Sabtu, 1 April 2017

Taresa Kok Trauma SPRM Serbu Pejabatnya

Biasalah, Dap ni musibat paling atas dari musibat, bila SPRM buat serbuan serta tangkapan terhadap pemimpin atau proksi BN/UMNO, mereka cukup gembira, malah memuji, katanya inilah demokrasi, rasuah patut dibanteras, tersenyum riang bila melihat SPRM menyelongkar di pejabat, rumah orang BN/UMNO.
Tetapi bila terkena kepada pemimpin Dap, segala taik palat, menyalahkan SPRM, ini cara menakutkan pemimpin pembangkang, apa celaka lahabau bila kena dekat mereka atau pemimpin pembangkang yang disyaki merompak dana Yawas serta melakukan rasuah secara gelap, semuanya tidak boleh disiasat, haram, kejam, trauma, kepala bana punya spisis pembangkang di Malaysia ni. serius. Lagak suci semacam selipar.

Kenyataan Media
Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia
Teresa Kok jangan salahkan SPRM
1. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menyerbu pejabat Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok. Ini adalah susulan laporan dibuat Pengerusi Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung dakwaan penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
2. Pertama sekali, ini membuktikan bahawa pihak SPRM menyiasat segala laporan kes penyelewengan wang rakyat dan rasuah yang dilaporkan tanpa mengira sama ada ianya melibatkan pemimpin Barisan Nasional atau pembangkang. Tidak ada keistimewaan yang diberikan kepada mana - mana pihak.
3. Contohnya, dalam kes rasuah yang melibatkan seorang Exco Kerajaan Negeri Johor, beliau dengan secara sukarela telah mengambil cuti bagi memberi laluan kepada SPRM menyiasat kes rasuah terhadap beliau sehingga selesai. Malah kerajaan negeri Johor juga telah berjanji akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM bagi menyiasat kes ini.
4. Ini berbeza dengan parti DAP dan pemimpin mereka. Apabila mereka disiasat oleh SPRM susulan laporan penyelewengan wang rakyat, perkara pertama sekali yang mereka lakukan adalah mengatakan bahawa siasatan SPRM terhadap mereka adalah bersifat politik untuk menjatuhkan kredibiliti mereka.
5. Malah, dalam kes penyelewengan wang SMUE oleh Teresa Kok, beliau dengan terbuka telah mengatakan bahawa beliau akan menyaman Dato Seri Jamal Md Yunos kerana melaporkan beliau kepada SPRM (Rujukan :https://m.facebook.com/story.php… ). Jadi sekarang adakah Teresa Kok dan DAP akan menyaman sesiapa sahaja yang melaporkan salah laku mereka kepada SPRM?
6. Persoalanya sekarang, apa istimewa nya pemimpin DAP sehingga mereka tidak boleh disiasat pihak SPRM? Di hadapan rakyat DAP berpura - pura kononnya inginkan pentadbiran yang kompeten, telus, dan terbuka tetapi apabila disiasat SPRM mereka melatah dan mengatakan ini semua satu drama dan konspirasi. Kalau dikatakan drama , saya rasa YB Teresa Kok yang paling pandai berdrama kerana setiap Tahun Baru Cina dia tetap buat Video Klip untuk sindir orang orang tertentu . Maka dia lah paling kuat berdrama.
7. Hari ini seorang Tan Sri juga telah ditangkap SPRM kerana cuba memberi rasuah sebanyak RM 2 juta kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Jika seorang Tan Sri boleh ditangkap SPRM, kenapa pula Teresa Kok dan pemimpin DAP tidak boleh "disentuh" pihak SPRM?
8. Inilah bukti sikap hipokrit dan double standard DAP. Bila pemimpin BN disiasat SPRM mereka memuji SPRM menjalankan tugas dengan baik. Namun apabila DAP disiasat mereka katakan ini merupakan satu drama dan konspirasi. Jika tidak bermasalah, kenapa perlu takut?
Tamat

Khamis, 30 Mac 2017

Asal Kena Roboh, Pasti Kedai Melayu

Siapa nak peduli? Mata sudah nampak, tetapi hakikat nak buat macamana kan, pilihan kita sentiasa memuju hebatnya Pakatan Harapan, hebatnya Azmin, tetapi itulah yang menimpa sekiranya orang melayu tidak sedar-sedar.

Bak kata seorang kawan, orang melayu ini, memang nikmat kena kencing dengan Pakatan Harapan, selagi tidak kena pijak depan mata selagi itu mereka akan kata Pakatan Harapan tu baik.

Baik, YUP baik sangat.


SEMALAM bertempat di jalan utama Kampung Melayu Subang Tambahan dalam Parlimen Subang, segerombolan penguatkuasa MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) telah merobohkan kira-kira 30 gerai milik penduduk tempatan yang dibina sejak 2006. Pada 2006, Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo telah memberikan kelulusan kepada peniaga-peniaga ini untuk menjalankan aktiviti perniagaan dengan mendirikan premis kerana tanah ini adalah tanah rizab kerajaan negeri Selangor.



Namun atas nama pembangunan, 2017 adalah tahun yang paling malang kepada peniaga kecil-kecilan orang Melayu apabila gerai yang dibina telah dirobohkan. Azmin Ali terus menekan orang Melayu Selangor dengan melumpuhkan terus ekonomi mereka.

Baca seterusnya http://jawaber6.blogspot.my/2017/03/kerajaan-selangor-roboh-lagi-gerai.html