Lim Kit Siang,

Mahathir Tidak Berdosa kata Lim Kit Siang

Kerana Najib Razak dan kerana nak sangat Pru 14 menang besar kononnya, malah ingin memberi impak tertinggi kepada Malaysia, maka Lim Kit Siang tidak akan menjawab apa terjadi 34 tahun dahulu, yang cukup lantang melanyak Mahathir.

Usahkan Lim Kit Siang, Mat Sabu yang lantang mengelar Mahathir bapak penyamun, sudahnya sekarang sudah jilat selicinnya, semuanya kerana kuasa.

Puak pembangkang mungkin sudah hilang arah.


34 tahun yang lalu sewaktu di dalam sidang Parlimen, ahli parlimen Bukit Katil, Lim Kit Siang dengan secara tegasnya telah mendesak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai skandal BMF dan juga pembunuhan penolong pengurus BBMB, Jalil Ibrahim.

Lim Kit Siang turut membacakan 10 kenyataan atau tuntutan pengundi pilihanraya kecil Seremban 19 November 1983.

Berikut adalah 10 Kenyataan/Tuntutan tersebut:

Inilah kenyataan rakyat Seremban mengenai skandal BMF yang diterima sempena pilihanraya kecil Seremban. Ketetapan rakyat mengenai skandal BMF: Seremban

 "Kami, rakyat Seremban yang berhimpun di Dewan Rekreasi China Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 11hb November, 1983 di rapat umum bantahan skandal BMF memutus untuk membuat kenyataan yang berikut untuk diterima dan disahkan oleh pengundi-pengundi Seremban pada hari membuang undi pada 19hb November, 1983.

Kami, rakyat Seremban:

(1) Mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya skandal pinjaman $2,500 juta ringgit Bumiputera Malaysia Finance di Hong Kong yang telah disifatkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, sebagai satu "jenayah yang menjijik" dan satu "pengkhianatan amanah";

(2) Melahirkan rasa paling terkejut apabila meskipun skandal $150 juta ringgit Bank Rakyat telah berlaku dalam akhir tahun 1970an, ia tidak menjadi satu pengajaran kepada institusiinstitusi dan agensi-agensi Kerajaan termasuk syarikatsyarikat dan anak-anak syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan seperti Bank Bumiputera dan BMF hinggakan sekarang kita menghadapi skandal BMF yang 20 kali ganda lebih serius dari Skandal Bank Rakyat.

(3) Merakamkan rasa marah bahawa skandal BMF yang melibatkan jumlah wang yang begitu banyak sejumlah $2,500 juta akan melemahkan dengan seriusnya pembangunan sosio-ekonomi rakyat Malaysia semua kaum oleh kerana wang sejumlah $2,500 juta ringgit bolehlah disamakan atau digunakan untuk perkara-perkara berikut:

(a) la boleh menampung perbelanjaan pembangunan bagi seluruh negeri Negeri Sembilan untuk lebih 12 tahun;

(b) la boleh digunakan untuk menubuhkan 100 buah universiti lagi berasaskan kepada peruntukan permulaan sejumlah $27 juta ringgit yang diberikan kepada Universiti Islam Antarabangsa untuk tahun 1983;

(c) la boleh digunakan untuk membina 125,000 unit rumah kos rendah dengan hanya $20,000 bagi setiap unit, atau 2 unit rumah kos rendah untuk setiap 60,000 pengundi di Seremban;

(d) la boleh digunakan untuk menggandakan Pasukan Polis di negara ini dengan menaikkan gaji mereka sebanyak 50%, dan selepas berbuat demikian, masih akan tertinggal lebih kurang $1,500 juta ringgit;

(e) la boleh digunakan untuk membangunkan tanah seluas 150,000 hektar lagi untuk menempatkan sekurang-kurangnya 30,000 peneroka;

(f) la boleh digunakan untuk membangunkan malah membina semula Seremban beberapa kali ganda.

(4) Mengisytiharkan hak untuk mengetahui rakyat Malaysia terhadap segala cerita mengenai skandal BMF dan menolak sebarang usaha untuk menutup skandal kewangan, dan bank yang paling terbesar yang berlaku di dalam sejarah Malaysia;

(5) Menggesa penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk mengadakan penyiasatan awam secara menyeluruh ke dalam skandal BMF dan memberikannya kuasa untuk menyiasat kekurangan tanggungjawab dan kecuaian serta penyelewenganpenyelewengan bukan sahaja pegawai-pegawai Bank Bumiputera tetapi juga Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri serta Kabinet;

(6) Menggesa Perdana Menteri memperkotakan janjinya di dalam Pilihanraya Umum 1982 untuk mengadakan satu pentadbiran yang "Bersih, Cekap dan Amanah" serta janji beliau sebelumnya untuk 'menghukum sesiapa sahaja yang berasuah'—dengan menubuhkan dengan serta-merta sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat skandal BMF yang seharusnya dianggotai oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kewibawaan dan perwatakan yang tidak celah yang boleh mendapat keyakinan penuh masyarakat seperti Ketua Audit Negara, Tan Sri Ahmad Noordin, Presiden Mahkamah Perusahaan, Hakim Harun Hashim, Presiden ALIRAN, Dr Chandra Muzaffar, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Encik S.M. Mohd. Idris, Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Chen Man Hin, bekas Ahli Parlimen Pembangkang, Tan Sri Dr Tan Chee Khoon, Presiden  Persatuan Graduan Selangor, Encik Gurmit Singh dan pendita Professor Syed Hussein Alatas;

(7) Mencadangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Di Raja BMF seharusnya mengkaji perhubungan "Mastermind" Carrian, George Tan, dengan pemimpin-pemimpin politik Malaysia, sama ada setaraf Menteri atau bekas Menteri, oleh kerana tiada seorang pun rakyat Malaysia yang akan mempercayai bahawa hanya beberapa orang pengarah dan pegawai BMF akan mengkomitkan pinjaman-pinjaman sejumlah $2,500 juta di Hong Kong kepada 3 buah syarikat tanpa kelulusan golongan atasan politik, oleh kerana jumlah ini adalah 5 kali ganda jumlah modal dan simpanan syarikat induk BMF, iaitu Bank Bumiputera;

(8) Mencadangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Di Raja BMF itu seharusnya mengkaji bagaimana skandal $2,500 juta BMF itu akan menjejaskan dengan teruknya saham-saham Amanah Saham Nasional yang dipegang oleh seramai 1.3 juga orang bumiputera disebabkan syarikat induknya, Permodalan Nasional Berhad, memegang 80% saham dalam Bank Bumiputera;

 (9) Mencadangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Di Raja BMF itu seharusnya mengkaji sama ada Malaysia menghadapi lebih banyak masalah-masalah yang sama yang dicipta dengan keruntuhan kumpulan Carrian, seperti yang dinyatakan oleh bekas Pengerusi Executive Bank Bumiputera, Tan Sri Kamarul Ariffin yang menyatakan bahawa 3 atau 4 masalah seakan-akan masalah Carrian semakin muncul di Malaysia dalam tahun 80an; dan

(10) Mendesak supaya orang yang bertanggungjawab ke atas $2,500 juta skandal tersebut didakwa dan dihukum tanpa mengira taraf atau pengaruh mereka kerana kita tidak boleh menerima kewujudan satu "jenayah yang menjijik" tanpa penjenayah-penjenayah.

Kerajaan hendaklah menerima keputusan rakyat Seremban yang diputuskan dalam pilihanraya kecil tersebut serta menyahut seruan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja diadakan ke dalam skandal BMF.

Tetapi malangnya pada hari ini, Lim Kit Siang telah mempertahankan pula Tun Mahathir bahawa tiadak ada apa-apa yang baru mengenai laporan CIA tersebut.

Jelas ini menunjukkan sikap hipokrasi seorang pemimpin DAP yang lidah bercabang sejak dahulu lagi. Lim Kit Siang hanya akan mempertahanklan satu-satu isu sekiranya terdapat kepentingan politik bagi dirinya.


Kini apabila Tun Mahathior bersamanya, apa jua skandal yang pernah Lim Kit Siang tuduh semuanya telah diampunkan.

Ini adalah hipokrasi tahap tertinggi seorang manusia!

sumber

http://truthvaccine.blogspot.my/2017/01/baca-kenyataan-limkitsiang-32-tahun.html

1 ulasan:

Seni Politik DS Jamal Yunus, Azmin Makin Pening

Tabik.

Kalaulah ramai pemimpin begini di Selangor, kartel Azmin pasti koma.

Caranya, dia faham, untuk mengajar seorang yang akalnya licik seperti Azmin Ali, kita perlu lebih licik dari dia. Itulah DS Jamal Yunus, memang caranya akan diingati, paling disakiti oleh pentadbiran Azmin.

Moga perjuangan DS Jamal Yunus dirahmati.


1 ulasan:

Datuk Huan Cheng Guan,

Apa Salahnya Jawatan TPM diberikan Kepada Dap kata Lim Kit Siang

Mungkin ada benarnya ungkapan ini. Diberi betis hendak peha pula, diberi peha diinginkan kemaluan pula.

Hebat kan? Mana mungkin tiada angin sehingga pokok bergoyang, mana mungkin pula madu akan dibalas dengan tuba.

Pasti ada berjanji supaya jawatan itu akan diberikan kepada Dap sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 nanti.

Akhirnya ketika itu muka-muka yang klimaksnya berganda tersenyum puas. Dap ketawa riang, pekakas politik ketawa sinis.

Kita pula garu kepala. Padan Muka.

*Kenyataan Media*

*Lim Kit Siang; Hipokrit Terbesar Antara Semua.*

1. Hipokrit terbesar yang pernah ada berkaitan Skandal BMF adalah Lim Kit Siang.

2. Lim Kit Siang merupakan individu yang menentang pentadbiran Tun Mahathir ketika tahun 80-an di dalam dan di luar parlimen.

3. Lim Kit Siang telah meyakinkan pengundi PRK Seremban tahun 1983 untuk mengeluarkan 10 tuntutan mengenai penyiasatan Skandal BMF yang dia sendiri bacakan sewaktu sidang parlimen pada tahun tersebut.

4. Lim Kit Siang telah menuntut parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat skandal BMF.

5. Lim Kit Siang juga telah menerbitkan buku mengenai BMF Skandal.

6. Tetapi pada hari ini, apabila rakyat berbicara soal Skandal BMF, kesan daripada pendedahan laporan CIA, Lim Kit Siang pilih untuk bersama Tun Mahathir, individu yang mana dia sendiri pernah tuduh mempunyai hubungan dengan skandal BMF 34 tahun yang lalu.

7. Ini adalah satu tahap hipokrasi tertinggi di dalam dunia yang mana seseorang itu boleh capai.

8. Dan inilah diri Lim Kit Siang yang sebenar; dia hanya berjuang demi kepentingan politik dirinya sendiri sahaja dan bukanlah demi rakyat.

9. Setiap isu yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang adalah manipulasi jahat bertujuan untuk mendapat sokongan dan populariti daripada rakyat semata-mata.

10. Lim Kit Siang adalah Bapa Hipokrasi Malaysia!

*Huan Cheng Guan*

Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Bersambung.. 

1 ulasan:

Pakatan Harapan,

Kisah Laskar BN 6.6 Persen

Laskar BN Hanya 6.6%

Ketika Majlis Pelancaran Skuad Komunikasi Media Wanita UMNO, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang menggegar dunia media troopers, dimana terdapat hanya 6.6% yang mendokong kerajaan dan jika mengikut nisbah, tiap satu yang mendokong usaha kerajaan akan aa 15 yang menentang.

Statistik tersebut yang kini tersebar di kalangan media trooper membangkitkan kemarahan dan tidak kurang membangkitkan sokongan bahawa perlunya penambahbaikan khususnya di dalam sebaran maklumat yang bukan sahaja berguna untuk rakyat malahan mengubah persepsi masyarakat terhadap kerajaan.

Persoalannya apakah kewajaran Zahid untuk mengumumkan bahawa hanya terdapat 6.6% media trooper pro-BN?

Jika mengambil iktibar di dalam situasi ‘Operations Security’ atau OPSEC, antara kata-kata pujangga yang sering dipegang oleh tentera Amerika Syarikat adalah ‘loose lips, sinks ships’.  Di dalam sebuah OPSEC beberapa peraturan mudah diharuskan buat setiap anggota yang terlibat, antaranya:

1. Tidak mendedahkan nama pihak/anggota yang terlibat.
2. Tidak mendedahkan lokasi serta maklumat sulit berkaitan dengan lokasi anggota.
3. Tidak mendedahkan unit/kemampuan ketenteraan.
4. Tidak mendedahkan pergerakan tentera

...dan pelbagai lagi saranan-saranan penting untuk memastikan maklumat yang tidak sepatutnya bocor sampai kepada pihak musuh.

Mudah bukan, kerana dengan tiadanya maklumat sebenar akan kekuatan sesebuah organisasi, pergerakan atau wujudnya satu mekanisme untuk menyembunyikan maklumat sulit yang hanya perlu diketahui oleh pihak-pihak tertentu khususnya di alam media sosial sedikit sebanyak merupakan kelebihan buat jentera kerajaan.

Maka tidak kisahlah samada pejuang siber tersebut digelar sukarela, tentera fisabilillah, cyber trooper, keyboard warrior, macai, berbayar, bergaji, berpencen, dipayung menteri, dipayung organisasi, yang pasti bilangan kita hanya 6.6%

Fb @Fahzly Hanaffi Muzayin

2 ulasan:

Dap Pas,

Kisah Lim Kit Siang Melutut Kepada Pas


Siapa tidak kenal Dap, parti chuavanist serta rasis yang ramai dikalangan kita orang Melayu tidak sedar-sedar siapa Dap, mungkin dikalangan free thinker yang kononnya, politik perlu era baru, parti seperti Dap perlu memerintah negara ini supaya lebih maju dan mampu setanding Singapura.

Kita perlu tahu Dap macamana lenggok dramanya, skripnya tetap sama, bila mereka dapat kuasa mutlah, orang melayu hanya merengek dan menunduk takut kepada mereka.

Sudah nampak di Pulau Pinang, walau dikalangan kita tahu, sedar serta faham Pulau Pinang sedang berlaku pengusiran bangsa Melayu dan India, dikuasai oleh kepimpinan Dap yang Kiasu, mereka terlalu kuat mengawal parti, kalau dulu ada Karpal Singh mungkin golongan ini sukar juga nak tunjuk kepala.

Maka anak beranak Lim yang sudah mengawal habis Dap iaitu puak Kristian yang haluannya boleh dikatakan ekstrim. Berbeza majoriti ahli Dap yang beragama Buddha.

Admin berani berkata, Dap dikawal oleh golongan ektremis yang nakkan kuasa mutlak, setelah mereka nampak peranan Pan serta PPBM tidak langsung berguna untuk menarik orang Melayu menyokong Pakatan Harapan.

Dap perlu pujuk Pas.

Ketika dahulu mereka cukup pantang bila disebut nama Pas, malah selepas pelancaran Pan pada 2015, mereka mengatakan Pan akan gantikan Pas untuk menakluki hati orang Melayu/Islam.

Sudahnya hanya gah pada nama, gah pada hamun dari puak Pan, atau PanDap yang digelar oleh laskar cyber Pas kepada parti khadam Dap itu.

Wujudnya PPBM pula pada awalnya, menampakkan ada harapan besar, sebabnya penyertaan Mahathir bersama pakatan pembangkang pasti akan mengerunkan Umno.

Tetapi jawapannya tetap sama, yang bersama PPBM hanyalah golongan kecewa, kaki samun, kaki maki serta kaki songlap yang sudah keluar dari Umno.

Terkuluplah harapan Dap untuk menawan Putrajaya, garu kepala Pkr yang nak diharapkan Rafizi pun idea invokenya pun tidak ramai yang ingin percaya.

Kesian. Lim Kit Siang gunakan kuasa berdrama baru-baru ini dengan harapan Pas kembalilah kepada Pakatan, yang sudah tu sudahlah.

Kata Kit Siang "Dap Hulur Salam Pendamaian Kepada Pas", suatu perkara yang menjatuhkan maruah dirinya sebagai orang lama dalam Dap.

Pemimpin Pan pula sudah panas hati, sekiranya Pas kembali dalam Pakatan, sudah pasti Pan akan terkubur, ini tidak boleh dibiarkan.

Akhirnya Pas bersuara, kata mereka kepada Kit Siang, maaf salam pendamaian itu Pas tidak akan sambut, luka lama tidak akan berdarah kembali.

Maka terbuktilah satu ceritera, Pakatan Harapan sudah tiada Harapan.


2 ulasan:

Dap Pas,

Lim Kit Siang Sedar Pas Sahaja Yang Mampu Merealisasikan Impian Dap Menjadi Dominan

Akhirnya setelah bertalu-talu serangan terhadap Pas sejak pemilihan Pas pada tahun 2015 dahulu, Dap antara yang lantang membelasah tanpa belas terhadap kepimpinan Ulama Pas.

Sudah terbukti juga, harapan Dap untuk menggunakan serpihan Pas, iaitu Amanah dengan pimpinan Mat Sabu sudah ternyata gagal yang teruk, memalukan serta merugikan Dap tanpa bicara.

Wujudnya PPBM atau parti bunga dengan bangga mengatakan Umno bakal hancur dengan wujudnya bunga, skripnya tetap sama dengan Amanah yang begitu yakin menggantikan Pas.

Serangan tanpa mengira siang dan malam terhadap kepimpinan Hj Hadi menampakkan betapa seriusnya Amanah dengan arahan Dap ingin sangat melenyapkan Pas.

Tetapi akhirnya jawapan pasti sudah dapat dibaca, tanpa Pas, Pakatan Harapan bakal hancur, pembangkang akan mati akal untuk mengalahkan BN.

Kepada Pas, jangan dibiarkan ular yang sama mematuk parti dan pemimpin Ulama anda sekali lagi, pesanan ikhllas dari admin

Headbomb


0 ulasan:

Mereka Taiko Besar, Masalah Besar kalau Laporkan Pada Polis - Faiz Zulfahmi

Tular dimedia sosial dimana pemandu lori, Faiz Zulfahmi dilanyak tanpa belas, hanya kerana terlangar mercedes benz seorang Datuk.

Keadilan sudah dapat ditegakkan kerana ramai sudah ditangkap kerana ada kaitan terlibat dengan kes paling celaka pernah dilihat didalam cctv.

Tidak kerana rakaman cctv, mungkin nasib pemuda itu dalam bahaya atau ugutan yang lebih teruk sekiranya dia melaporkan kepada pihak polis.

Negara ini ada undang-undang, ingat ni zaman koboi? Haramjadah...


PETALING JAYA, 22 Jan: Polis telah menahan lima individu termasuk seorang wanita susulan kes pukul seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohamad Fuad Abdul Latiff berkata, kelima-lima mereka, yang berusia antara 20-an dan 30-an itu ditahan awal pagi semalam di Selangor dan Negeri Sembilan.

"Kita telah mengenalpasti satu atau dua lagi individu yang terbabit dalam insiden itu", katanya sebagaimana lapor The Star.

"Polis akan mencari beberapa lagi rakan suspek untuk membantu siasatan, usaha mengesan individu lain sedang dijalankan bagi membantu polis mendapatkan gambaran sebenar kejadian," katanya selepas merasmikan Ops Selamat 10/2017 Sempena Tahun Baharu Cina di sini, Ahad

Beliau berkata wanita terbabit terlibat dalam kejadian itu biarpun dia tidak kelihatan di dalam video klip yang tersebar luas.

"Ya, kami tidak nampak dia dalam video klip itu. Tetapi kami mempunyai sebab-sebab untuk menahannya kerana dia terlibat", katanya.

Sebelum ini, video klip yang memaparkan bagaimana pemandu lori berusia 25 tahun dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki menjadi viral di media sosial.

Faiz Zulfahmi


Kuala Lumpur, 22 Jan - Pemandu lori yang menjadi mangsa pukul beberapa lori hari ini tampil menjelaskan secara terperinci apa yang terjadi ke atasnya baru-baru ini.

"Dia tanya, 'ni lori siapa?' Lepas tu saya cakap, 'ni lori saya'. Lepas tu dia angkat tangan dia terus pukul", kata lelaki berkenaan ketika ditemuramah secara langsung oleh Harian Metro.

Ketika ditanya adakah dia sedar dia telah dibelasah oleh beberapa orang individu, mangsa berkata dia kurang jelas dengan kejadian.

"Saya rasa dalam sorang pukul saya, dua orang tendang saya. Tu je saya ingat", katanya.

Ditanya sama ada dia ada menerima sebarang ugutan secara langsung.

"Tiada. Bos beritahu saya yang diorang ni kumpulan gangster besar..", kata mangsa sebelum diikuti dengan sorakan 'gangster besar' dari orang ramai.


22 January 2017
Dah kena kutip "Along Taman"

Ampang Jaya : Lelaki berusia 42 tahun ditahan di Sungai Long, Kajang pada 11. 10 malam tadi berhubung kes pemandu lori diserang di khalayak ramai oleh sekumpulan lelaki di pekarangan kondominium di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pada 14 Januari lalu.

Sumber polis berkata, dalam satu operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dengan dibantu Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D8 Selangor dan JSJ D9 Bukit Aman berjaya mengesan suspek di bersembunyi di rumahnya.

Susulan dari itu, katanya, pasukan serbuan menuju ke rumah suspek.

"Bagaimanapun,sebaik menyedari kehadiran polis suspek enggan memberi kerjasama dengan mengunci pintu rumahnya.

"Selepas memberi amaran dan arahan beberapa kali,anggota terpaksa memecahkan pintu rumah suspek namun sebaik pintu berjaya dibuka,suspek bertindak agresif dengan menyerang anggota yang membuat serbuan, " katanya.

Menurutnya, selepas berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis,lelaki itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk siasatan lanjut.

Lelaki yang terkenal dengan panggilan  'Along Taman' itu adalah antara empat lelaki dipercayai terbabit memukul pemandu lori Sabtu lalu.

Dalam satu video berdurasi selama 2 minit 49 saat yang tular di media sosial, pemandu lori yang dipercayai memakai baju merah dipukul dan ditendang oleh beberapa lelaki tanpa sebarang belas kasihan.

Sumber : Harian Metro

1 ulasan: