Pegawai Khas Azmin Anggap Tuduhan NGO Jamal Sebagai Fitnah


Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor, Muhammad Hilman Idham menganggap tuduhan oleh Gabungan NGO-NGO Selangor terhadap kekayaan dimilikinya sebagai fitnah dan bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekira diminta berbuat demikian.

Hilman berkata tindakan Gabungan NGO-NGO Selangor dipengerusikan Datuk Seri Jamal Md Yunos itu sebagai cubaan mengheret nama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan menggunakan kaedah politik kotor selepas kegagalan pemimpin Umno itu mencalarkan imej kepimpinan negeri Selangor.

Katanya lagi, beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan, walaupun sebelum ini terdapat juga laporan terhadap dirinya.

“Biarlah, biar SPRM buat kerja dia.”

“Lagi pun mereka sudah terlambat sebab sebelum ini sudah ada laporan dibuat ke atas saya dan siasatan telah dibuat manakala kes juga telah ditutup.

“Saya sedia kerjasama dengan SPRM. Cukuplah fitnah tu, kita ada kerja nak buat,” ujarnya kepada sebuah portal berita dalam talian.

Tambah Hilman, beliau akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung tindakan NGO Jamal itu untuk membersihkan namanya dan Menteri Besar.

Semalam Gabungan NGO-NGO Selangor hadir ke pejabat SPRM Selangor untuk membuat laporan berhubung kekayaan dimiliki pegawai khas Azmin itu.

Menurut Penasihat Undang-Undang NGO berkenaan, Datuk Mohd Imran Tambrin, tindakan beliau dan rakan-rakannya membuat laporan tersebut disebabkan gaya hidup mewah dijalani Hilman tidak sepadan dengan pendapatannya sebagai penjawat awam Selangor.

Tambahnya lagi, laporan itu juga dibuat susulan penyebaran beberapa foto kemewahan pegawai Azmin tersebut di media sosial baru-baru ini.

http://www.selangorpress.net/selangor/2017/02/pegawai-khas-azmin-anggap-tuduhan-ngo-jamal-sebagai-fitnah/

2 ulasan:

#SelangorBaru #Sudahlah #PembangkangSelangor

Permasalahan pembangkang Selangor hanyalah mengikut buku skrip antara mereka yang kononnya ketuanya pasti disayangi rakyat Selangor.

Paling dirisaukan, apabila memberi report-report yang pasti Perdana Menteri bakal terkena jerat dengan pemimpin pembangkang yang sudah pasti tidak disukai ramai kerana kepimpinannya di Selangor ini dalam membimbing pembangkang yang lesu.

Amat menyesakkan, menurut sumber mereka-mereka yang berkepentingan sudah "setting" orang-orang atau pemimpin tertentu untuk menjadi calon pada Pru 14 nanti.

Kalau begini caranya, memang sahlah Selangor jangan bermimpi untuk Umno tawan. Selagi pemimpin yang tidak disukai rakyat dengan lagak mukanya begitu sombong, orang melihat pun agak rimas. Sudah pasti akan terpalit nama Umno yang tidak bersalah, tetapi pemimpin tersebut yang buatkan Umno Selangor makin gelisah.

Patutlah Azmin begitu yakin akan sokongan rakyat Selangor kepadanya, kerana pembangkang di Selangor ini yang dia harapkan menjadi saingan dirinya, sudah nampak jawapan tidak berkaliber.

Sudahlah media untuk memberi keseimbangan terhadap pentadbiran Azmin sangat gagal, pemimpin yang ada pun lesu sahaja, hanya segelintir yang nampaknya betul-betul bekerja demi rakyat.

Entahlah, kesedihan bagi Selangor kerana pemimpin pembangkangnya nampak lesu. Maaf telanlah walau ia pahit. Kebenaran takkan mampu menutup cerita yang sebenarnya.

Tukar kepimpinan pembangkang Selangor. Anda sahaja mampu mengubahnya.

#Sudahlah
#SelangorBaru

1 ulasan:

Datuk Huan Cheng Guan

Zainudin Maidin Sudah Gila - Datuk Huan Cheng Guan

Bila sesuatu kecelakaan berlaku, layakkan bekas menteri ini dipanggil manusia?

Mungkin kerana sudah gila, dikaitkan pula kematian dengan segalanya berlaku kerana Najib Razak.

Memang layak dia kita kata dia memang sudah gila.

http://datukhuanpcm.blogspot.com/2017/02/tarik-balik-gelaran-tan-sri-dan-pecat.html

2 ulasan: