Selasa, 17 April 2018

KUASA FITNAH YANG SENTIASA MENANGKAN KEJAHATAN

Ramai dikalangan kita tidak sedar, permainan paling bahaya untuk merebut kuasa adalah dengan senjata fitnah, fitnah adalah satu senjata sejak dahulu, sejak zaman awal peradaban manusia.

Maka benarlah fitnah adalah unit sulit yang mampu menjahanamkan satu-satu negara dan bangsanya.

Fahami pula kerosakan lebih besar dengan fitnah, adakah ia lebih memudaratkan atau lebih memburukkan keadaan.

Moga negara kita dilindungi oleh Allah oleh dajjal perosak yang gilakan kuasa.

Artikel dari The Patriots

Sheikh al-Buti merupakan korban perang saudara di Syria. Disebabkan oleh pendirian beliau yang tidak mengkritik Bashar al-Assad secara terbuka dan tidak menyokong pemberontakan terhadap Assad, maka beliau dicemu dan dibenci, dilabel sebagai pengampu Assad. Akhirnya beliau dibunuh oleh pengebom berani mati ketika menyampaikan kuliah maghrib.

Keghairahan untuk menjatuhkan Saddam dan Assad telah membuka pintu fitnah, atau “Pandora’s Box” atau “can of worms”. Tidak dinafikan, mereka ini penguasa yang zalim. Tapi kalau dibandingkan dengan pengganas seperti Daesh/ISIS yang timbul dalam keadaan huru hara, mereka ialah mudarat yang lebih ringan (“lesser evils” / “ahwan al-sharrayn”).

Kata-kata Thomas Hobbes iaitu “anarchy is worse than tyranny” amat sesuai untuk menggambarkan keadaan di Iraq dan Syria (“anarchy” di sini bermaksud fitnah atau keadaan huru hara, bebudak anarchist jangan triggered pulak). Di bawah pemerintahan “tyranny” Saddam dan Assad, penduduk Iraq dan Syria sekurang-kurangnya masih mampu mencari ruang untuk hidup. Tapi dalam keadaan “anarchy” sekarang, “hidup” dah menjadi sesuatu kemewahan dan sesuatu ketidakpastian.

https://www.thepatriots.asia/ulangahun-pemergian-ulama-besar-syria-sheikh-muhammad-said-ramadhan-al-buti/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan