Orang Melayu Benci UMNO Tetapi Sayangkan PKR Kata Rafizi Dalam Kajiannya

Admin rasa mungkin Rafizi membuat kajian yang begitu telus serta hebat, kerana kajian NGO milikkanya iaitu INVOKE, mengatakan orang Melayu sudah menyampah tahap gaban serta sebut nama UMNO sahaja ada yang terpengsan kerana tahap kebencian memang melampau-lampau kata Rafizi.

Berlainan pula dengan PKR walau di Selangor mentadbir dengan tidak begitu telus, orang Melayu sanggup tidur dengan bendera PKR, malah ada yang sanggup buat frame gambar berlogo PKR dan sudah pasti gambar Anwar Ibrahim menjadi idola, sungguh hebat kajian Rafizi. Terkasima pula mendengarnya.


Sokongan orang Melayu kepada Umno menurun kepada 40 peratus pada masa ini berdasarkan tiga kaji selidik dijalankan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) semenjak Disember tahun lalu.

Wakilnya, Rafizi Ramli berkata kajian dilakukan itu menunjukkan penurunan 20 peratus sokongan orang Melayu terhadap Umno di seluruh negara.

Kata Rafizi, juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, kajian tersebut membuktikan bahawa sokongan pengundi Melayu masih rendah terhadap parti terbesar Melayu itu, selain percaya sokongan terhadap Umno telah berpecah.
“Sokongan pengundi Melayu kepada Umno di seluruh negara kekal rendah, pada tahap 40 peratus secara purata.
“Saya tidak ragu-ragu sekarang sokongan terhadap Umno sudah berpecah,” katanya lagi.

Tambah Rafizi, kajian tersebut juga dilakukan untuk mengenal pasti sokongan ke atas setiap parti dalam konteks pertandingan tiga penjuru dan calon perdana menteri.

“Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, Umno berjaya memenangi 58 peratus undi Melayu apabila berdepan calon PAS dan mendapat antara 60 hingga 63 peratus undi Melayu ketika berdepan calon Keadilan (PKR)’

“Umno juga mendapat sokongan Melayu lebih tinggi iaitu 70 peratus apabila berdepan calon DAP,” katanya.

http://www.selangorpress.net/nasional/2017/03/hanya-40-peratus-melayu-masih-sokong-umno-kata-rafizi/

2 ulasan:

Azmin Ali

Skim Kesihatan PKR Indah Khabar Dari Rupa - Nitizen

Itulah cara populis Azmin, hebat dia bermain wayang drama cinta, ibarat apa sahaja lebih hebat, gempak serta paling superb.

Realitinya, untuk memberi sesuatu impak kesihatan, bukan dengan hanya nada populis, cakap berdegar-degar. Ianya hanya pusing sedikit, ramai terpedaya.

Sudahlah Skim Peduli Sihat ini mengatakan ia lebih baik dari Klinik Kerajaan atau Hospital Kerajaan yang hanya bayar RM1 sahaja, walaupun ubat di Klinik atau Hospital Kesihatan adakalanya berharga lebih 400% lebih apa yang dibayar oleh pesakit.

Wayang yang hebat. Ramai yang terlopong, hebat PKR..


Skim Peduli Sihat diperkenalkan kerajaan Selangor melalui kad bernilai RM200 untuk individu dan RM500 untuk keluarga menerima reaksi negatif sebahagian netizen kerana hanya mampu membiayai rawatan asas di hospital swasta, selain dihadkan kepada jumlah RM50 bagi setiap kali kunjungan.

Melalui tinjauan di Facebook Selangor Press mendapati rata-rata rakyat di negeri mempertikaikan had yang ditetapkan skim ini dan beranggapan skim tersebut lebih menguntungkan pengusaha pusat perubatan swasta berbanding memberikan kebajikan kepada rakyat.

Seorang pengguna Facebook, Zaharah Ali berkata pelaksanaan skim ini akan menguntungkan klinik swasta kerana caj konsultasi dan harga ubat yang dikenakan adalah pada had maksimum dibenarkan kad berkenaan.

“Klinik swasta buat untung, tuan (Datuk Seri) Azmin. Hulur sahaja kad itu, dia (klinik) tahu mana ubat yang setimpal untuk bagi. Campur dengan consultation up to maximum amount (RM50). Tuan Azmin bukan bantu rakyat tetapi bantu klinik swasta,” komennya melalui Facebook.

Seorang pengguna Facebook lagi, Rock Nana berkata had yang ditetapkan kad berkenaan hanya boleh membiayai kos pemeriksaan, ubat seperti Panadol dan sijil sakit.

Manakala pengguna Facebook, Mohd Firdaus mendakwa caj minimum yang dikenakan di klinik swasta mencecah hingga RM90 untuk rawatan dan ubatan asas, selain caj lebih tinggi untuk penyakit kronik seperti angin ahmar, sakit jantung dan lelah.

Firdaus turut berharap nilai kad tersebut dinaikkan sehingga RM10,000 setahun agar mampu membantu kos rawatan penyakit kronik di pusat perubatan swasta.

“RM500 setahun? Pergi klinik swasta ubat-ubat b*doh pun kena caj RM90. Kalau kena angin ahmar, sakit jantung, semput, saya ingat RM500 setahun mana cukup. Rakyat mahu RM10,000 setahun,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun seorang pengguna Facebook, Uwais Alqarni pula mempertahankan skim tersebut, malah turut memuji usaha murni kerajaan Selangor memperkenalkan skim itu.

“MB Selangor buat untuk rakyat Selangor, bantu penyakit kronik dapat rawatan doktor (melalui skim Peduli Sihat). Satu usaha yang baik,” katanya.

Semenjak diperkenalkan Januari tahun ini, lebih 40,000 rakyat Selangor telah didaftarkan untuk skim Peduli Sihat melalui Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam negeri ini.

http://www.selangorpress.net/selangor/2017/03/netizen-anggap-skim-peduli-sihat-indah-khabar-dari-rupa/

2 ulasan:

Najib Razak,

Arab Gila Kata Mahathir, Tetapi Ada Cerita Gila Juga Pasal Arab

NAJIB MENANG SEKALI LAGI

Nanyang Siang Pau, Editorial, Feb 28, 2017

Arab Saudi adalah tanah emas hitam. Ia menjadi sebuah negara terkaya Timur Tengah kerana mempunyai rizab minyak yang kaya. Ia diiktiraf di seluruh dunia sebagai "dewa nasib".

Dan kini "dewa nasib" telah datang ke negara yang diketuai oleh Perdana Menteri Najib.

Pada hari Ahad, Raja Arab Saudi, Raja Salman tiba di Kuala Lumpur selama empat hari untuk lawatan rasmi, beliau mengetuai delegasi lebih 600 orang. Delegasi Arab Saudi di sambut oleh sejumlah besar 100 buah kereta dan majlis sambutan itu sangat jarang dilihat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan Raja Salman dengan menggunakan protocol diplomatic antarabangsa yang tertinggi.

Rombongan ini terdiri daripada ahli-ahli kerabat diraja dan juga merupakan kali pertama jelajah Raja Salman ke Asia Tenggara sejak pertabalan beliau dalam tahun 2015. Ini bermaksud memberi banyak peluang kepada Malaysia. Jika kita menganalisis dari sudut yang lain, ia juga mencerminkan pengaruh Najib di negara Arab.

Najib, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah terikat dengan 1MDB dan isu "RM2.6 bilion sumbangan politik oleh seorang putera Arab". Parti-parti pembangkang dan agensi tertentu telah menyerang beliau mengenai isu-isu ini.

Dan sekarang hakikatnya jelas bahawa Arab Saudi yang dikaitkan dengan dua isu ini tidak mengelak untuk bertemu Najib malah Raja Saudi sendiri mengetuai delegasi besar melakukan lawatan rasmi ke Malaysia ketika isu sensitif ini masih panas. Dengan itu bolehlah ditafsirkan bahawa Raja Salman memberi sokongan kepada kepimpinan Najib. Tambahan pula, semua pihak memberi tumpuan sama ada isu-isu ini akan disentuh dalam perbincangan mereka semasa lawatan Raja Salman atau tidak, kerana isu ini adalah titik tumpuan utama masyarakat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini berusia 91 tahun tidak menghalang penghinaan semasa lawatan Raja Salman malahan beliau juga bertanyakan Najib tentang apa lagi yang beliau cuba jual.

Pada malam Ahad, jamuan rasmi yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana, seorang lagi bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi telah dijemput untuk hadir. Bernama tidak menyebut Mahathir hadir.

Apapun, Raja Salman telah membawa masuk pelaburan besar-besaran, termasuk AS $ 7 bilion (kira-kira RM31.1 bilion) pelaburan dalam kilang penapisan minyak di bawah perjanjian antara Petronas dan Aramco untuk projek bersepadu Rapid di Pengerang, Johor.
Ini merupakan satu lagi pencapaian ekonomi yang besar oleh Najib setelah mendapat RM140 bilion pelaburan pada lawatannya ke China baru-baru ini. Beliau telah memenangi satu lagi pusingan, politik dan diplomatik.

Diterjemah oleh : MOF Comm

5 ulasan:

Azmin Ali

Klinik 1Malaysia Hanya Bagi Penadol Sahaja - Azmin Ali

Azmin kata klinik 1Malaysia sangat huduh perangainya kerana hanya beri panadol, tidak seperti kad kesihatan yang kerajaan Selangor berikan kepada rakyatnya, kad bernilai RM500 sangat bagus kerana sekiranya sakit, bukan hanya penadol, malah segala jenis ubat akan dapat, tetapi jalau sakit teruk diharap pergi ke hospital kerajaan jugalah.

Kepada rakyat Selangor, amatlah beruntung mendapat pemimpin seperti Azmin.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa tidak wujud keperluan untuk rakyat negeri ini pergi ke Klinik 1Malaysia memandangkan klinik berkenaan tidak mempunyai doktor bertauliah, selain hanya menawarkan ubat-ubatan tertentu sahaja kepada pesakit.

Azmin berkata kesukaran rakyat terutama dari kawasan luar bandar untuk mendapat rawatan kesihatan di hospital kerajaan dan klinik 1Malaysia menyebabkan kerajaan negeri memperkenalkan Skim Peduli Sihat bagi memastikan rakyat kurang berkemampuan menikmati rawatan secara percuma di pusat perubatan swasta.

Katanya lagi, melalui kad tersebut rakyat tidak perlu menunggu sehingga penyakit menjadi kronik kerana boleh mendapatkan rawatan di klinik swasta berhampiran.

“Tak payah pergi Klinik 1 Malaysia sebab faktanya (klinik tersebut) tiada doktor. Dia bagi panadol sahaja. Sakit jantung panadol, angin ahmar panadol, semput panadol, lelah panadol dan akhirnya kita mati kerana panadol.
“Tapi kalau anda ada kad Peduli Sihat, tidak perlu tunggu sampai sakit kronik, terus pergi klinik swasta berhampiran,” katanya.

Menurut Azmin lagi, melalui skim diperkenalkan kerajaan Selangor itu, rakyat berpeluang menikmati rawatan kesihatan asas di klinik atau hospital swasta lebih cepat tanpa perlu bergantung kepada Klinik 1Malaysia.

Tambahnya, semenjak dilancarkan 24 Januari lalu, lebih 40,000 ahli berjaya didaftarkan melalui Skim Peduli Sihat ini dengan dua kategori kad diperkenalkan untuk golongan berkeluarga dan bujang berumur 21 tahun dan ke atas.

Keluarga yang telah diluluskan permohonannya di bawah skim ini akan menerima kad bernilai RM500 setahun manakala individu bujang pula dengan nilai RM200 yang boleh digunakan dengan had RM50 setiap kali rawatan di mana-mana klinik swasta.

Permohonan skim Peduli Sihat boleh dibuat melalui Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) berdekatan.

http://www.selangorpress.net/selangor/2017/02/klinik-1malaysia-tiada-doktor-hanya-beri-panadol-kata-azmin/

ps: Kepada media selangor keloaan Ketua Pembangkang Selangor, macam inilah nak nak melaporkan, bukan jilat jilat.. eh sory admin terketuk pula media kepunyaan pembangkang Selangor yang lesu tu. 

3 ulasan:

Usahlah Guna Calon Kitar Semula PRU Nanti Kalau Nak Tawan Selangor

UMNO Selangor sebagai  pembangkang di Selangor haruslah sedar, dalam merencanakan impian merampas Selangor daripada PKR bukanlah satu perkara yang mudah, cuma sekiranya gerakan akar umbi berjalan dengan baik, tiada tikam menikam sebagaimana terjadi pada pru 13 dahulu. InshaAllah mungkin ada sesuatu jawapan untuk Selangor.

Rakyat bukan tidak suka UMNO/BN tetapi pemimpinnya yang ada di Selangor nampak sahaja mukanya, terpacul sudah kata-kata, ahh ni muka macam penyangak, ahh muka macam samseng, buka strategi perlu cerdik, bukan strategi untuk warlord yang dah kenyang perut.


Kepimpinan tertinggi Umno Selangor dinasihatkan agar tidak menggunakan calon “kitar semula” untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sekiranya tidak mahu menerima nasib lebih buruk berbanding PRU lalu.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Kuala Selangor, Aemierulrizaki Rambli berkata, tindakan kepimpinan Umno Selangor mengitar semula calon yang telah ditolak oleh rakyat hanya akan merugikan parti itu, selain menunjukkan seolah-olah parti utama Melayu itu ketandusan pemimpin berwibawa dan berkelayakan.

Katanya lagi, ramai pemimpin yang mempunyai rekod bersih boleh ditampilkan untuk dijadikan sandaran kepada parti itu seandainya Umno Selangor serius ingin menawan kembali Selangor.

“Pemimpin Umno yang telah ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya sebelum ini harus memberi peluang kepada wajah baru untuk ditampilkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Mungkin mereka disukai kalangan ahli Umno dan mempunyai jawatan di peringkat bahagian, tetapi itu tidak bermakna mereka disenangi oleh rakyat dalam sesebuah kawasan,” katanya melalui Whatsapp kepada Selangor Press.
Aemirul turut meminta agar semua kepimpinan Umno Selangor menilai kenyataannya itu dari sudut positif dan seharusnya meletakkan kepentingan parti lebih utama berbanding keinginan individu.

sumber

http://www.selangorpress.net/selangor/2017/02/umno-selangor-akan-guna-calon-kitar-semula-kata-akar-umbi/

2 ulasan:

Barisan Nasional,

BN Sukar Tawan Selangor? #SelangorBaru #Cukuplah

BN SUKAR MENANG SEMULA SELANGOR?

2008 Pakatan Rakyat memenangi DUN Selangor. Kekalahan BN mengejutkan ramai pihak. 2013 BN berusaha untuk memenangi semula Selangor. Tetapi "warlord" Selangor lebih pentingkan kepentingan politik masing masing .. dan Pakatan Rakyat terus berkuasa.

PRU 14 bagaimana agaknya nasib BN untuk menang semula Selangor? BN Selangor tidak banyak berubah, masih "warlord" mencatur strategi. Pakatan Harapan bawah pimpinan Azmin Ali dilihat terus kukuh.

BN hanya mampu terus bermimpi.. realitinya.. yang terlepas sungguh susah untuk dimenangi semula. Hanya ahli politik yang bersungguh berkhidmat untuk rakyat mampu mengembalikan sokongan masa lampau. Sedar atau tidak?

Fb Roket Kona

1 ulasan: