Selasa, 7 Mac 2017

Jangan Amuk Dahulu, Masih Boleh Buat Rayuan di LHDN Berkenaan Status BR1M Yang Tidak Lulus

Kepada rakyat Malaysia janganlah begitu emosi kalau BR1M belum dapat, walau status anda memiliki SSM, perlu dilihat pula dari segi penjualan syarikat anda itu, kalau ada akaun syarikat, sudah tentu LHDN dapat tahu setahun 'sales' anda berapa.

Bila dicampur pula dengan pendapatan kerja anda yang dapat tiap-tiap bulan bersama pasangan, mungkin juga sudah dicampur dengan 'sales' syarikat, itu yang membuatkan anda tidak layak.

BR1M untuk rakyat yang sepatutnya memerlukan, seperti orang kampung yang bekerja kampung, orang bekerja kilang yang gajinya hanyalah berapa kerat, orang yang bekerja sebagai buruh kasar, berapa kerat sahaja pendapatan mereka dapat.

LHDN mungkin tidak mahu golongan ini yang tidak dapat. Bukan golongan di instagam kepoh melancong sana sini, makan sana sini, selfie sana sini dengan makanan sedap-sedap, sudahnya BR1M tidak lulus mereka amuk macam miskin benar.

Ingatlah kalau kita terlalu amarah, bagaimana pula rezeki nak masuk? Lari jauh-jauh gamaknya. Orang kita mengalami sindrom angkuh tak kena tempat, manja, malas serta suka memaki hamun.


LHDN Saran Pemohon BR1M Tidak Lulus Buat Rayuan


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyarankan mana-mana pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang layak tetapi tidak diluluskan agar mengemukan rayuan mulai bulan hadapan dengan melampirkan bukti pendapatan bersama pengesahan dari agensi kerajaan terlibat.

Sumber dalaman kepada LHDN berkata punca utama sebilangan besar permohonan itu ditolak adalah disebabkan kegagalan pemohon terutamanya golongan peniaga mengemukan bukti pendapatan mereka.

Kata beliau lagi, keputusan tersebut dibuat untuk mengurangkan jumlah pemohon dengan maklumat gaji palsu, selain memastikan bantuan itu disalurkan hanya kepada golongan berkelayakan.

“Saya percaya, tindakan kita (tidak meluluskan permohonan BR1M) tidak disenangi banyak pihak, tetapi kita buat untuk pastikan pemohon yang betul-betul layak sahaja terima BR1M.

“Tahun lalu sahaja, banyak aduan yang diterima apabila peniaga dan mereka yang bekerja sendiri tak declare (isytihar) pendapatan mohon BR1M dan kemudian lulus.

“Tahun ini kita perketatkan. Jadi pemohon yang tak lampirkan bukti pendapatan memang kita tak luluskan,” kata sumber itu kepada Selangor Press.

Tambah beliau, golongan peniaga yang layak namun permohonan ditolak, tidak perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendapatkan pengesahan pendapatan, sebaliknya hadir ke pejabat LHDN berhampiran untuk membuat rayuan secara manual.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa peniaga yang dikesan mempunyai keuntungan bulanan melebihi RM4,000 semasa proses pengesahan pendapatan akan dipaksa membayar cukai kepada LHDN, seperti tular di media sosial.

“Ramai percaya kononnya pengesahan pendapatan itu sebagai kaedah LHDN buru peniaga yang buat untung lebih RM4,000 untuk kenakan cukai.

“Sesebuah perniagaan itu akan ditentukan sama ada dikenakan cukai atau tak selepas ditaksirkan dahulu, bukan setakat dapat untung lebih RM4,000 sebulan terus kena cukai.

“Saya harap sesiapa yang rasa dia patut dapat BR1M tetapi tidak lulus itu, jangan takut untuk buat rayuan bulan depan,” katanya lagi.

Isu mengenai permohonan BR1M tidak diluluskan menjadi topik hangat di media sosial semalam.
Sebilangan pemohon mendakwa alasan LHDN tidak meluluskan permohonan mereka adalah disebabkan tiada pengesahan pendapatan dari SSM.

http://www.selangorpress.net/nasional/2017/03/lhdn-saran-pemohon-br1m-tidak-lulus-buat-rayuan/

Isnin, 6 Mac 2017

Golongan Miskin Meningkat Mendadak di Selangor

Dalam Azmin begitu berbangga mengatakan, kerajaan pimpinannya banyak membantu golongan berpendapatan rendah di Selangor terutama orang Melayu, namun hakikat peningkatan golongan yang miskin, susah dan merempat banyak di Selangor.

Sudahlah pelaburan tidak dipertingkatkan, cukai yang sengaja dinaikkan, peniaga kecil juga tertekan kerana polisi kerajaan negeri itu sendiri. Mereka war-warkan yang sudah pasti kerajaan pimpinan mereka lebih hebat dari kerajaan pusat dalam mengendalikan orang susah.

Alasan biasa, GST, sedangkan majlis pebandaran mereka paling awal untuk beritahu cas GST akan dikenakan semasa GST bermula pada April 2015 dahulu. Nampak bukan permainan kerajaan Azmin?


Jumlah golongan asnaf fakir dan miskin kalangan umat Islam di negeri negeri ini meningkat sebanyak 2,207 keluarga pada tahun 2016 menjadi 46,500 keluarga berbanding tahun sebelumnya, berdasarkan laporan dikeluarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata peningkatan jumlah golongan asnaf fakir dan miskin di negeri ini disumbang oleh banyak faktor terutamanya peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kata beliau lagi, faktor lain menyumbang kepada peningkatan jumlah asnaf itu berpunca dari penghijrahan rakyat dari negeri lain ke Selangor untuk mencari rezeki dan kekurangan peluang pekerjaan akibat banyak syarikat di negeri ini ditutup.

“Pada 2016, terdapat pertambahan penerima zakat ekoran berlakunya peningkatan kos sara hidup yang memberi kesan terutama terhadap golongan B40.

“Faktor lain termasuk penghijrahan warga negeri lain ke Selangor untuk mencari rezeki selain ramai yang kehilangan pekerjaan akibat banyak syarikat tutup,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat LZS, di Shah Alam, hari ini.

Tambahnya lagi, sebanyak RM200.5 juta wang zakat telah diagihkan kepada 32,978 keluarga asnaf miskin, manaka RM98.2 juta pula diagihkan kepada 13,522 keluarga asnaf fakir.

Jumlah asnaf fakir dan miskin negeri Selangor pada 2015 adalah seramai 44,293 keluarga.

http://www.selangorpress.net/selangor/2017/03/asnaf-fakir-miskin-selangor-tahun-lalu-meningkat-lapor-lzs/

Putrajaya Hanya Mimpi Kalau Pas Tidak Bersama Pakatan Harapan

PH SUKAR TAWAN PUTRAJAYA JIKA TIDAK BERSATU KATA WAN AZIZAH

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail percaya kesatuan parti dalam Pakatan Harapan (PH) memberi peluang lebih cerah kepada blok itu untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Wan Azizah berkata kemenangan PH dalam pilihan raya umum itu penting dalam memenuhi impian rakyat membawa agenda perubahan kepada negara.

Kata beliau lagi, perpecahan dalam PH akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional di saat kepimpinannya terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak sedang mendapat sokongan rendah kalangan rakyat.

“Janganlah kita berpecah. Sekarang kalau kita buat bancian, memang Perdana Menteri mendapat rating rendah tetapi kalau berpecah, habislah,” katanya.

Beliau turut mengesa komponen PH agar bersatu dang mengingati perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan rakyat di negara ini.

“Tidaklah bermaksud kita boleh menang kalau berpecah. Ingatlah pengorbanan Anwar Ibrahim demi rakyat, demi Malaysia,” tegas beliau semasa merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh semalam.

Tambahnya,kemenangan PH dalam pilihan raya umum memastikan blok itu mampu mentadbir negara dan membebaskan Anwar.

“Kalau mahu Anwar dibebaskan bukan sahaja kita perlu menang di Permatang Pauh tetapi di Malaysia,” katanya.

[Baca Selanjutnya : http://www.selangorpress.net/nasional/2017/03/ph-sukar-tawan-putrajaya-jika-tidak-bersatu-kata-wan-azizah/]