streets to protest led by the then sacked Finance Minister Datuk Seri Anwar
Ibrahim. The hundreds of thousands of people marched on the streets perhaps not because of Anwar, but because they had just lost their jobs and they were angry. And there was no social security net to help them. Anwar took the opportunity to gain mass support, and he rode the wave of mass dissent that was already there. Crime rate and incidence of violence shot up tremendously."

"Some experts have posited that though in 1999 many people applauded the then Prime Minister for steering the nation out of the worst economic crisis the country has ever seen, he and the sacked Finance Minister Anwar Ibrahim were actually responsible for causing the crisis in the first place. Also responsible, George Soros just took the opportunity on the weaknesses and cracks in the management of the Malaysian economy that had already been building up for months prior to the crisis."

"In the 80s and 90s there was also this belief that if you develop several big businesses, the benefits would trickle down to the people on the ground too. The thinking that if you help the few people at the top it would in turn translate into them helping the many poor at the bottom. During this era, the administration used this notion as a policy to justify channeling huge government resources to several selected businessmen to become big business tycoons. Many people at the top became richer, but unfortunately not much trickled down."

"Between 1989 and 1997, the share of total national income for the bottom forty- percent group dropped from 15 percent to 13 percent compared to an increase from 50 percent to 52 percent for the top twenty-percent group. As cliché as it may sound, the saying “the rich becomes richer and the poor poorer” had actually become true in that period."

"The current increase in cost of living is much affected by the policy of yesteryears in the 90s that becomes a legacy problem now. During the 90s much of infrastructure development such as highways and power plants were built through privatization policy and financed by committing the people to pay the private concessionaire companies for the use of the infrastructure decades into the future. In the early 90s, the economy was booming. Overestimates of income growth by the administration then had in turn committed the public to pay high payments to highway toll concessions and the independent power producers (IPPs)."

"At the end of the day, as a society we will be judged not by how we treat the richest and most fortunate among us, but by how we treat the poorest and least fortunate among us. And the exemplary manifestation of this belief is going to be the most important legacy of Prime Minister Najib Razak."

(For full article, go to:
http://www.nst.com.my/news/2017/01/201196/br1m-part-bigger-picture?m=1

0 ulasan:

Pakatan Harapan

PEMBANGKANG MALAYSIA ADALAH PEMBANGKANG PALING BAHLOL DALAM DUNIA!

JAWAPAN KEPADA YANG MEMPERTIKAI PM CUTI HUJUNG TAHUN

Oleh Jabdin JJ

AKTA 237, AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980  menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan ( kabinet) dan ahli parlimen.  Didalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan/ kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat parlimen, bercuti dalam & luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.

Bagi anggota kabinet dari PM hingga Timbalan Menteri kemudahan cuti luar negara mereka layak setahun sekali menggunakan kemudahan itu. Tiket dan beberapa org anak ditanggung, penginapan, bil tertentu ditanggung kerajaan. Menteri pergi cuti atau tak pergi mereka boleh tuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti ( Kos paling jauh London- pernah satu ketika pekeliling kerajaan hanya negara Asean paling jauh Laos).

Apatah lagi kalau melibatkan  PM dan TPM mereka ada kelayakan tertentu termasuk menaiki pesawat kerajaan. Ia termasuk melindungi keselamatan PM dan keluarganya semasa bercuti. PM cuti ke tak cuti ke dia tetap seorang PM.

Kau ingat kalau Pakatan memerintah dia pinda tak peraturan dan kelayakan ni? dia menang Selangor dan Pulau Pinang pun mereka pinda Akta untuk naikkan gaji MB, KM, Exco dan Adun.

Relaklah...

3 ulasan:

PAN PAS

MEREKA TIDAK AKAN MAMPU BERSAMA!!

Bila Pas berbicara pasal Pan. Berkeruh seriuslah keadaan mereka. Tidak mampu dilakukan dan kita semua hanya mampu melihat dan sambung makan popcorn..

Hehe..

0 ulasan: